Tuesday, December 25, 2012

kuatkan hati aku

9 yang simbah cat
pabila aku jatuh dalam perigi yang dalamnya penuh duri mawar mewangi,
aku tangis sakit
aku tidak pinta bantuan kamu
tidak.

cuma aku pingin kamu bisik:

"bangunlah! bangun semula sayang. kamu kuat kan"

cukup. dengan kata mampu buat aku menjadi Giant lalu melempang Sinyu yang menolak aku ke dalam perigi tersebut.


Wednesday, December 5, 2012

5 yang simbah cat
hi hi hi hi.

aku ketawa happy sangat bila lihat dia layan orang lain dan aku di bodohkan.

Monday, December 3, 2012

alah bisa tegal biasa.

7 yang simbah cat
aku suka tidur dengan nyenyak. sunyi. sepi. gelap. itu penting untuk kepuasaan dan senyuman bila bangun pagi. pantang betul kebisingan dan lampu tidak ditutup.

langit tidak sentiasa cerah bukan? nyenyak tidurku tidak berpanjangan sehinggalah aku digigit sang tikus yang entah  menggila seperti mencari aku setiap malam hingga aku trauma. ini kisah benar. sejak itu tidurku tidak lagi damai seperti biasa. ketakutan telah menghalang untuk aku tidur nyenyak. namun fitrah manusia yang kuat tidur seperti aku ni, maka aku berikhtiar bagaimana untuk mengatasi ketakutan itu. aku tak mahu putera tikus menjelma depan aku mahu pun dalam mimpi. nahi tum nahi!

maka aku telah tidur dengan sinar sang kalimantan sehingga ke subuh hari. malam pertama bersama kecerahan kalimantan aku tidak nyenyak. setiap setengah jam aku terjaga. macam masuk hutan kem motivasi pula, berjaga takut babi hutan menyelinap (zaman spm punya cerita). makanya aku kezombian di siang hari.

malam kedua aku tidur bersama sinar kalimantan terasa dunia indah sebab aku terlalu nyenyak keletihan dan tidak sedar apa-apa. jaga-jaga sudah pagi. wohaaa! maka, hari ke hari aku berjaya adaptasi dengan kecerahan lampu yang suatu tika dulu aku benci. dan aku mula tidak suka kegelapan yang suatu tika dulu aku gemar di dalamnya.

begitu juga kehidupan. terasa lelah dengan ujian yang dilalui hari demi hari tapi itulah yang akan membentuk pengalaman, pengajaran dan ilmu untuk digabungjalinkan sebagai iktibar yang akan menjana kematangan minda. jangan bersungut, masalah bukan halangan. lihat masalah sebagai bentuk jalan kepada jawapan kerana matematik tidak akan selesai kalau masalah tidak difahami.

buka minda dan fahami hidup.

semoga bererti!



Thursday, November 29, 2012

rindu I

8 yang simbah cat

air di tubir mata
jari mengusap deraian
rindu makin mencengkam

Wednesday, November 21, 2012

itu bukan ro-boat untuk dibedil

5 yang simbah cat
apa aku masih bisa membisik kata di sini kala kerja ternanti-nanti
apa aku ini ro-boat yang berenjin tapi tak punya hati?

apa aku masih bisa minum kala kertas-kertas bertaburan pinta di teliti
apa aku ini ro-boat yang tiada tekak untuk dilayan simpati?

apa aku masih bisa makan kala tugasan tidak pernah putuskan nyawa
apa aku ini ro-boat yang perutnya di jalin dari dawai besi?

kamu robot dan aku manusia
tidak! aku pun manusia
sudah. kamu bedil manusia bagai itu buruan makanan kenapa?




Friday, November 9, 2012

rindu dan idea

8 yang simbah cat
dinihari dengan segala kertas bertaburan, kekalutan yang mendatang tidak menghalang hati membisikkan rindu. kau kata aku epal di matamu, aku hanya menjawab, kau tembikai di bibir senyumku.

" hoi minah. berangan jer kojerr! " jerit salbiah melihat aku sejam yang duduk termenung depan microsoft word

Sunday, November 4, 2012

rezeki anak subuh dingin

7 yang simbah cat
sebulan lebih tak balik kampung terlalu lama bagi aku. jam hampiri 5 pagi aku tiba di laman depan. dan tangis aku menyerbu melihat kucing yang aku tinggalkan sakit dan kesejukan di luar pintu. lama aku tunduk membelakangkan ibu sebentar. kesat mata lalu aku bisik pada kucing "mama sudah kembali, tidak akan lagi pergi, tinggal kamu sendiri"

dan sesaat kemudian kucing tersebut membalas bisikan ku dengan nyaringan kuat "mama, lapar mama!!" (meooooooooww)

dan aku sedar aku hanya perantara rezeki kepada kucing ini.

Sunday, October 21, 2012

korban maisarah

8 yang simbah cat

sebaik keluar dari teksi, maisarah berjalan laju masuk ke pintu utama lapangan terbang antarabangsa Incheon. dia harus melawan penyakit semput dan gastriknya demi zulhilmi. ah! merajuk pula laki ni. tak tough langsung! rungut maisarah.

kepala maisarah mula musing. pening. dan dia hanya nampak suasana kegelapan menghurung diri...

wad

perlahan-lahan maisarah membuka mata. dan kelilingnya ada Rain Bi dan Song Hye Kyo. kejutan apakah ini?

dalam kebuntuan itu, maisarah ternampak surat yang tersisip di tepi bantal. dibuka surat yang diselit dengan lagu Warkah Berlagu Pilu. ah wanginya dengan taburan bedak talkum. surat tersebut ditaip dengan saiz tulisan 12 dan menggunakan font Freestyle Script. dalam rajuk dan kecanggihan surat, romantikalasofa juga zulhilmi ni. so sweet! puji maisarah dalam diam. hiks

maisarah mula membaca surat tersebut..


maisarah,

sampai di sini sahaja hubungan kita. saya sebenarnya zombie dari kayangan Marco Pollo yang menyamar sebagai manusia kerana terlalu taksub dengan cerita korea, Full House. kebetulan frekuensi siaran di bumi sama dengan frekuensi tv di Marco Pollo. 

semasa saya turun ke bumi dan berada di korea ini saya telah mengoogle nama Rain lalu nama awak Maisarah yang muncul di bloglist rainbowcloudy blogspot. jodoh kita tak panjang maisarah. ini suratan takdir hidup kita. dan mungkin ini juga merupakan pengorbanan yang terpaksa kita tempuhi sempena hari raya korban yang bakal menjelang.

selamat hari raya korban, maisarah yang kukasihi~

zulhilmi zombie marco pollo


dan maisarah telan terjun dari katil sebaik habis membaca surat dengan niat membunuh diri namun katilnya tidak setinggi angan-angan. maisarah masih selamat hingga kini........

Thursday, October 18, 2012

putaran roda hidup

8 yang simbah cat
hidup seperti gerakan roda
roda bermakna apabila bergerak
bila berhenti tandanya bocor
bila berhenti tandanya tidak diguna

hidup perlu gerakan
gerakan membawa perubahan
dari perubahan mereka belajar
dari pelajaran mereka hidup

jangan mengejar, tapi bergerak.
kejar meletihkan, bergerak membawa diri sampai tujuan tanpa kepenatan.

Sunday, October 7, 2012

nikmat yang ditarik

15 yang simbah cat
bersyukurlah bagi yang dikurnia nikmat untuk makan. masih punya rasa kelaparan. keinginan untuk makan. itu nikmat yang tidak terhingga dariNya.

sate, pizza, ayam golek tidak mampu menambat selera lagi sesaat sakit mendatang. nikmat selera ditarik. pahit, payau dan segala macam keluhan tidak mahu makan.

masa ini hanya perhatian, kasih sayang ubat yang penting untuk kembalikan semangat dan memulihkan kesihatan.

Wednesday, October 3, 2012

berkongsi

11 yang simbah cat
fuuuhh....! terimalah persembahan dari gegadis yang tensi berjurnal.

wa sebagai Mak yang pengasih dan penyayang, temankan aja Anak-Anak wa g amik kad matrik.

remove pic 


masa kelas feveret ; Penulisan Akademik 1 tahap kefukusan wa memang tinggi tambah-tambah jam kol 10pm hari jumaat plak tu!


#sekali kena baca 15 jurnal dalam seminggu, serius rasa macam amik PhD!

#satu perkara yang saya nampak, semakin kita belajar semakin banyak yang kita tidak tahu, tapi kita semakin mengenal dan mengambil tahu apabila kita semakin banyak berkongsi. :)

Saturday, September 29, 2012

kepenatan

7 yang simbah cat
tak sangka makan jurnal, mandi jurnal, tidur jurnal, mimpi jurnal membawa kepada satu igauan agar aku bangun bersengkang mata seperti mimpi ngeri dikejar hantu. mimpi jurnal lebih ngeri kerana tidur aku tidak pernah lena dan makan aku tak pernah kenyang.

tapi syukur mandi aku sentiasa basah kerana aku mandi di bawah hujan. dalam basahnya hati aku, Tuhan hadirkan mereka yang mampu mengelap kebasahan hati.


Sunday, September 23, 2012

kesibukan dunia

9 yang simbah cat
aku lihat dada langit. kelam. hitam... lalu tertutup mata aku. maka gelaplah isi dunia yang membawa bersama keletihan dari kesiangan. selamat malam. moga esok masih bernafas untuk meneruskan kehidupan.

penutup : " jika dosa itu berbau, nescaya aku tidak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesan orang kerana dosa-dosaku. "


Thursday, September 20, 2012

hundred lover

15 yang simbah cat
"why u bother one hater when u got hundred lover"

truuuuuut truut aku send sms kat adik.

treet terreet sms masuk. (kau ada bunyi message gini?)

'wauu hundred lover?! ce citer ce citer angah.'

wa sengeh-sengeh kerang balas,

'angah lapaq ni, jangan peduli sangat bahasa jiwang orang kelaparan kasih sayang. kakakah'

triiit triiit sms dari adik masuk segera,

'g ah ngorat anak-anak datuk kat dalam kampus tu'

kali ni wa dah tak sengeh dah. wa balas,

'deng! yang kaya semua jambu. tak minat ah.'

sms send. tiada bunyi.

dan aku meneruskan suapan roti cicah milo sehingga habis entri ini ditaip.

#skrip drama di atas digubal semula mengikut akta 'rainbow cloudy'

Wednesday, September 19, 2012

gelap

18 yang simbah cat
kita berdua
tawa bersama
senyum bersama
tangis aku dikesat tisu bisu
lalu kau bisikkan
'aku ada untuk kamu'

tiada lagi dua
haluan telah berbeza
senyum sendiri
tangis menyepi
lalu aku buka kenangan lalu
ingin aku jerit
'pergiii jangan kembali'

aku suka dalam terang
tiada apa perlu ditakuti
aku benci kegelapan
tapi aku perlu sembunyi
akhirnya dalam gelap aku berani
bersuara sedu tangis hati.


