Friday, May 18, 2012

dia dihempap batu dari gunung ujian

persoalan :
lama dia mendiam diri
sepi tiada berkata
ada sesuatu tidak terduga

aku bertanya kabar :
mendengar hembusan nafas darinya
sayu dan lemah
tidak seperti biasa

dia menjawab kabar :
ditimpa batu yang bergolek
dari gunung dugaan
sehingga aku merasa
tiada terdaya andai aku ditempatnya

penyelesaian :
aku panjat doa pada Yang Esa
Berkuasa ke atas segala sesuatu
memberi lapang pada siapa yang dikendaki
semoga insan itu dipilih olehNya
tiada lagi tempat aku mengharap kerana
manusia tercipta dari Yang Maha Pencipta
padaMu kusujud mengharap keredaanMu


10 yang simbah cat:

NasQ said...

ayakkkkk!. kena hempap batu la pulak...

Mak Lagenda said...

Jln yg paling baik adalah mengadu padaNYA..

tehr said...

boleh diangkat batu tu, rain
yang payah diangkat, batu malas je
berat sangat

gnesop said...

batu yg menghepap boleh oecah-pecahkan untuk batu cincin :)

syafiqa said...

berdoa terbaik.

= RATU CRiSTAL said...

Moga ketabahan selalu mengiringi langkahmu..^^

ewanthology said...

everything happened for a reason

Abu Bagi said...

serahkn kepadaNya.. Dia lg mngtahi..

mama aini said...

asalam rain..kesakitan dihempap batu dr gunung ujian mungkin lebih sakit dr kesakitan yg lain..hu2x..

Encik MamaT said...

sapa la tu.. hehe...

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template