Friday, April 27, 2012

hati yang kalis

10 yang simbah cat
ya dia tidak akan kembali. pasti.

hatinya sudah tekad mahu pergi jauh. baginya pelangi penipu mengatakan dia berupa kenyataan.

sudah aku bilang awalnya. jangan meniti warna pelangiku. kesudahannya pelangi hilang berganti hujan.

keduanya terjatuh dari tinggi awan ke kubur bergali. mujur tidak tertimbus. sesak namun masih boleh bernafas dalam lumpur.

dan dinihari ini hujan di luar tidak berhenti lagi. namun hati aku tidak pula gerimis seperti selalu. dan aku tidak lagi menangis dalam hujan kerana asid yang turun menghakis kedut mukaku hingga kau tidak mungkin mengenaliku lagi jika kita tersua dalam cahaya pelangi.

takdirnya hati kita mengeras berlatarkan ego. tiada kagi mimpi hadirmu. hanya lambaian kau pergi menjauh. dan hati aku kalis senyuman sesiapa yang sejenis kamu!

Monday, April 23, 2012

selamat malam sepi

6 yang simbah cat
bisikku pada bulan
kembalikan temanku
kekasihku, syurgaku...

tanpa dia
malam menemaniku
sepi memelukku...

bulan
jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi sepertiku...

-Khalil Gibran-


bisikku pada malam
lenakan aku
tanpa mimpi menemani
agar fantasi tidak meragui realiti

-aku hujan-

Saturday, April 21, 2012

makhluk seram di UKM

7 yang simbah cat
berdasarkan kisah benar seorang pelajar UKM, Bangi.


uh uh.. laju Heliza lari. peluh memandikan badan. bimbang dikejar dua makhluk yang baru dilihatnya. hidung makhluk itu kelihatan sedikit panjang dan badannya bulat montok dan berduri tajam.

ah! mimpi apa petang-petang begini. bangun la woi bangun!

tidak. ini realiti. jangan menafi realiti hingga setiap kali dilanda musibah kamu mengatakan sedang bermimpi. jangan pernah kamu mengaku wanita jelita jika kamu cepat mengalah! seperti ada suara menyedarkan Heliza tentang hakikat itu.

dengan pantas Heliza mengangguk laju mengakui hakikat kejelitaan wajahnya.

habis tu, di UKM ada ke makhluk ganjil seperti itu? ah, dugaan apa yang berat ini. takkan sebab aku menolak ajakkan Tum Kurus untuk berdating di ladang kuda sehingga dia menghantar makhluk hodoh ini.

seram. seram!

dengan dua biji benjo dalam plastik merah di tangan, Heliza menapak tangga untuk ke biliknya. nafasnya laju seperti baru menjuarai larian 100meter. henfon Sonia Erikson dicapai lalu menekan nombor Aizat, bekas pelajar UKM.

" Aizat! wei tadi aku nampak tapir. hidung panjang-panjang, badan bulat-bulat montel. macam beruang. tapi seram weh. depa duk atas tangga kolej! "

" kahkahkah! bongok lah. belajar tinggi-tinggi tapi babi hutan dengan tapir pun hang tak reti beza! "

oh damn. carutan berlaku pada petang itu. malu!



Heliza segera membuka netbook dan google images babi hutan. ternyata benar. babi hutan yang dilihatnya sebentar tadi serupa dengan images yang digooglenya.


dan malam itu Heliza menghubungi maknya di kampung dan memberitahu dia bahagia benar tinggal di UKM dan punya ramai teman menemani dia di kala sunyi - kera dan babi hutan!

hambar sabtu berseorangan

5 yang simbah cat
sungguh terasa hambar hujung minggu jika perlu menghadap ayat-ayat falsafah tanpa keredaan hati. mahu berkeliaran di luar muka bumi bilik sebentar. tapi tiada siapa menemani langkah kaki buatkan aku pejamkan mata dan bisik pada hati dan jiwa

tenang sayang, minda yang tenang tidak akan terasa hidup hambar walaupun keseorangan.

mahu teman bicara.

kebetulan mereka semua berjimbara dengan yang lain.

aku akan kembali bernafsu dengan buku. tabah sayang.