Tuesday, September 18, 2012

peti emas

21 yang simbah cat
update


moral 
1.  jangan terlalu emosional. akal jarang waras kala hati memberontak keras.

2 : manusia tidak pernah puas dengan kekayaan. jangan tamak haloba! 




Friday, September 14, 2012

jalanan

20 yang simbah cat

11:37pm

di kanan berliku
di kiri pucuk paku

jika di kanan aku lalu
di kiri pula aku tinggal begitu

susahnya di kanan aku yang tahu
di kiri pula dipandang sekilas lalu

baru pulang dari kelas penulisan akademik 1
pensyarah ajar bahasa yang betul dan tepat untuk ditulis dalam penulisan akademik,
tapi di sini saya aplikasi bahasa emotif dalam pantun, boleh kan?

moral pantun :
susah lebih baik dari senang, jika susah kamu akan menilai diri, jika senang kamu lupa diri!

Thursday, September 13, 2012

motivation and be creative

24 yang simbah cat
these are not advertisement. these are motivation to start the day with full energy like drink a milk with full cream :D

nak berbahasa arab tunggang langgang, just speak English. Thursday is English Day in my Villa wakaka


lets make something fun and creative for someone you love and care about. i will post this to my Mak at Kedah. (ceq rindu!)


i will not make this pillow but  i change it with making card but still using the same idea.


Tuesday, September 11, 2012

kemalasan di katil

30 yang simbah cat
aku lapar dan aku hanya guling di katil
aku rindu dan aku hanya sendu di katil
aku marah dan aku hanya sembam di katil
aku risau dan aku hanya menung di katil

lalu katil bersuara "bangunlah kau sebelum aku gulung, dan kapankan kau dengan cadar putih ini"

Monday, September 10, 2012

bumi ilmu ini dipijak memulakan pendakian

14 yang simbah cat
7.30am

keletihan dan kecuraman mendaki cerun bukit tidak menggoda mata untuk lelap. perubahan tempat tidur lebih menguasai suasana mata untuk terus celik merenung masa depan.

aku merenung kipas yang bising. lampu yang malap namun bilik tidak gelap.

satu demi satu ujian dihidangkan pada aku semalam. ujian-ujian lepas yang lebih perit membuatkan hati aku terus memujuk untuk terus bersabar, jangan melatah. pasti akan ketemu sesuatu yang baik di hujung nanti. pasti.

ya, pendakian dari kaki cerun hingga ke puncak aku bertemu seseorang yang menanti aku sebagai teman bilik. keramahannya. kehangatan layanan mesra dan riang menyuntik suatu vaksin agar aku terus bertabah di bumi ilmu.

sudah dicatitkan jadual aktiviti harian, mari mulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...

#anak mana tidak rindukan ibu. anak mana tidak menangis dalam diam mengenang kejauhan keluarga. ibu mana tidak risaukan anaknya.

#ukm sangat berbukit. azam menambah berat badan nampaknya berkubur lagi. heh!

Saturday, September 8, 2012

kampung : realiti lelaki tua ; fantasi pemuda

10 yang simbah cat
dalam kehujanan yang mengasyikkan mata, selimut diperhatikan penuh kemanjaan. mata terus beralih ke jendela sebelum tilam terus menggoda.

sayup mata memerhati seorang lelaki tua berjalan separa gagah meniti batas sawah. cangkul dipikul ke bahu. dalam kehujanan dia menunduk bongkok tidak peduli apa pun yang menghalang. luarnya tua, dalamannya gagah perkasa. semangat kentalnya seperti perajurit di medan askar. berjuang demi hidup.

anak muda di pembaringan, lelaki tua di hujanan.
seorang di alam mimpi, seorang merentasi realiti.
seorang panjangnya fantasi, seorang mencari rezeki.
seorang mempertahankan kemerdekaan, seorang yang pernah berjuang mencapai kemerdekaan.
bezanya pengertian senang bila hidup di zaman susah.
kentalnya semangat dan kudrat lelaki tua.
kuatnya dengkuran pemuda menganyam ketupat mimpi, bangun cuma mahu sesuap nasi dari lelaki tua yang keluar mencari rezeki.

Wednesday, September 5, 2012

anak-anak yang memahami

11 yang simbah cat
selama kat rumah aku memang manjakan sangat-sangat anak-anak aku. masa ni la nak bagi sepenuh perhatian dan kasih sayang kat depa ni.

adik sampai naik rimas tengok aku duk cium manja anak-anak aku sampai la dia ugut "siap la pas kak pizah balik sana nanti, kucing ni nak buang kat market"

hang tengok muka aku ni...... ada aku kesah?

hahaha, ok belajar 'ada aku kesah' tu dari boboiboy. so salahkan tv!

saya Kentoi. mama pijah selalu paksa saya makan biskut. pe kes!!
nama panjang saya Comei. nama manja plak Kenit. Abam Ais kata saya  macam pondan huhuk
biasanya aku jarang cerita apa-apa hal personal pada famili. masalah yang melibatkan hati dan perasaan memang aku tak kongsi. pernah satu hari aku dah tak tertahan dengan beban rasa, aku peluk kucing seerat mungkin dan luah apa yang aku rasa di hati. basah pipi dengan hujan yang turun tanpa petir dan guruh. 

anehnya masa aku pandang mata kucing dengan lenangan air hujan, dia seperti memahami lebih dari manusia memahami sesama manusia.


Tuesday, September 4, 2012

makanan di bawa pulang ke asrama

13 yang simbah cat

cuti raya sakan dah nak habis. bila nak balik ke asrama semula, bagasi perempuan biasanya lebih meriah kerana bekalan makanan yang turut dibawa pulang dari kampung halaman. sebagai contoh : AKU. hihi. sila jangan tanya aku sekolah asrama mana.

aku suka betul dengan menu makanan tiga dalam satu. mudah, jimat, kreatif dan inovasi. (perkataan inovasi tu sempena assignment yang tak sudah-sudah) selain tu budak asrama ni memang suka jimat cermat. tapi nampak tudung, blous cantik-cantik terus hilang jimat!

antara menu selepas hari raya yang AKU selalu bawa balik ke asrama :

1. sambal ikan bilis kering

hah lejen ni! aku siap dapat tempahan lagi. kawan yang order tu pesan "aku nak yang mak hang buat, bukan hang tau" majuk betul aku lepas tu!

sambal ikan bilis ni boleh makan dengan
- nasi (wajib)
- roti (aku hantu segala jenis roti)

*ikan bilis kering ni lebih tahan lama ada la dalam seminggu. kalau yang tak gemar kering sangat, bagi ada kuah sikit-sikit saja tapi mungkin bertahan 3-4 hari ja tanpa di panaskan. masa di terengganu dulu, aku akan beli nasi putih dan roti saja. kalau rajin sayur sikit. kemudian tak keluar ke kafe 3, 4 hari. aku pasan abang kafe macam rindu aku. percayalah penipuan aku ni.

2. sambal daging kerisik

idea asal menu ni tercipta dari aku. bila adik-adik suka aku mula la buat-buat rajin, selalu masuk dapur konon kakak yang baik dan bertanggungjawab. entah macam mana suatu hari yang hening aku malas sangat masak dan mak aku buat menu ni, lebih sedap dari aku maka sejak itulah aku mula manja-manja suh mak aku masak tiap kali nak bawa balik asrama. alasan terbaik "nak rasa air tangan mak!"

*yang ni aku makan masa hari pertama sampai asrama.lagi pun daging kerisik ni tak tahan lama sangat. alang-alang dah penat, makan terus sebelum kemas-kemas bilik. tak payah nak susah payah turun ke kafe.

3. nasi berbalut daun pisang

nasi bukan sebarang nasi. nasi berbalut daun pisang. kalau aku tunduk hadap ni, bila panggung kepala automatik ramai kawan-kawan senyum-senyum manja di samping aku.

*memang meningkat 100% selera bak hang.

4. kuih raya

ini wajib sempena raya. kalau kat rumah dah habis licin, akan buat semula. tak beli. biskut samprit, mazola, karas. kuih tradisi kedah ni. aku paling suka baulu. cicah baulu dengan air seperti nikmatnya aiskrim di kala tengah hari.

*kuih raya ni biasanya dicari bila tengah-tengah malam. dingin pagi layan kuih raya rasa macam duk perantauan seberang laut ooo. sayu huhuuu.

tu je kot. aku tak letak gambar, tak mahu ada yang kelaparan kerana fokus utama aku kat sini nak nyatakan air tangan ibu itu yang terbaik. tersedap. peluk cium mereka sementara kita masih mampu menatapi mereka jangan tunggu di saat kita meratapi mereka....


Monday, September 3, 2012

"tolong mandikan"

12 yang simbah cat
mengeliat ke kiri. alih ke kanan.

"aduh, awat panaih sangat nih"

tiada respon. hanya bingit tv bersuara.

"slownya kipas, bukak la kuat sikit"

tiada respon. hanya bingit tv bersuara.

"huuu.. panaihnya! ngantuk. malas la mandi. awal lagi"

tiada respon. hanya bingit tv bersuara.

"panaih! tapi nak baring lagi. sapa nak tolong mandikan"

respondan (bukan pondan): "hoiii. ingat orang mati ka nak tolong mandikan?"

grrr. respon yang tak dijangka.
Jenab terus bangun menyejukkan dirinya selama setengah jam di bilik air.
mandi, bertafakur, insaf.

#kalau cuaca panas selalu gini, bil air boleh merah ni!

