Wednesday, May 30, 2012

pertemuan cinta si hujan selepas kejatuhan

hari itu hujan. ya hujan menjadi kesayangan dan teman setia Anjelina Joyah. harinya bahagia. biasanya teman-teman Anjelina Joyah gemar tidur di kala hujan menjadi tetamu, tapi tidak bagi Anjelina Joyah. hujan rahmat yang perlu dinikmati. jarang dia tidur di kala hujan utamanya siang hari, tapi kalau malam memang enak sekali!

hentinya hujan dari kelebatan awan tidak menghentikan gendang pancaragam dari dalam perut Anjelina Joyah. maka berhiaslah secantik puteri salju walhal hanya untuk ke kafe terdekat dengan selipar Jepun yang sudah botak rambutnya.

dalam perjalanan menuju kafe menyelusuri pohon rendang kicauan burung Anjelina Joyah melangkah laju seperti mengejar kafe yang sedang berlari.

dsssuuuuppppuup!

ah seperti terhentak jantung Anjelina Joyah pabila dari kedudukan berdiri kini dia sedang berbaring di tangga jalan menuju kafe.

aduh topeng mana topeng wooii! gila malu Anjelina Joyah terjatuh seperti aksi stuntman Tum Kurus. serentak dengan itu Anjelina Joyah tidak mampu membangunkan diri dengan kadar spontan dan terpaksa dibantu oleh seorang gadis cina yang terkejut mendengar bunyi nangka kurus terjatuh golek sebentar tadi.

dalam kesakitan, keegoan yang sedikit masih perlu dipertahankan. 'thanks. I'm fine. thank you miss'. dengan langkah gagah dan ayu Anjelina Joyah meneruskan langkahan yang tempang ke kafe. lalu terdengar teguran dari dalam Avanza putih 'len kali pakai kasut dik! selipar licin hujan-hujan ni'.

terasa panas membahang telinga Anjelina Joyah. yelah disantap dengan ayat sentap gitu tanpa sudi menghulurkan pertolongan. hanya melihat Anjelina Joyah jatuh dari kejauhan. apa salahnya berlagak menjadi putera raja yang menyambut tuan puteri hampir tergelincir, ye tak? ala-ala tarian tango gitu.

peh berangan tak hengat.

setibanya di kafe, aaah! kenapa harus mamat ini yang perlu Anjelina Joyah hadap dahulu di muka pintu? jodohkah? *background music mohabbatain*

mahu sambungan? tidak. hentikan saja di sini.

13 yang simbah cat:

missSenget said...

ko jatuh rain..??


kesian..

bengkak x pungkoq tu..?

Rain said...

lebam ah! doktor hemsem sapu ubat kat situ. terus lega youuu!

mama aini said...

ehem kesiannya..semuga anjelina dah bertambah sembuh dr kesakitannya.. :(

Mawar Berduri said...

satu jak aku nak komen. tadi aku ada tekan like. tapi tak naik. grr!

Tukang Karut said...

pagi tadi hujan lebat....

Pembunuh Tanpa Bayang said...

aku harap cerita ini dapat di sambung.

ABU said...

kasihan si joyah.. kalau aku melihat kejadian tu pun aku akan gelak hahahahahaha..

gnesop poseng said...

nama sedap.. cam artis.. huhuhu

Ayuni said...

sye kurang faham...

ghost writer said...

gunalah kuasa sakti kau. haha.

*kenapa puteri hujan harus ditewaskan oleh sang hujan?

tehr said...

hujan dah mula turun ni, rain
tak nak main hujan ke?

Rain said...

ghost | ultraman pun membina kuasa dengan mengecas pada matahari. ah makin haus tapak selipar agaknya huhuu

tehr | tak main hujan, tunggu pelangi petang :D

APi said...

kakaka..
mamat tu Berat Pit kah?

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template