Friday, April 20, 2012

menikmati hidup. berhenti mengejar

8 yang simbah cat
pagi ini aku bangun dan aku lihat indahnya Jumaat dengan kicau burung yang berzikir dengan lagunya. merdu. sungguh merdu. kalah penyanyi pujaan aku Rain.

dalam syukur aku panjat kerana masih bernyawa namun aku risau dengan noda-noda yang aku palitkan semalam. terampunkah aku dengan dosa dan kisah lampau.

lalu aku renung ke cermin bulat yang mempamerkan bayang sendiri yang berwarna. dan aku tidak kenal siapa gadis di dalam cermin itu. ternyata aku bukan kategori cantik yang diperkatakan apabila bangun pagi tanpa mandi, tanpa gosok gigi dan tanpa menyisir rambut namun masih kekal cantik. ah! malas aku tenung lama. comot benar Fizah!

harap benar rutin hari ini berjalan lancar. pergilah hitam. pergilah. semoga terus sang warna memayungi hari. banyak lagi yang harus aku kejar dalam hidup. ah silap. bukan kejar. tapi banyak lagi yang harus dikecapi dalam hidup.

semoga doa dalam Surah Yusuf ini membawa kejayaan:

(Ingatlah peristiwa) Tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya : "Wahai Ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." (Yusuf : 4)

Tuesday, April 17, 2012

kembalinya hati yang dicuri

12 yang simbah cat
dia datang. menghulur tangan bersama kotak baldu. ketarnya aku. menyambut kotak merah. terkandung separuh hati. itu hati yang dia curi. kini pulang kembali kepada aku.

tunduk aku ke tar. melihat bayang sendiri yang makin kabur. ditenggalami air mata.

selamat tinggal.

sebentar lagi akan aku kafankan hati ini dan kuburkan di balik pintu. jauh mana aku melangkah pergi, pintu tetap jalan yang akan aku tempuhi. tidak mungkin kamu hilang dari sini.

Monday, April 16, 2012

kenapa saya comel & kulit halus?

16 yang simbah cat
hai hai hai kacak pandang sini, lihat aku senyum padamu kehkehkeh.

semenjak dua menjak ni ramai jejaka buat entry kacak, aku tak faham sebenarnya kenapa. -.-

hari ni dengan penuh galaknya aku nak kongsi petua untuk dapatkan kulit baby face macam Rain. tak percaya? sila lihat gambar rajah sebelah tu.

hahaha. tak makan tua kan muka Rain. (percayalah)

sebenarnya dengan bersenam dan berpeluh dapat membuang sisa toksin dari badan. bila toksin dalam badan dirembes keluar makan tiadalah salur darah yang tersumbat dengan kotoran. dengan kata mudahnya perjalanan darah melalui jantung, peparu berfungsi dengan hebatnya seperti enjin baru. peh!

pernafasan yang lancar dan oksigen pun masuk bertubi-tubi dalam badan menyegarkan otak dapat menghilangkan stress buat assignment! eh?

bila dah hilang stress, otak yang segar akan menjana idea baru seperti idea aku yang terjana dalam entry ni wakakaka. (galaknya kau)

bila badan berpeluh, otak sihat, minda cergas maka marilah kita mandi sebab badan dah busyuk dan lepas ni boleh sambung kerja yang tertangguh tu. sobsobsob.


# ok sangat gila bila buat tajuk gedik macam tu! gila lepas balik jogging tadi -.-

# niat aku jogging adalah untuk tambah berat tapi tu teori aku semata-mata. belum habis kaji. nanti aku kongsi kalau dah habis kaji :D

lagi dua minggu jumpa.

Saturday, April 14, 2012

merah cuma satu dalam pelangi

20 yang simbah cat
bila aku mengatakan aku suka dia, hanya dia seorang. cuma dia. pilihan aku tetap.
tentang warna aku sangat teruja dengan merah. merah seperti bagi semangat juang untuk hidup.
ya benar.

kalau aku pakai hitam aku rasa macam sangat muram dan tiada  mood bercakap. 
merah memberi kepuasan kepada aku. dan sebolehnya semua baju aku inginkan warna merah.

kebanyakan kawan-kawan aku suka beli baju yang tidak sama warna supaya nampak kelainan dan 
tidak dikatakan memakai baju yang sama pada hari berikutnyanya.

ah berbeza sekali dengan aku. aku cuma mahu merah baju merah dan aku juga mahu dia yang aku tetap suka di hati aku. 

jadi apa maknanya pelangi? merah tetap antara warna yang terdapat dalam pelangi :)
kamu kembali ya. aku mengharap. dan aku sabar dengan waktu yang tiada penghujung. cuma nyawa yang mengunjung tiba entah kapan.