Saturday, September 1, 2012

tikus dan ambulan

13 yang simbah cat

mood : kenang semula

tikus dan aku memang musuh ketat. yela, bukan binatang peliharaan kan. sah-sah la musuh. memang tak kan pernah hilang perasaan takut dan trauma aku macam mana kena gigit dengan tikus tahun lepas. bukan sekali dua, tapi hampir 5 kali. sampaikan aku ngigau dan berjadi manusia nomad di rumah sendiri. bertukar bilik tidur sampai aku menggigil dalam selimut. dah macam nampak hantu. lampu dipasang hingga ke subuh hari, bimbang tikus datang gigit. tikus kan gemar dalam gelap-gelap ni.

satu benda yang aku hairan sampai ke hari ni, tikus macam kejar aku. kalau tak datang menggigit jari kaki aku, dia menonjolkan dirinya dari jauh seperti memerhati. ah sudah! semacam mengorat la pulak. dah tak ada jejaka nak ngorat gamaknya, sampai binatang je yang ada nak pikat aku? =.= (belum masuk cerita kera lagi ni)

kadang-kadang terbawa-bawa hingga ke mimpi, mengigau jadinya. yang tak kena tak faham barangkali kengerian aku ni.

klimaks cerita tikus apabila aku diserang hypentensi dan dibawa naik ambulan ke wad kecemasan hospital sultanah bahiyah. masa tu aku dah bayang ajal menanti. terkenang segala dosa-dosa aku yang tak terampun. Allah, banyaknya aku leka dan lalai padaMU. tragedi tak berbau ini berlaku masa aku di Telekom Alor Setar. kecoh! agaknya aku masuk buletin TM.

aku ditahan sekejap cuma, sempat la juga aku kenyit mata pada paramedik laki yang kacak tolong aku. hihihi. percayalah. keluar je wad, aku tengok tak ramai yang bersimpati sangat, tapi yang ramai gelakkan aku ada la. adoiii. lawak sangat ke muka aku? jadi bahan beb. tapi bagus juga, aku pun bajet sihat supaya tak ada mulut nakal nak usik.

sekali sekala aku pergi lawat staf telekom. rindu. topik tikus tak kan luput di ingatan mereka! grrr..

#minggu ni last di kampung, akan balik semula ke bangi, nak pergi jenguk telekom ke tak?

Friday, August 31, 2012

see your relationship with Allah

8 yang simbah cat
wanna say something but i have no right idea. years before, i love math because its simple, just problem solving. no need to read a lots. understand the concept and solve the problem that always repeat the same question.

now, today, i feel like the problem will kill me. i cant breath smoothly. and i think solve the math is hard than reading a book without thinking.

yeah, my problem now, i cant think!

just now, i open my twitter and i see the text " when u in stress, flashback and see your relationship with Allah "

astaghfirullah al azim.

Wednesday, August 29, 2012

riang ria pelangiland

13 yang simbah cat
seriosly aku ketagih sangat-sangat dengan hobi edit gambar ni. rindu photoshop. bila hanya ada Paint untuk lepas segala gian, rasa sifat kanak-kanak comel aku terserlah (mak pitam dengar) woohaa..! dan sepanjang petang ni aku ketawa je bila buka blog.

senaman muka.

#sangatsarkastik

dan aku berpendapat, jika lari sifat kanak-kanak dalam diri, kreativiti turut berkurang.
kanak-kanak tinggi imaginasinya, bukan?


penukaran tarikh masihi ke hijrah

4 yang simbah cat
hari ini dengan penuh semangat saya lafazkan "saya nak update entri setiap hari" dan itulah lafaz yang diulang dari dulu, sekarang, kini dan selamanya. last-last seminggu sekali juga baru berupdate.

ringkaskan, saya nak kongsi bagaimana mahu menukarkan tarikh masihi ke tarikh hijrah. semuanya di hujung jari he he he.

ini uniform resource locator (URL) : http://suaramualaf.com/tahunhijrah/
ini contoh tarikh yang saya masukkan. dapat agak ke tarikh apa tu? hee..


resolusi gambar kurang jelas, maaf ye bang (auuuuw). 

semoga ada manfaat dengan perkongsian serba ringkas ni :)


Tuesday, August 28, 2012

zon selesa tegar untuk berubah

9 yang simbah cat
pernahkah anda bila dalam keadaan mood bekerja yang penuh semangat dan diberi tugasan yang pelbagai namun masih dapat disiapkan dalam masa yang diperuntukkan? penat seperti tidak terasa, lelah seperti menghilang. sebaik sahaja semua tugasan siap dan dibenarkan untuk berehat dengan berbaring selesa di sofa atau tilam empuk, tiba-tiba sahaja letih, penat, lelah, lenguh datang menjengah dan seperti mahu kerusi itu berubah menjadi Ogawa. mengurut dan memicit agar segala urat kendur selesa. SEBAIK sahaja dapat berbaring dan berhenti dari bekerja, badan mula malas dan tidak mahu menurut arahan andainya diberi tugasan lagi.

terbalikkan keadaan dan situasi di atas dengan melihat pada keadaan saya yang selesa beristirahat di Istana Sungai Limau, Kedah dengan menikmati santapan Diraja penuh beradap dan enak-enak sambil dihiburkan dengan liburan nyanyian dari sang Tivi. gulai ayam yang pekat, sambal petai yang enak, bihun sup utara yang memikat dan apa sahaja yang terpikat pasti hati setia tertawan tidak mahu kembali pada kekasih di Bangi.

kahkahkah kemain berdrama di tengah malam ditemani nyamuk bendang! aaah........! menghitung hari bersama keluarga di kampung. hidup tidak bisa selesa selalu. mahu berjaya tentu ada pengorbanan untuk dilalui. aku akan kembali ke Bangi! terusan dengan perpustakaan. (sembam muka ke meja, hidung terpenyek!)

apakah akan ada raya selepas ini yang ceria dan selapang raya tahun ini, 2012.

Thursday, August 16, 2012

nak juga ucap selamat hari raya 2012

11 yang simbah cat

akak-akak dan abang-abang yang ada terasa dengan adik Rain, saya pinta sejuta kemaafan. betul-betul minta maaf..

semoga Ramadan 2012 ini yang terbaik antara tahun-tahun yang telah kita tempuh. semoga raya disambut dengan penuh kemenangan oleh seluruh umat Islam. menang dalam memerangi nafsu.
gambar  yang asalnya diedit masa musim Ong Bak Rindu melanda Malaysia

ini je gambar yang ada dalam koleksi. yang lain dah hilang. photo editor paling canggih yang ada sekarang ialah Paint.

pecah gelas pecah cawan
lepas baca jangan meroyan
gambar sekadar hiburan 
sesama kita sebagai kawan-kawan

Friday, August 10, 2012

gotong tanpa royong

8 yang simbah cat

kicau burung berebut pasangan di bulan puasa ni membingitkan telinga sensitif aku. mata bundar dan muka ala heliza ini terus bangun dari katil separa empuk lalu menuju ke tingkap menguak pintu. angin menerobos masuk mencium pipi.segar. ciuman angin tidak menggoda naluri. cuma hawa pagi ini sedikit panas walaupun mentari suam-suam dengan jerebu yang semakin merebak.

hmm. menghirup udara sambil pejamkan mata dan melayangkan fikiran suatu yang indah aku kira. apa projek aku hari ni? mood baik pagi ni. sambil senyum simpul aku turuni tangga. menuju laman hadapan.

wah wah wah. enak pulak kucing aku dua ekor ni tidur meniarap. mereka selesa di pembaringan atas kerusi. tangan aku lekas mencapai penyapu. dihayun kiri kanan. disapu kanan kiri. siap menyapu lantai!

masih berfikir dan sambil senyum simpul. mood baik ni. aku ulangi kenyataan itu. lalu penyapu cakar dipegang dan daun-daun dikumpul ke tempat bakar sampah. sreett sreet kiri. sreet sreet kanan. siap dedaun bertemu di pembakaran.

tika inilah adik-adik aku muncul dan sepenuh kuasa veto yang ada aku agihkan tugas gotong royong secara paksa rela pada mereka. yang bongsu kena tanam benih durian. sambil aku senyum simpul membayangkan akan menuai hasil durian untuk generasi cucu aku kelak. kih kih kih. aku senyum dalam angan.

sorang lagi adik aku kerahkan cabut rumput-rumput. seronok pula jadi kakak bila tiada yang membantah. aku senyum simpul lagi sambil berangan cucu cicit aku kelak yang bahagia dengan neneknya ini. kih kih kih.

sambil melayan kucing-kucing aku mencapai pula cangkul untuk menebas. tiba-tiba adik aku bersuara " JOM BASUH MOTOR ABAH " . aku sekuat hati jawab " jom jom. "

dan kelihatannya selepas motor sedia di hadapan bilik air luar rumah, masing-masing berlagak meneruskan kerja. aku pura-pura sibuk pegang cangkul untuk tebas, yang bongsu bajet sibuk masukkan benih dalam plastik beg dan yang bising nak basuh motor tu diam dan meneruskan langkah ke dalam rumah.

motor itu tunggal dalam kekeringan. tidak dibasuh oleh adik beradik yang bising tadi. dan sebentar kemudian motor kering dinaiki semula oleh abah aku yang siap mandi untuk ke kedai. kami bertiga diam sepi.

aku semakin kukuh yang mood baik aku pagi ini hanya untuk gotong-royong halaman bukan membasuh. cesss!

Wednesday, August 8, 2012

sejarah kegemilangan ilmu Islam

7 yang simbah cat
bila seharian semalam aku meneliti teks sejarah dan menilai kembali garis masa tamadun yang wujud dan kaitannya dengan pendidikan dan kecemerlangan ilmu, ternyata sememangnya Islam adalah yang terhebat dan terunggul.

ketika Eropah menempuh zaman gelapnya (476-1050 M. - peringkat awal) dengan kejahilan dari aspek ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran, Islam terus tersebar dalam memperkembangkan tamadun dunia secara keseluruhannya.

sumbangan kerajaan-kerajaan Islam semasa zaman khulafa al-Rasyidin, Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah terutamanya dalam ilmu pengetahuan ternyata begitu besar sekali. ensiklopedia perubatan, buku-buku falsafah, kecemerlangan matematik dan astronomi dari cendekiawan Islam memberi impak yang besar terhadap perkembangan intelektual dunia.

aku begitu terkesan sekali apabila mendengar satu sesi perbincangan di petang Jumaat bulan April lepas, Prof dijemput khas dari UPM (maaf namanya tidak dinyata di sini) menceritakan tentang sejarah dunia yang telah banyak diubah oleh Barat dan sejarah hari ini tidak lagi tepat kerana kekejaman Barat yang cuba menghapuskan kebenaran sejarah dan mengubahsuai dan menulis semula sejarah mengikut pandangan mereka. ini satu kebenaran yang aku sendiri terkejut bersama-sama dengan mereka yang turut hadir pada perbincangan tersebut. terkesima sebentar dengan ketegasan bicaranya.

jika diteliti kembali ada kebenarannya. kerajaan Abbasiyah (749 - 847 M.) memulakan kesebaran ilmu intelektual secara serius yang berpusat di kota Baghdad dan seterusnya diteruskan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah (1280 - 1603 M.) antara tokoh hebat Islam yang muncul era ini ialah Ibn Sina (980 - 1037 M.) dan Ibn Rushd (1126 - 1198 M.) manakala Leonardo da Vinci (1452 - 1519 M.).

berdasarkan perbandingan ini tokoh Eropah muncul pada sekitar abad-15, manakala tokoh Islam muncul sebelum abad-10 lagi. ternyata Eropah banyak mencedok ilmu pengetahuan dari Islam. namun kebanggan dengan kemajuan intelektual Islam tidak mampu membawa kita ke mana jika kesedaran mengekalkan kegemilangan sebagai umat Islam masih nipis melayang dan terus hanyut dibuai waktu dunia. seharusnya generasi kini perlu bangkit berusaha, meneroka, mempelajari dan membina ilmu daripada pelbagai sumber serta adunan budaya tamadun untuk kecemerlangan agama dan negara.

kembalilah melihat sejarah untuk mengenal dan menilai siapa diri kita.

petikan ucapan daripada Saidina Uthman selepas dilantik menjadi khalifah

".... Ketahuilah bahawa dunia ini dipenuhi dengan tipu daya. maka janganlah kamu tertipu oleh kemewahan hidup serta tipu daya dunia. contohilah yang mereka yang terdahulu daripada kamu...."
sumber al-Tabari, Jil 2: 589-90



sumber rujukan :
Teks Sejarah Tingkatan 4 (2002)
Seminar Matematik 6 April 2012, Bilik Media, Fakulti Pendidikan, UKM.






Sunday, August 5, 2012

model kaki gunung jerai

10 yang simbah cat
sebagai model yang berjaya, haruslah ceria atau pun muka makan gambaq oqang kedah cakap. meh aku tunjuk model paling sedih pernah aku lihat.

remove pic

gambar yang diambil pada akhir tahun 70-an. berlatar belakangkan rimbunan hijau pokok di kaki Gunung Jerai. sumber gambar diambil fotografer annon. gambar ini diedit bagi melepaskan gian kerana laptopnya yang punah dimamah usia menyebabkan segala perisian turut lingkup. gambar ini diedit cuma menggunakan Microsoft Office Picture Manager.

model sedang merenung masa depan sambil teringat menu untuk berbuka.

sekian.

ini entri testing dan recycle bin.


#khabarnya model tersebut kini telah berusia lingkungan 60-an namun ajaibnya wajah awek-muda yang tidak-tua.

Tuesday, July 31, 2012

selamat hari lahir yang diingati

13 yang simbah cat
lama aku renung ruang putih berkotak 'new post' hanya demi mahu bicara hati difahami dia. mahu karang cerita aku tidak petah dan lancar untuk itu berbanding dia yang hebat dalam dunia tulisannya. 

dengan dia aku kelu. lidah tidak bertulang seperti dipotong pendek. hilang kata. hati becok monolog. bukan debar. tidak! bila temunya aku lagak biasa. cuma bila dia tiada aku keliru. keliru kerana kurangnya bicara antara kami kadang-kala.

kurang bicara pun banyak enaknya. kurang selisih faham namun itu kemungkinan bertukar ke salah faham. 

beza antara kami menjadi satu keistimewaan. persamaan antara kami menjadi satu titik laluan. kesabaran selalu menguji jika dalaman tiada kekuatan dan malam ini aku menanti detik lahirnya dia dua puluh dua tahun yang lepas.

selamat hari lahir yang diingati!

setibanya puasa tahun ini, dan ini pertama kalinya blog dijenguk setelah ditinggal dengan entri rama-rama.

pinta kemaafan, kurang bicara kadang-kala ada baiknya dari terlajak bicara. salam ramadan semua.





Monday, July 23, 2012

rama-rama

10 yang simbah cat
bila aku sudah punya sayap
dibekalkan kekuatan untuk terbang
datangnya ia
hampiri aku
seru ia padaku
kembali pulang
kembali

berpaling aku
memandang ia
fikir
tangan ia tidak lepas menggamit

aku tak bisa terbang jauh
lalu kuturutnya
bahagia seketika

ia pula mula kembali pada sifat asal
tidak peduli
aku mahu terbang kembali 
aku hanya rama-rama

ia cuma mahu liburan
tidak
bukan liburan dosa aku mahu

Sunday, July 22, 2012

puasa universiti #1 | ketam masak lemak

9 yang simbah cat
"mekkk!!! cepat mek! dah lewat ni weii" Izzah menjerit dari atas tangga luar bilik aku. memang suara dia menggegar perut aku.

aku tengah melantak lagi masa tu. tengah kekah ketam masak lemak. mahal tu. disebabkan aku beli pakai duit, aku nak ratah sampai licin. kalau beli pakai air liur, tarak hal.

"halamak, mek zah dah panggil." hati aku sempat membahan Izzah. kami akan berterawih di masjid UniSZA. naik bas ke masjid. berebut-rebut kadang-kadang. mahu tempat duduk dalam bas walaupun jarak tak ada la jauh sangat. masjid UniSZA sangat cantik secara personal bagi pandangan mata aku. harap ramai lagi yang setuju.

"sat sat! sabaq" aku membalas jeritan Izzah sambil kalut-kalut berus gigi dan basuh tangan. peh bau ketam!

aku capai telekung sambil lari-lari anak dengan Izzah. kejar bas.

"sorry wei. aku ratah ketam tak hengat terawih hihik" sengih-sengih aku minta maaf kat Izzah.

"hang memang!"

mujur la ada lagi bas. penat gak lari-lari gini pas berbuka. silap-silap isi ketam terkeluar terus dari rektum!

masa ni kebetulan dalam bas jumpa lagi dua tiga orang member kelas. Kak Iqa, Ejah, Maj, Kak Uda.. masa ni aku pun dah ingat-ingat lupa sapa lagi yang ada. tak pasti Alang ada ke tak?

dah jumpa geng kelas ni memang riuh la borak. gosip pasal makanan mesti masuk punya. aku terus teringat pasal ketam yang aku makan tadi. tengah sedap melantak, kena potong stim! masa tu roomate aku pun join gak setangan kekah ketam. sedap! aku sempat lagi tutup ketam masak memak tu dengan surat khabar.

sampai masjid. solat isyak berjemaah dan terawih. selesai terawih lapan rakaat gegas keluar untuk naik bas. ini memang senaman bulan puasa!

turun ja dari bas, suara ketam macam panggil-panggil nama aku. laju siot aku lari masuk bilik.

dan semuanya telah berada di pengakhiran.

arwah ketam telah selamat dikebumi cerna dalam perut roomate aku! satu pun tiada tinggal. dan aku pun ketawa berair mata mengenangkan rezeki ketam setakat magrib tadi cuma. 

roomate roomate. ketam tu rezeki hang rupanya! aku telan liur malam tu. kurma Yusof  Taiyoob sahaja pemanis hati. tsk tsk tsk.


#imbasan kenangan puasa dan terawih semasa di tahun empat semester satu di UniSZA 2010. semester akhir di universiti sebelum  kami sekelas menjalani latihan industri selama enam bulan.

#dedikasi khas untuk teman sekelas Batch 2 Sains Komputer Pembangunan Perisian UniSZA. rindu semua.

masjid UniSZA 
bukan koleksi simpanan aku.

Monday, July 16, 2012

doakan kesihatan

17 yang simbah cat
doa kesembuhan dan kesihatan saya makin baik.

rasa tak terdaya hari ke hari.

-hafizah-

Friday, July 13, 2012

kecewa abe roy #3

13 yang simbah cat
di bawah pohon kelapa itu aku bersandar melepaskan lelah. terlalu meletihkan jika masalah hati melanda. seperti seluruh kudrat digunakan untuk memerah perasaan kesumat.

si gadis pujaan aku yang berjanji untuk sehidup semati kini telah mati dahulu dalam hubungan. mematikan hatinya buat aku. aku terlalu sayangkan dia. sayang yang terlalu hingga membutakan mata gadis untuk menilai . dia menilai aku dari pandangan mata bukan pandangan hati. keterlaluan emosi perempuan ini. pertemuan 5 jam mengakhiri segalanya.

"hoii abe, bakpo mu tenung aku lamo-lamo gittu. mu ingat aku gewe mu ko? mabuk cinto nguh la mu ni! aku tampor gak kang."

"aku sedih la Maria. dia tinggal aku. dia ..diaa...." mengalir jua air mata jantan aku mengenangkan dia.

"mu rilex sudah ah. esok pagi dia kelik ah ke mu."

"camne ko yakin, Maria?" tanya aku sungguh-sungguh sambil kesat lelehan air mata.

"dia g kerja kan. mu susoh hati wat naper?"

"demmit! aku lupa siot."



# selalu komunikasi untuk elak perselisihan faham dan jangan emosi keterlaluan. iblis sentiasa berusaha menghanyutkan anak-anak Adam.


Wednesday, July 11, 2012

pinta perhatian

15 yang simbah cat
semua mahu perhatian
berunsur kasih beratom sayang
agar menyelinap ke sanubari

semua mahu perhatian
pertanyaan khabar berita
dari yang tersayang

semua mahu perhatian
agar hati sedikit tenang
merasa ada yang peduli

semua mahu perhatian
menghilang rasa sunyi hari
agar bisa senyum mendengar suara kamu

semua mahu perhatian
tapi aku cuma mahu kamu perhati aku!

semua orang mahu kasih sayang
agar dunia penuh cinta bukan benci berapi

salam kasih sayang
semoga angin menyampai kalam rindu
nun jauh di kampung

rindu yang dekat, rindu lagi yang jauh di kampung.



ramadan datang, aku terasa ada di oversea hihihi :D


Friday, July 6, 2012

tentukan matlamat harian

10 yang simbah cat


benda semulajadi semacam punya aura yang membangkitkan semangat bukan?
ion-ion positif lebih banyak tersebar
jumaat yang barakah
senaraikan apa yang akan dilakukan hari ini
penuhi matlamat tersebut
semoga hari kita lebih terisi dengan kerja yang baik
:)

#seperti hilang madah kata pula. salam jumaat sahabat :)

Wednesday, July 4, 2012

sebelum nafas terhenti

11 yang simbah cat
ada yang merajuk?

maaf.

:)

saya hanya mahu lihat kamu senyum sebelum saya pergi.

punya fesbuk, tuwiter, gugelplus tapi saya rasa kosong
lalu saya ke sini
melihat warna-warni dunia dan keindahannya sebelum menutup tirai mata
di sinun yang dinyatakan itu saya tetap sendirian
namun saya bahagia
terisi kekosongan dengan indahnya warna

sibuknya dunia.
rasa mahu menenangkan diri.

sakit itu ujian. bertabah sebelum dijemput.

al-Fatihah buat arwah seperjuangan kita saudari lieyna


Tuesday, June 26, 2012

lelah nafas

9 yang simbah cat
kah kah kah!
hampir-hampir lupa pasword blog.
tu baru 8 hari tak jenguk.
kecoh!

aku pun tak tahu apa fungsi kewujudan aku kat blog ni
macam tak memberi apa-apa manfaat
sekadar menjengah meluah rasa

tapi sekarang aku dah berhati besi
tiada rasa lagi
paling ketara aku sudah sukar menangis
dah habis kering agaknya kolam

dia tak peduli pun
aku berasa masam masin manis pahit
tawar sekali pun dia tetap tidak peduli
sehinggalah dia akan menemui pusara aku nanti

kini
aku punya rasa sedar
mereka yang mengidap asma
betapa merasa yang Izrail seperti hampir menarik nyawa
setiap kali lelah mereka meragut nafas
hampir terlantar aku kaku seperti itu
hampir hampir hampir
dan maut itu selalu disisi
tidak jauh menepi

Monday, June 18, 2012

luangkan masa

11 yang simbah cat
punya masa untuk saya?

andai diberi
61 saat dalam seminit,
25 jam dalam sehari,
8 hari dalam seminggu,

adakah akan ada masa luang untuk saya?