Friday, April 13, 2012

pantun | suram malam aku termangu

14 yang simbah cat
nun bulan berseri cahaya
dalam suram malam masih bertenaga
memberi rasa pada yang bercinta
menanti hadirnya setiap purnama.

pada yang merasa kecewa hati
usah mengharap pada yang tidak sudi
pujuklah jiwa belailah hati
bersama kita mengingati Ilahi.

usah kedu usah ragu
jangan berasa termangu-mangu
entah kenapa aku keliru
tiba-tiba disampuk untuk berpantun di malam minggu.


tulisan di hujung jari:

kahkahkah. aku sendiri tak percaya aku hasilkan pantun ni!

memang emosi boleh bikin apa saja!

mahu belajar pantun yang hebat? sini. aku memang mengagumi beliau.

Friday, April 6, 2012

bertunang semasa belajar

15 yang simbah cat
tidak keruan Zarin dalam bilik. panggilan telefon ibu benar-benar buat dia berak kapur. seram sejuk. mustahil! mustahil aku kena paksa tunang! aduh, awak tolonglah buat sesuatu. fikirannya melayang mengenangkan Irfan Khairul, buah hati pengarang buku. sudahlah message Zarin tidak dibalas, panggilan telefon pun tidak berjawab. Zarin buntu. terasa mahu terjun dari tingkat 1 biliknya. itu sajalah ketinggian yang dia berani. ah! mana mungkin dia lakukan tindakan tak bertamadun itu.

Irfan pun sejak akhir-akhir ini dingin peti beku. hilang sudah tempatnya ingin mengadu meluah rasa terbuku. terasa sungguh yang dia sering bergantung pada lelaki itu. ah lelaki! makin tua makin meningkat saham. perempuan pula tua tidak bersaham. manis dan indahnya cuma sebentar. cepat benar masa muda beredar.

minggu ini Zarin akan pulang ke kampung. cuti seminggu yang buat dia teruja sebelum ini semakin longlai mengenang khabaran berita tak terduga. adakah pendirian ibunya sebelum ini goyah gara-gara tajuk 'Kahwin Waktu Belajar' dalam rancangan Semanis Kurma. oh! mana mungkin ini terjadi pada aku. bangun! jangan bermimpi lagi. aouchh.. sakit pipi dicubit!

 "tahniah Zarin. tunang juga hang eh. tak sangka awal dari aku" Izah meluah rasa. walau perit hati Zarin telan jua kata keramat tersebut. sungguh fantasi dirasakan dunia ini. kembalikan aku pada alam realiti oh Tuhan. Zarin menjerit. tidak! ini memang realiti. kamu yang harus sedar dan terima kenyataan. bisik suara dari hujung telinga.

majlis pernikahan akan berlangsung selepas dua minggu. siapa tunangannya pun Zarin tidak ambil peduli. gambar ada diletak atas meja lunyai Zarin renyuk semasa emosi meninggi. Irfan! aku benci kamu sampai bila-bila. kejam. tidak pernah peduli akan aku dan kamu akan dapat balasan menyakiti aku. kamu tidak akan aman! hati Zarin menjerit sakit.

Irfan sendiri menjodohkan Zarin dengan rakannya sendiri setelah dia sendiri merasa bersalah curang dengan kesetiaanya pada Zarin. dungunya rasa. Zarin terlalu khayal pada indah dunia hingga tidak mampu menilai kebenaran apatah lagi tidak selidik latar belakang Irfan. kali ini Zarin reda. dia akan terima jodohnya yang sememangnya sudah lama menyintai Zarin secara diam. itu kata ibunya.

siapa tunangan Zarin akan tersingkap lagi dua minggu.

Wednesday, April 4, 2012

bersyukur dengan cinta

7 yang simbah cat
cinta yang dikejar terus jauh berlari.

lelah aku sehingga berhenti mengejar.

ternyata ada cinta yang lebih suci, lebih indah datang tanpa dipinta.

ikhlas dihulur. terasa lebih ukhwah. halal.


terima kasih kerna menghilang. terima kasih tidak mempeduli. terima kasih kepada yang hadir.
Nor Izzah Ibrahim


:: banyak yang aku leka tapi masih diberi peluang dan rezeki, sangat bersyukur kerana Dia tidak pernah lelah memberi kepada hambaNya yaang meminta. syukur ya Allah.
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template