Saturday, June 16, 2012

jerebu dan emergency

12 yang simbah cat
bila jerebu masuk hari kedua lebih teruk, mula rasa sesak dada. nafas pendek. dan automatik terkenang tahun lepas masuk emergency kejap. ya Allah keadaan tak terduga kadang-kadang kita boleh diambil nyawa. sangat takut.

tarikh hampir sama. cuma beza tahun :'(

Thursday, June 14, 2012

ayuh berjuang!

8 yang simbah cat
mudah benar hati ini berhujan minggu ini.
ayuh! bangun sayang.


Sunday, June 10, 2012

saya berpendapat

16 yang simbah cat
saya berpendapat
lelaki berkulit sedikit gelap lebih maskulin

saya berpendapat
saya perlu kesabaran tinggi dalam berhubungan

saya berpendapat
mereka yang hadir di sini sangat penyayang

saya berpendapat
saya perlu makan banyak

agar bisa bekerja keras menghasilkan pendapatan
bukan sekadar bercakap tentang pendapat
yang tiada kesudahan

semalam telan ubat cacing, selepas 6 jam saya berdoa agar anak-anak ini selamat disemadikan. 
terima kasih sudi menetap dalam perut mama. muaahahhaha


Wednesday, June 6, 2012

kecewa abe roy #2

14 yang simbah cat
aku selaku lelaki kacak maskulin tidak akan memilih bulu dalam rumpun berkawan. walaupun Maria pondan namun masih boleh ditarbiah dan dibawa kembali ke pangkal jalan.

kebosanan di petang yang panas membahang ini aku mengajak Maria ke mekdi sambil pekena mekfeleri orio feberet aku. di sudut hujung aku memilih port untuk kami bual santai.

"aku ngah dilema nak buat pilihan la Maria"

"bakpo pulok abe weii"

"kalau ada dua jalan terbentang depan. kanan akan bertemu laut cina selatan, dan kiri menuju ke hutan belantara, mana ko akan pilih"

"kalu ore pilih jale tengoh , solat istikarah"



Monday, June 4, 2012

kecewa abe roy #1

17 yang simbah cat
aku berjalan ke arah Maria dengan langkah yakin. sekuntum mawar putih disorok di belakang. terasa akulah jejaka paling macho ketika kepupusan ramai jejaka maskulin. sudahlah sedikit, ramai pula yang bercinta sejenis. ah jahilnya!

" Maria sayang.. untuk awak " aku hulur mawar dengan senyuman dan nada penuh romantis.

kembang mekar senyuman Maria. tersipu malu dia sambil tunduk mencium mawar putih.

Maria masih tidak bersuara. masih malu agaknya dengan pertemuan kali kedua ini.

" abe Roy, bakpo bunga putihnyo. bukey merah ko ? " terserlah keserakan suara Maria.

" merah untuk perempuan. awak pondan. putihkan diri dulu. kbai. "

aku berlalu dengan 1001 Rasa Babas!


Sunday, June 3, 2012

teman, hadirlah sini

6 yang simbah cat
kembalikan yang pergi. membawa diri entah mengapa. aku sendiri. sini  punya dinding empat, kipas ligat, kalimantang bernyala cuma. tidak bisa senyum, tidak bisa ketawa, tidak bisa memujuk hanya memberi manfaat. sungguh setia. tapi aku masih perlukan kamu untuk bual kerana mulutku tak bisa diam tanpa teman. hatiku tak bisa tenang tanpa luah.

Wednesday, May 30, 2012

pertemuan cinta si hujan selepas kejatuhan

13 yang simbah cat
hari itu hujan. ya hujan menjadi kesayangan dan teman setia Anjelina Joyah. harinya bahagia. biasanya teman-teman Anjelina Joyah gemar tidur di kala hujan menjadi tetamu, tapi tidak bagi Anjelina Joyah. hujan rahmat yang perlu dinikmati. jarang dia tidur di kala hujan utamanya siang hari, tapi kalau malam memang enak sekali!

hentinya hujan dari kelebatan awan tidak menghentikan gendang pancaragam dari dalam perut Anjelina Joyah. maka berhiaslah secantik puteri salju walhal hanya untuk ke kafe terdekat dengan selipar Jepun yang sudah botak rambutnya.

dalam perjalanan menuju kafe menyelusuri pohon rendang kicauan burung Anjelina Joyah melangkah laju seperti mengejar kafe yang sedang berlari.

dsssuuuuppppuup!

ah seperti terhentak jantung Anjelina Joyah pabila dari kedudukan berdiri kini dia sedang berbaring di tangga jalan menuju kafe.

aduh topeng mana topeng wooii! gila malu Anjelina Joyah terjatuh seperti aksi stuntman Tum Kurus. serentak dengan itu Anjelina Joyah tidak mampu membangunkan diri dengan kadar spontan dan terpaksa dibantu oleh seorang gadis cina yang terkejut mendengar bunyi nangka kurus terjatuh golek sebentar tadi.

dalam kesakitan, keegoan yang sedikit masih perlu dipertahankan. 'thanks. I'm fine. thank you miss'. dengan langkah gagah dan ayu Anjelina Joyah meneruskan langkahan yang tempang ke kafe. lalu terdengar teguran dari dalam Avanza putih 'len kali pakai kasut dik! selipar licin hujan-hujan ni'.

terasa panas membahang telinga Anjelina Joyah. yelah disantap dengan ayat sentap gitu tanpa sudi menghulurkan pertolongan. hanya melihat Anjelina Joyah jatuh dari kejauhan. apa salahnya berlagak menjadi putera raja yang menyambut tuan puteri hampir tergelincir, ye tak? ala-ala tarian tango gitu.

peh berangan tak hengat.

setibanya di kafe, aaah! kenapa harus mamat ini yang perlu Anjelina Joyah hadap dahulu di muka pintu? jodohkah? *background music mohabbatain*

mahu sambungan? tidak. hentikan saja di sini.

Tuesday, May 29, 2012

inai dijari, wajah berseri, hari bahagia

17 yang simbah cat

aku sering menulis bila aku penuh emosi, fikiran celaru dan sedang kesedihan.
bila mana aku terlalu gembira aku hilang patah kata kerana 
perasaan dan bicara aku terpancar sudah pada wajah.

selamat pengantin baru, shahidar subri

jangan di tanya, bila giliran kamu Rain? argghh gigit nanti.



Thursday, May 24, 2012

syurga bahagia

11 yang simbah cat
melangkah ke satu fasa akan mendukung perubahan dalam diri, sikap dan cara berfikir sesuai dengan fasa yang dialami. jangan takut digelar berubah. sememangnya diri perlu berubah kerana jika tiada perubahan, tiada langkahan yang kamu buat.

selamat menempuh alam perkawinan teman. doa aku sentiasa mahu kamu bahagia dan tenang. selalu. itulah rezeki yang tak mampu kamu beli dengan nilai wang kecuali dengan mengharap pada Yang Maha Pemurah dan Penyayang.

aku pulang ke kampung hari ini kerana majlis kalian.

dan melepaskan rasa rindu aku pada keluarga yang tidak pernah menolak hadirnya aku walaupun kadang-kadang terleka sebentar dengan indah dunia. terima kasih sedarkan!

Tuesday, May 22, 2012

palsu bandar ini

9 yang simbah cat
bergurau ketawa bagai irama, selesai drama sosial itu aku mengembalikan diri ke kamar.

tiada lagi yang menemai. sepi. diam. sunyi.

pilu. masalah, kekusutan kembali menghimpit.

kejap cuma gembira itu.

seperti kepalsuan aku di dunia sini.

bawa aku pulang ke sana. tolong.

aku merintih. ibu!

Friday, May 18, 2012

dia dihempap batu dari gunung ujian

10 yang simbah cat
persoalan :
lama dia mendiam diri
sepi tiada berkata
ada sesuatu tidak terduga

aku bertanya kabar :
mendengar hembusan nafas darinya
sayu dan lemah
tidak seperti biasa

dia menjawab kabar :
ditimpa batu yang bergolek
dari gunung dugaan
sehingga aku merasa
tiada terdaya andai aku ditempatnya

penyelesaian :
aku panjat doa pada Yang Esa
Berkuasa ke atas segala sesuatu
memberi lapang pada siapa yang dikendaki
semoga insan itu dipilih olehNya
tiada lagi tempat aku mengharap kerana
manusia tercipta dari Yang Maha Pencipta
padaMu kusujud mengharap keredaanMu


Thursday, May 17, 2012

see the future family

5 yang simbah cat
its something to worry about when you enter the age that called as 'late' but you can't see the future who will take care of you.

till now, im still confuse to differentiate between 'suka' , 'sayang' and 'cinta'?
its a big question mark for me this week.

in english its the same thing called as 'LOVE'.

and the most important here is :
who will understand me if i could't understand myself?

Tuesday, May 15, 2012

gesekan biola lelaki tua

13 yang simbah cat
di tengah kesibukan kota manusia menyegerakan urusan masing-masing, telinga ini menangkap alunan damai dari gesekan biola. takjub sekali. gesekan biolanya berjaya memperlahankan masa dan gerakan manusia-manusia duniawi.

membuai jiwa. mengalun rasa agar hati dan fikiran memejamkan mata dan menghayati nota muzik yang digesek. seorang lelaki emas bersama biola menguasai suasana dan mendamaikan jiwa yang sibuk berkejaran.

aku hanya terpaku. terpaku dalam indahnya jiwa seni yang dimiliki dan mempengaruhi gerak laku aku.

sudah lama tidak merasai damai jiwa sejak tiba di kota.



Friday, May 11, 2012

usah kau ego di awan tinggi

22 yang simbah cat
episod Roller Coaster 

aku yakin aku suka mampu terbang di awan nan tinggi
aku yakin aku mampu jerit di langit dan ukir namamu di atas awan sana
aku yakin aku suka ketinggian
aku yakin aku suka cabaran

dan aku telah berjaya buktikan yang lafaz kata di atas adalah bohong!

adrenalin aku kemuncak hari ini. 11 mei 2012. sejarah tercipta. kenangan terukir. bersama teman aku mengorak langkah maju ke depan roller coaster dengan penuh keegoaan bagi mengota kata.

roda yang mula bergerak masih mampu membuat aku tersenyum sengeh bangga. dan...

aaaaaaaaaarghhhh!

gelap!
matikah aku?
innalilah jantung berhenti sesaat dua.


aaaaaaaaarghhhh!

dan kembali bernafas. alhamdullah.

"angah ok tak"

tiada reaksi

"angah ok tak"

hanya anggukan

"angah ok tak"

hanya langkah terhuyung hayang.

dan aku tumbang! -.-

hati aku berdoa ada putera yang datang memmbuat CPR.

sekian aktiviti yang aku habiskan pada hari ni. lots of fun!

Wednesday, May 9, 2012

karma : bulatan dalam cinta

12 yang simbah cat
watak-watak utama :
1. Gadis
2. Jejaka
3. Pencuri Hati
4. Badut Buncho

Gadis tidak pernah menyintai Jejaka. namun mereka serasi berkongsi cerita tentang kehidupan. berkongsi masalah yang melanda. tidak banyak yang Gadis dapat bantu Jejaka, tapi nasihat Gadis banyak merangsang kehidupan Jejaka.

Jejaka pernah koma kerana penyakit yang dihidapinya. seram sejuk Gadis bila mengetahui berita tersebut. hanya doa dan Yasin yang diniat tidak putus-putus buat Jejaka.

alhamdullah. hujan yang turun berakhir dengan kemunculan pelangi. gembiranya hanya Tuhan yang tahu. Gadis merupakan orang pertama yang dihubungi bagi memberitakan pulihnya Jejaka dari koma. suara Gadis yang dicari. ya, Jejaka terlalu mencintai dan merindui Gadis.

kehidupan memang drama. hati Gadis ada pada Pencuri. Setianya hanya pada Pencuri Hati. namun Jejaka semakin rapat dan setia memenangi hati Gadis dengan sikap romantis. paling menyentuh rasa Jejaka merakam lagu untuk didengari Gadis. bangun awal pagi Gadis dibuai dengan lagu sentimental Jejaka. jiwa halus mana tidak tersentuh? naluri mana tidak bergoyang?

drama semakin menghampiri klimaks. pertingkahan berkocak antara Gadis dan Pencuri Hati. Gadis yakin hatinya pada Pencuri. hanya dia. lafaz Pencuri pada Gadis masih diingati.

perjalanan yang dilalui semakin menghampiri kesudahan. Pencuri berselingkuh di belakang Gadis. cintanya pada Gadis hanya dilimpahi simpati . tiada lagu cinta yang mendidih seperti dulu. hati yang dicuri kembali pada Gadis semula. esakan Gadis usah dicerita. kewajipan yang seharusnya berlaku pada sesiapa.

gelap matanya meniti hari. jiwanya kusut. hati memberontak amarah. janji Pencuri jangan dipercaya lagi!

semakin mendung hari bila Jejaka juga mula menyepi. terasa berganda ditimpa hujan. guruh yang berdentum ketika hujan yang mencurah telah menyedarkan Gadis akan matlamat sebenarnya yang masih belum tercapai.

perjalanannya baru bermula. tabah dan sabar wahai Gadis. fizikal yang lemah bukan dalaman! dalaman harus kuat untuk menepis segala hitam yang mendekat.

Jejaka kembali setelah Gadis kembali senyum dalam hidup. kehidupan dan ujian sememangnya teratur dengan ketentuan Ilahi. tidak mungkin disangkal.

Jejaka cerita dia sudah tahu akan kecurangan Pencuri kerana meraka saling mengenali. Jejaka menyepi kerana berat bibirnya untuk mencerita hal sebenar. tidak sampai hati untuk melihat kesedihan Gadis yang bakal hiba jika tahu kebenaran.

tiada apa yang mampu berubah. hidup adalah kenyataan. hari tetap perlu di lalui. bumi bulat sebagaimana perjalanan hidup.

tidak disangka Pencuri kembali hadir. tangisnya meruah apabila menceritakan buah hatinya telah menjadi tunangan orang. pap! terasa karmanya hidup ini! kecurangan dibalas kecurangan.

bersambung kisah ... 

Sunday, May 6, 2012

gebunya rindu pada kampung

12 yang simbah cat
petang ahad yang sedikit sunyi berbanding minggu lepas - penuh dengan hubungan sosial dan pertemuan bual bicara bersama kawan-kawan.

ya, dunia aku di sini tiada siapa kecuali kawan-kawan. hidup di bandar aku cuma meriah dengan suara mereka yang sering ajak aku untuk bertemu. selebihnya sepi yang kadang-kala dikejutkan dengan gurauan manja si kera yang gemar panjat dinding dan mengusik aku. hehe. dia punya naluri agaknya dan ingin berkawan dengan aku?

berbaring di tilam yang empuk dilapisi batik yang sejuk cukup untuk membuat aku rindukan kampung. ya, sejauh mana pun aku melangkah pergi, situ juga ingatan aku tumpahkan.

diam sebentar.

air jernih sudah mahu gebu di tubir.



biasanya petang-petang begini aku bersiar di laman depan rumah dan menolong mak gunting rumput atau kadang kala ada di dapur melihat tekunnya mak membakar bengkang roti untuk dijual esok hari.

lagu sedih pula dalam playlist ni. sudah laa. aku dah tak boleh teruskan menulis. sudah basah pipi

Saturday, May 5, 2012

buta hitam

9 yang simbah cat
aku detect satu lagi kelemahan aku malam ini.

sukar membaca tulisan yang background belakangnya hitam.-.-'

sepertinya sedang  digulingkan dalam lohong hitam yang terjadi dalam Alice Wonderland yang terjatuh ke dalam lubang arnab. eh, betul ke tidak 'lubang arnab'?

kata mereka hitam itu jiwa. soul.

yang aku tahu Zoul hihi.


Thursday, May 3, 2012

Pesta Cerpen anjuran Warna Kaseh

11 yang simbah cat
jejari runcing Elia menaip laju di WordPad. emosinya dirasakan sedang kemuncak bersama ayat yang terjana di minda bakal dicoret ke lampiran putih. dia ingin mengabadikan kisahnya buat tatapan mereka yang membaca. dirasakan kisahnya unik. seunik dia yang sentiasa merasa cip otaknya berasal dari alien.

Elia sebenarnya ingin memasuki pertandingan cerpen anjuran Warna Kaseh. dirasakan otak aliennya bakal memberi kemenangan ketiga dari belakang. dia harus mencuba nasib!

kawan-kawan dijemput bagi memeriahkan pertandingan ini kerana hadiah yang disediakan amatlah lumayan! gempak! yang pasti bukan pakej umrah lah ye @_@



kalau agak-agak kurang jelas dengan penjelasan Elia, bolehlah bertanya khabar admin di Warna Kasih. serius Elia cakap, depa ni cun melecun. silalah amik kesempatan mengorat dan menang. tambah-tambah budak sabah tu. omeinya omeinya! hehe..



Friday, April 27, 2012

hati yang kalis

9 yang simbah cat
ya dia tidak akan kembali. pasti.

hatinya sudah tekad mahu pergi jauh. baginya pelangi penipu mengatakan dia berupa kenyataan.

sudah aku bilang awalnya. jangan meniti warna pelangiku. kesudahannya pelangi hilang berganti hujan.

keduanya terjatuh dari tinggi awan ke kubur bergali. mujur tidak tertimbus. sesak namun masih boleh bernafas dalam lumpur.

dan dinihari ini hujan di luar tidak berhenti lagi. namun hati aku tidak pula gerimis seperti selalu. dan aku tidak lagi menangis dalam hujan kerana asid yang turun menghakis kedut mukaku hingga kau tidak mungkin mengenaliku lagi jika kita tersua dalam cahaya pelangi.

takdirnya hati kita mengeras berlatarkan ego. tiada kagi mimpi hadirmu. hanya lambaian kau pergi menjauh. dan hati aku kalis senyuman sesiapa yang sejenis kamu!

Monday, April 23, 2012

selamat malam sepi

6 yang simbah cat
bisikku pada bulan
kembalikan temanku
kekasihku, syurgaku...

tanpa dia
malam menemaniku
sepi memelukku...

bulan
jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi sepertiku...

-Khalil Gibran-


bisikku pada malam
lenakan aku
tanpa mimpi menemani
agar fantasi tidak meragui realiti

-aku hujan-

Saturday, April 21, 2012

makhluk seram di UKM

7 yang simbah cat
berdasarkan kisah benar seorang pelajar UKM, Bangi.


uh uh.. laju Heliza lari. peluh memandikan badan. bimbang dikejar dua makhluk yang baru dilihatnya. hidung makhluk itu kelihatan sedikit panjang dan badannya bulat montok dan berduri tajam.

ah! mimpi apa petang-petang begini. bangun la woi bangun!

tidak. ini realiti. jangan menafi realiti hingga setiap kali dilanda musibah kamu mengatakan sedang bermimpi. jangan pernah kamu mengaku wanita jelita jika kamu cepat mengalah! seperti ada suara menyedarkan Heliza tentang hakikat itu.

dengan pantas Heliza mengangguk laju mengakui hakikat kejelitaan wajahnya.

habis tu, di UKM ada ke makhluk ganjil seperti itu? ah, dugaan apa yang berat ini. takkan sebab aku menolak ajakkan Tum Kurus untuk berdating di ladang kuda sehingga dia menghantar makhluk hodoh ini.

seram. seram!

dengan dua biji benjo dalam plastik merah di tangan, Heliza menapak tangga untuk ke biliknya. nafasnya laju seperti baru menjuarai larian 100meter. henfon Sonia Erikson dicapai lalu menekan nombor Aizat, bekas pelajar UKM.

" Aizat! wei tadi aku nampak tapir. hidung panjang-panjang, badan bulat-bulat montel. macam beruang. tapi seram weh. depa duk atas tangga kolej! "

" kahkahkah! bongok lah. belajar tinggi-tinggi tapi babi hutan dengan tapir pun hang tak reti beza! "

oh damn. carutan berlaku pada petang itu. malu!



Heliza segera membuka netbook dan google images babi hutan. ternyata benar. babi hutan yang dilihatnya sebentar tadi serupa dengan images yang digooglenya.


dan malam itu Heliza menghubungi maknya di kampung dan memberitahu dia bahagia benar tinggal di UKM dan punya ramai teman menemani dia di kala sunyi - kera dan babi hutan!

hambar sabtu berseorangan

5 yang simbah cat
sungguh terasa hambar hujung minggu jika perlu menghadap ayat-ayat falsafah tanpa keredaan hati. mahu berkeliaran di luar muka bumi bilik sebentar. tapi tiada siapa menemani langkah kaki buatkan aku pejamkan mata dan bisik pada hati dan jiwa

tenang sayang, minda yang tenang tidak akan terasa hidup hambar walaupun keseorangan.

mahu teman bicara.

kebetulan mereka semua berjimbara dengan yang lain.

aku akan kembali bernafsu dengan buku. tabah sayang.

Friday, April 20, 2012

menikmati hidup. berhenti mengejar

7 yang simbah cat
pagi ini aku bangun dan aku lihat indahnya Jumaat dengan kicau burung yang berzikir dengan lagunya. merdu. sungguh merdu. kalah penyanyi pujaan aku Rain.

dalam syukur aku panjat kerana masih bernyawa namun aku risau dengan noda-noda yang aku palitkan semalam. terampunkah aku dengan dosa dan kisah lampau.

lalu aku renung ke cermin bulat yang mempamerkan bayang sendiri yang berwarna. dan aku tidak kenal siapa gadis di dalam cermin itu. ternyata aku bukan kategori cantik yang diperkatakan apabila bangun pagi tanpa mandi, tanpa gosok gigi dan tanpa menyisir rambut namun masih kekal cantik. ah! malas aku tenung lama. comot benar Fizah!

harap benar rutin hari ini berjalan lancar. pergilah hitam. pergilah. semoga terus sang warna memayungi hari. banyak lagi yang harus aku kejar dalam hidup. ah silap. bukan kejar. tapi banyak lagi yang harus dikecapi dalam hidup.

semoga doa dalam Surah Yusuf ini membawa kejayaan:

(Ingatlah peristiwa) Tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya : "Wahai Ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." (Yusuf : 4)

Tuesday, April 17, 2012

kembalinya hati yang dicuri

14 yang simbah cat
dia datang. menghulur tangan bersama kotak baldu. ketarnya aku. menyambut kotak merah. terkandung separuh hati. itu hati yang dia curi. kini pulang kembali kepada aku.

tunduk aku ke tar. melihat bayang sendiri yang makin kabur. ditenggalami air mata.

selamat tinggal.

sebentar lagi akan aku kafankan hati ini dan kuburkan di balik pintu. jauh mana aku melangkah pergi, pintu tetap jalan yang akan aku tempuhi. tidak mungkin kamu hilang dari sini.

Monday, April 16, 2012

kenapa saya comel & kulit halus?

16 yang simbah cat
hai hai hai kacak pandang sini, lihat aku senyum padamu kehkehkeh.

semenjak dua menjak ni ramai jejaka buat entry kacak, aku tak faham sebenarnya kenapa. -.-

hari ni dengan penuh galaknya aku nak kongsi petua untuk dapatkan kulit baby face macam Rain. tak percaya? sila lihat gambar rajah sebelah tu.

hahaha. tak makan tua kan muka Rain. (percayalah)

sebenarnya dengan bersenam dan berpeluh dapat membuang sisa toksin dari badan. bila toksin dalam badan dirembes keluar makan tiadalah salur darah yang tersumbat dengan kotoran. dengan kata mudahnya perjalanan darah melalui jantung, peparu berfungsi dengan hebatnya seperti enjin baru. peh!

pernafasan yang lancar dan oksigen pun masuk bertubi-tubi dalam badan menyegarkan otak dapat menghilangkan stress buat assignment! eh?

bila dah hilang stress, otak yang segar akan menjana idea baru seperti idea aku yang terjana dalam entry ni wakakaka. (galaknya kau)

bila badan berpeluh, otak sihat, minda cergas maka marilah kita mandi sebab badan dah busyuk dan lepas ni boleh sambung kerja yang tertangguh tu. sobsobsob.


# ok sangat gila bila buat tajuk gedik macam tu! gila lepas balik jogging tadi -.-

# niat aku jogging adalah untuk tambah berat tapi tu teori aku semata-mata. belum habis kaji. nanti aku kongsi kalau dah habis kaji :D

lagi dua minggu jumpa.

Saturday, April 14, 2012

merah cuma satu dalam pelangi

20 yang simbah cat
bila aku mengatakan aku suka dia, hanya dia seorang. cuma dia. pilihan aku tetap.
tentang warna aku sangat teruja dengan merah. merah seperti bagi semangat juang untuk hidup.
ya benar.

kalau aku pakai hitam aku rasa macam sangat muram dan tiada  mood bercakap. 
merah memberi kepuasan kepada aku. dan sebolehnya semua baju aku inginkan warna merah.

kebanyakan kawan-kawan aku suka beli baju yang tidak sama warna supaya nampak kelainan dan 
tidak dikatakan memakai baju yang sama pada hari berikutnyanya.

ah berbeza sekali dengan aku. aku cuma mahu merah baju merah dan aku juga mahu dia yang aku tetap suka di hati aku. 

jadi apa maknanya pelangi? merah tetap antara warna yang terdapat dalam pelangi :)
kamu kembali ya. aku mengharap. dan aku sabar dengan waktu yang tiada penghujung. cuma nyawa yang mengunjung tiba entah kapan.

Friday, April 13, 2012

pantun | suram malam aku termangu

14 yang simbah cat
nun bulan berseri cahaya
dalam suram malam masih bertenaga
memberi rasa pada yang bercinta
menanti hadirnya setiap purnama.

pada yang merasa kecewa hati
usah mengharap pada yang tidak sudi
pujuklah jiwa belailah hati
bersama kita mengingati Ilahi.

usah kedu usah ragu
jangan berasa termangu-mangu
entah kenapa aku keliru
tiba-tiba disampuk untuk berpantun di malam minggu.


tulisan di hujung jari:

kahkahkah. aku sendiri tak percaya aku hasilkan pantun ni!

memang emosi boleh bikin apa saja!

mahu belajar pantun yang hebat? sini. aku memang mengagumi beliau.

Friday, April 6, 2012

bertunang semasa belajar

15 yang simbah cat
tidak keruan Zarin dalam bilik. panggilan telefon ibu benar-benar buat dia berak kapur. seram sejuk. mustahil! mustahil aku kena paksa tunang! aduh, awak tolonglah buat sesuatu. fikirannya melayang mengenangkan Irfan Khairul, buah hati pengarang buku. sudahlah message Zarin tidak dibalas, panggilan telefon pun tidak berjawab. Zarin buntu. terasa mahu terjun dari tingkat 1 biliknya. itu sajalah ketinggian yang dia berani. ah! mana mungkin dia lakukan tindakan tak bertamadun itu.

Irfan pun sejak akhir-akhir ini dingin peti beku. hilang sudah tempatnya ingin mengadu meluah rasa terbuku. terasa sungguh yang dia sering bergantung pada lelaki itu. ah lelaki! makin tua makin meningkat saham. perempuan pula tua tidak bersaham. manis dan indahnya cuma sebentar. cepat benar masa muda beredar.

minggu ini Zarin akan pulang ke kampung. cuti seminggu yang buat dia teruja sebelum ini semakin longlai mengenang khabaran berita tak terduga. adakah pendirian ibunya sebelum ini goyah gara-gara tajuk 'Kahwin Waktu Belajar' dalam rancangan Semanis Kurma. oh! mana mungkin ini terjadi pada aku. bangun! jangan bermimpi lagi. aouchh.. sakit pipi dicubit!

 "tahniah Zarin. tunang juga hang eh. tak sangka awal dari aku" Izah meluah rasa. walau perit hati Zarin telan jua kata keramat tersebut. sungguh fantasi dirasakan dunia ini. kembalikan aku pada alam realiti oh Tuhan. Zarin menjerit. tidak! ini memang realiti. kamu yang harus sedar dan terima kenyataan. bisik suara dari hujung telinga.

majlis pernikahan akan berlangsung selepas dua minggu. siapa tunangannya pun Zarin tidak ambil peduli. gambar ada diletak atas meja lunyai Zarin renyuk semasa emosi meninggi. Irfan! aku benci kamu sampai bila-bila. kejam. tidak pernah peduli akan aku dan kamu akan dapat balasan menyakiti aku. kamu tidak akan aman! hati Zarin menjerit sakit.

Irfan sendiri menjodohkan Zarin dengan rakannya sendiri setelah dia sendiri merasa bersalah curang dengan kesetiaanya pada Zarin. dungunya rasa. Zarin terlalu khayal pada indah dunia hingga tidak mampu menilai kebenaran apatah lagi tidak selidik latar belakang Irfan. kali ini Zarin reda. dia akan terima jodohnya yang sememangnya sudah lama menyintai Zarin secara diam. itu kata ibunya.

siapa tunangan Zarin akan tersingkap lagi dua minggu.

Wednesday, April 4, 2012

bersyukur dengan cinta

7 yang simbah cat
cinta yang dikejar terus jauh berlari.

lelah aku sehingga berhenti mengejar.

ternyata ada cinta yang lebih suci, lebih indah datang tanpa dipinta.

ikhlas dihulur. terasa lebih ukhwah. halal.


terima kasih kerna menghilang. terima kasih tidak mempeduli. terima kasih kepada yang hadir.
Nor Izzah Ibrahim


:: banyak yang aku leka tapi masih diberi peluang dan rezeki, sangat bersyukur kerana Dia tidak pernah lelah memberi kepada hambaNya yaang meminta. syukur ya Allah.

Friday, March 30, 2012

membelai jiwa

10 yang simbah cat
sunyi pagi hari. hati terasa pilu. jauh ku khabarkan aku rindu masa lalu.

ayuh bangunkan hati, usah sedih tangis sendiri.

pemuda pemudi punya jiwa, ingin meneroka seluruh dunia.
ada leka ada sesat.
jika tiada panduan bertunjang al-quran hadis.




jauh ingin aku berdiri, kulontarkan dari atas, sayang aku pada kamu.

Sunday, March 25, 2012

ada maruah dan integriti pada nama

9 yang simbah cat
dahulu kiranya aku lebih mengikut. apa kehendak mereka turuti.

hati yang bentuknya pepejal namun sifatnya umpama cecair yang berubah-rubah perasaan apatah lagi masa yang tidak punya jirim dan sifat.

tegas, garang aku tidak mahu lagi disakiti. ah perit menelan janji orang. jangan kamu sesekali guna nama orang tanpa izin.

Saturday, March 24, 2012

aku tenang dalam zikir alam

7 yang simbah cat
merdunya siulan burung yang bebas terbang itu merupakan zikir. alam yang tenang hijau dalam rumpunnya itu turut berzikir. zikir kepaadaNya memberi ketenangan. ingin aku bermesra denganmu duhai alam. aku mahu ketenangan. aku mahu sentiasa mendekatiNya kerana jiwaku terasa lapang dan tenang. hanya kepadaMu aku merasa itu semua.

Friday, March 23, 2012

Dendam Terhurai

8 yang simbah cat
Zarin menghempas mukanya yang penuh tangis ke tilam Vono. Esakannya jelas berbunyi sendu yang pilu. Menyayat hati. Bantal peluk menjadi mangsa oleh pemangsa amarah seperti Zarin. Semuanya dilempar ke dinding. Amukannya memuncak. Emosi di tingkat atas yang boleh membawa hilang kewarasan akal.

Kejadian yang ditontonnya sebentar tadi meluluhkan hatinya yang menatang seribu kepercayaan terhadap Kamil, tunangannya yang bakal dinikahi dalam masa tidak kurang seminggu. Kecurangan Kamil jelas sekali apabila terlihat Kamil memilih Cincin Emas 916 kepada wanita disebelahnya. Dongkol sungguh hatinya.

"Kau perempuan akan mati dalam masa 7 hari dari sekarang!!" Zarin seperti kerasukan. Imannya yang tipis makin jarang dan tembus. Ketawalah para iblis rancak menghasut umat Adam yang berfikir berlandas nafsu tanpa soal siasat.

Zarin yang banyak menonton filem aksi Tom Krus telah terpengaruh dan merancang untuk melakukan Misi Mustahil yang akan disambut gembira oleh iblis.

hahahahaa kamu pasti merana perempuan!

Thursday, March 22, 2012

keputusan SPM adik

14 yang simbah cat
sesungguhnya aku belum bertanyakan adik tentang keputusan SPM dia semalam. isu keputusan peperiksaan dalam keluarga aku memang sangat sensitif. tiada seorang pun berani bertanya tentang keputusan yang sebenar melainkan secara umum.

"alhamdullah.. " kemudiaanya membuat senyuman lebar sepanjang hari. itu maknanya lulus cemerlang. atau "jangan tanya boleh tak" dan seterusnya memerap dalam bilik sepanjang satu hari setengah tanpa rasa lapar dahaga. dah boleh puasa sunat ni! dari sini dah boleh agak tahap keputusan seseorang. keluarga aku selalu bermain komunikasi psikologi. haha

apa pun keputusan adik, jangan pernah merasa putus asa kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian yang dikurniakanNYA. kita adalah produk yang berjaya dilahirkan ke dunia dengan jayanya kenapa tidak mahu terus mencipta kecemerlangan dan jangan pernah berhenti berharap.

aku sentiasa sokong kamu wahai adikku sayang!

Thursday, March 15, 2012

baru di tempat baharu, beri aku peluang

12 yang simbah cat
wahai tuan blog, bangunlah kamu sebelum anda ditidurkan selamanya.

aku penjaga baru di blog ini, bergelar SAWANGMAN kahkahkah (gelak besar versi gergasi ahmad albab)

tuan blog

-baru ditempat baharu
-sedang belajar menjadi baru dan lama (sesuaikan diri)
-setiap ujian yang menimpa diri jangan mudah melatah, pasti dan pastinya ada kebaikan tersembunyi dari kita insan yang kerdil dan lemah dalam menilai sesuatu.

untuk dipermudahkan rezeki dan urusan harian

surah al- waqiah
yassin
solat sunat istikarah

-tidak semua insan mampu menolong kita di saat kesusahn,Allah tempat kita berserah dan memohon pertolongan dalam memudahkan setiap urusan.

Saturday, March 3, 2012

kembali segar, kemas sawang :)

15 yang simbah cat
pagi ini ku bangun dengan nafas yang segar dari biasa, dengan gigi masih belum di berus memang mengagumkan baunya. lena yang panjang membuatkan aku terasa hidup perlu dihargai detiknya walau seteruk mana pun hati dipangut pilu.

bang! bangun bang.. solat subuh.

ah sudah.. rain rain. jangan bermimpi di subuh hari. kamu belum bersuami. jangan berangan hingga terbawa-bawa ke alam realiti. haih! - pujuk nget

kuatlah rain. Tum Kurus kan ke medan perang dan telah menemui ajalnya di sana. carilah penggantinya.

kini aku kembali untuk bersama kamu. ya kamu yang membaca, teman di blog ini :)

terima kasih pamer.



I hate to be cold but I got to let you go


Saturday, February 25, 2012

dunia kita beza?

9 yang simbah cat
tidak pasti apakah yang meninggalkan aku sendirian itu berasa gembira, lapang dada dan puas dengan keputusannya atau dia turut merasa sakit seperti yang aku rasa.

dan seperti aku punya identiti yang berbeza. memaksa senyum di siang hari dan bersedih di malamnya?

dan ruang waktu terasa lama untuk mengembalikan ceria masa lalu.

Tuesday, February 21, 2012

di sisi, bukan sepi

12 yang simbah cat
tolonglah kembali. aku tidak kuat yang dilihat. dalamnya rasa sakit.

Friday, February 17, 2012

terima kasih :)

8 yang simbah cat


di saat hiba mendatang, yang bergelar sahabat datang menyapa
menghulur tangan membimbing keluar dari kegelapan siang
tulusnya rasa hingga mampu bangkit
berdiri kembali memberi senyum 
buat mereka yang menghargai diri ini

terima kasih sayang.

terima kasih semua yang pamir
semoga Allah membalas keikhlasan
kalian yang mendoakan 



nak tengok lagi gambar check feskebuk saya. kalau tak de tu maknanya saya tipu lah :D




mencari rentak~ 

Thursday, February 16, 2012

layang-layang putus

8 yang simbah cat
ku dongak ke langit
mencari warna
hambar
tiada lagi yang indah

kamu mencintai pelangi cuma
yang khayalan

setelah pelangi itu pergi
dan
bila mana aku menjadi aku
kamu menghilang dari sisi
dunia kita tidak lagi bersatu

kini
aku dongak lagi ke atas
dan ada warna yang berseri
bukan lagi pelangi
tapi layang-layang yang berwarna-warni

tiba-tiba ribut menghembus
menggoncang ikatan layang-layang dan tali
memutuskan penyatuan
layang-layang dan tali

perginya entah ke mana
tinggallah dada langit itu kosong
gelap
menhujani hari-hari malap

yang dipinta selalunya tidak sama seperti yang terjadi

Sunday, February 12, 2012

harapan menipis

7 yang simbah cat
berbulan aku menanti
hujung makin menghampiri
jika ini jawapan kepada harapan selama ini
ternyata bukan rezeki

kecewa kepada harapan masa depan

aku perlu mengatur kembali
arah destinasi
kecewa itu pedih sekali
moga doa itu senjata ampuh kala ini

ukm..... :(

Friday, February 10, 2012

panas mentari | a bi si

5 yang simbah cat
bahang mentari membakar diri
planet ketiga duduknya bumi
ketaranya cahaya seperti api
keluh kesah manusia bersembunyi
cuba mengurangi bahang mentari

tengah hari pekena A BI SI
larut di kerengkong enak sekali
nampak pulak nyonya menyanyi
apa lagi join la menari

ingin aku belajar dari tehr si bijak bestari
berpantun bagai di dalam entri
nampaknya hajat kurang menjadi
rangkap yang serius mula la 'sambung sendiri'

sebelum masa mencumburui
ingin aku berpesan kembali
demam itu sengsara sekali
terasa dunia berputar bila berdiri
akulah itu,
dua hari baru kebah kembali
semoga kalian DIRAHMATI

:)

Monday, February 6, 2012

kelahiran

13 yang simbah cat
andainya aku pergi dulu sebelum mu
janganlah kau bersedih hati
andainya aku tiada lagi di sisi mu
janganlah kau memencil diri
bayangkanlah masa masa bahagia


andainya engkau pergi dulu sebelum ku
mestikah aku hidup melara


na na na na na naaa..






genap usia aku dalam gandaan dua belas yang kedua pada hari ini. 
model jari : kawan saya


semoga hari hari yang datang, aku semakin tabah. 


untuk yang membaca, 'maafkan aku' dan 'aku maafkan kamu' kata jamal abdillah

Sunday, January 22, 2012

liburkan hati. jangan biarkan sedih

11 yang simbah cat
saya ada satu sifat yang saya rasa boleh membuatkan mereka di sana dan mereka di sini berasa geram dan terasa hati. barangkali . .

bila saya terasa jauh hati, terkilan atau berperasaan negatif saya mula menjauhkan diri dari kawan-kawan. kurang untuk bercakap. mula untuk privasikan apa-apa laman sosial yang saya miliki.

huduh sungguh rasa sifat saya.

saya tak tahu nak luah perasaan yang sebenar. lebih baik tidak luahkan sebab saya malu untuk mengingati atau membaca semula apa yang diluahkan.

ah andainya saya lelaki, mesti parkinson mulut untuk melafaz kata cinta.
peduli apa, cinta lepas kawen lebih indah (kebanyakan novel memberi pandangan begini)

berbalik kepada penceritaan perasaan saya yang sedih sejak kebelakangan ini, saya rasa tidak adil kepada hati untuk membiarkan dia menangis selalu. saya cuba untuk berhibur. di bawah ini merupakan santapan untuk saya ceriakan hati tatkala di tempat keje.

saya ulang setiap hati sejak dari minggu lepas!



tiba-tiba cinta saya beralih arah ke zizan yang membuatkan saya tersenyum :D


* hiburan di atas adalah sampingan, zikir juga boleh tenangkan hati.

Saturday, January 14, 2012

luna, crayon, buncho, paint

14 yang simbah cat
masa tadika dulu kalau cikgu bagi bintang untuk lukisan yang diwarna memang terlompat-lompat kataklah saya sambil tayang dekat kawan-kawan 


'tengok! cikgu sayang aku lebih. bintang aku besar!' 


dan seperti ingin berlari dan menjerit 'lihatlah dunia.. betapa besarnya bintang aku' haha. lurusnya masa tu. 


masuk sekolah menengah, subjek seni itu membuatkan saya ternanti-nanti dan saya sayang sangat Cikgu Ramli. ingat lagi, bunga ros yang bagi saya sukar untuk dilukis dengan kelopak yang berbagai, tapi Cikgu Ramli cuma membuat lingkaran gulungan dan , siap lukisan bunga ros! 


balik rumah, saya lukis, lukis. stress je lukis. frust cinta monyet pun saya lukis gak. haha. terasa budak-budak masa ni.


habis spm, terus tak melukis. pegang pensil dengan kertas hampir sejam pun, kertas masih kosong.


hari ni saya kembali melukis. tapi guna paint. 


dicabar oleh zoul zombie. mencik!


dan hajat mahu lukis zombie, tapi jadi lelaki tua.






sapa nak jawab kenapa boleh jadi macam tu? 


=.=

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template