Showing posts with label penulisan. Show all posts
Showing posts with label penulisan. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

peduli setelah pedasnya cili

11 yang simbah cat
saya seorang yang tidak kisah. seorang yang tidak mempeduli apa-apa keadaan. apa-apa berlaku saya seperti berada di planet namek dan orang sebelah dan keadaan keliling sahaja yang di bumi. yeah, kera yang menyumbang keadaan keliling.

bumi bujur telur (research). tidak sebulat bola tapi tetap ada naik dan turun putaran. bagaimana galaksi alam semesta yang sentiasa berputar pada paksi, tentu juga Allah cipta manusia berpaksi dan berpusing keadaannya tidak pada satu takhta kedudukan sahaja.

"sampai bila hang tak mau amik peduli perasaan orang lain?" soal bedah
"nanti aku sakit!" aku memberontak
"boleh diubati" nasihat bedah
"sakit cili pedasnya buat aku serik. kang buasir!" aku memberontak kali kedua
"hang jangan macam-macam" nasihat bedah kali kedua
"aku takut" aku meluah jujur
"berangan nak kaya. berangan nak berjaya. macam mana nak berdepan hidup sampai berjaya setakat pedas cili pun dah takut!" bedah cabar aku.

tak ada kejayaan datang berseorangan. nak berjaya dalam pelajaran kena bantuan guru, bantuan rakan-rakan, bincang berkumpulan, usaha, doa mak ayah dan apa seangkatan tentera dengannya.

jadi kalau kau tak amik peduli keadaan keliling, ombak besar datang pun kau tak sedar sebab ombak tak pernah datang dengan amaran.

tapi kalau kau peduli dengan keliling, kau peduli dengan kawan, beribu yang erat datang genggam bawak kau keluar dari bencana.

tapi ramai komplain tak faham bahasa aku tulis.

"arghhhh peduli hape aku!!!" aku menjerit dan berlari ke bintang
"eh perangai tak berubah pun??" bedah sudah geram
"kakakakah" aku telah menjadi tahi bintang setelah jatuh semula ke bumi.

#baca lah sampai faham. keliru, kongsi-kongsikan.



monolog kucing

"kalau aku tengok je ikan ni, aku sakit hati dan lapar.
jadi, aku kena tangkap juga 'anak ikan' ni walaupun dia comel dan jambuuuuuuuu!" 

your actions speak lauder than words! common

Friday, July 13, 2012

kecewa abe roy #3

13 yang simbah cat
di bawah pohon kelapa itu aku bersandar melepaskan lelah. terlalu meletihkan jika masalah hati melanda. seperti seluruh kudrat digunakan untuk memerah perasaan kesumat.

si gadis pujaan aku yang berjanji untuk sehidup semati kini telah mati dahulu dalam hubungan. mematikan hatinya buat aku. aku terlalu sayangkan dia. sayang yang terlalu hingga membutakan mata gadis untuk menilai . dia menilai aku dari pandangan mata bukan pandangan hati. keterlaluan emosi perempuan ini. pertemuan 5 jam mengakhiri segalanya.

"hoii abe, bakpo mu tenung aku lamo-lamo gittu. mu ingat aku gewe mu ko? mabuk cinto nguh la mu ni! aku tampor gak kang."

"aku sedih la Maria. dia tinggal aku. dia ..diaa...." mengalir jua air mata jantan aku mengenangkan dia.

"mu rilex sudah ah. esok pagi dia kelik ah ke mu."

"camne ko yakin, Maria?" tanya aku sungguh-sungguh sambil kesat lelehan air mata.

"dia g kerja kan. mu susoh hati wat naper?"

"demmit! aku lupa siot."



# selalu komunikasi untuk elak perselisihan faham dan jangan emosi keterlaluan. iblis sentiasa berusaha menghanyutkan anak-anak Adam.


Wednesday, June 6, 2012

kecewa abe roy #2

14 yang simbah cat
aku selaku lelaki kacak maskulin tidak akan memilih bulu dalam rumpun berkawan. walaupun Maria pondan namun masih boleh ditarbiah dan dibawa kembali ke pangkal jalan.

kebosanan di petang yang panas membahang ini aku mengajak Maria ke mekdi sambil pekena mekfeleri orio feberet aku. di sudut hujung aku memilih port untuk kami bual santai.

"aku ngah dilema nak buat pilihan la Maria"

"bakpo pulok abe weii"

"kalau ada dua jalan terbentang depan. kanan akan bertemu laut cina selatan, dan kiri menuju ke hutan belantara, mana ko akan pilih"

"kalu ore pilih jale tengoh , solat istikarah"



Monday, June 4, 2012

kecewa abe roy #1

17 yang simbah cat
aku berjalan ke arah Maria dengan langkah yakin. sekuntum mawar putih disorok di belakang. terasa akulah jejaka paling macho ketika kepupusan ramai jejaka maskulin. sudahlah sedikit, ramai pula yang bercinta sejenis. ah jahilnya!

" Maria sayang.. untuk awak " aku hulur mawar dengan senyuman dan nada penuh romantis.

kembang mekar senyuman Maria. tersipu malu dia sambil tunduk mencium mawar putih.

Maria masih tidak bersuara. masih malu agaknya dengan pertemuan kali kedua ini.

" abe Roy, bakpo bunga putihnyo. bukey merah ko ? " terserlah keserakan suara Maria.

" merah untuk perempuan. awak pondan. putihkan diri dulu. kbai. "

aku berlalu dengan 1001 Rasa Babas!


Wednesday, May 9, 2012

karma : bulatan dalam cinta

12 yang simbah cat
watak-watak utama :
1. Gadis
2. Jejaka
3. Pencuri Hati
4. Badut Buncho

Gadis tidak pernah menyintai Jejaka. namun mereka serasi berkongsi cerita tentang kehidupan. berkongsi masalah yang melanda. tidak banyak yang Gadis dapat bantu Jejaka, tapi nasihat Gadis banyak merangsang kehidupan Jejaka.

Jejaka pernah koma kerana penyakit yang dihidapinya. seram sejuk Gadis bila mengetahui berita tersebut. hanya doa dan Yasin yang diniat tidak putus-putus buat Jejaka.

alhamdullah. hujan yang turun berakhir dengan kemunculan pelangi. gembiranya hanya Tuhan yang tahu. Gadis merupakan orang pertama yang dihubungi bagi memberitakan pulihnya Jejaka dari koma. suara Gadis yang dicari. ya, Jejaka terlalu mencintai dan merindui Gadis.

kehidupan memang drama. hati Gadis ada pada Pencuri. Setianya hanya pada Pencuri Hati. namun Jejaka semakin rapat dan setia memenangi hati Gadis dengan sikap romantis. paling menyentuh rasa Jejaka merakam lagu untuk didengari Gadis. bangun awal pagi Gadis dibuai dengan lagu sentimental Jejaka. jiwa halus mana tidak tersentuh? naluri mana tidak bergoyang?

drama semakin menghampiri klimaks. pertingkahan berkocak antara Gadis dan Pencuri Hati. Gadis yakin hatinya pada Pencuri. hanya dia. lafaz Pencuri pada Gadis masih diingati.

perjalanan yang dilalui semakin menghampiri kesudahan. Pencuri berselingkuh di belakang Gadis. cintanya pada Gadis hanya dilimpahi simpati . tiada lagu cinta yang mendidih seperti dulu. hati yang dicuri kembali pada Gadis semula. esakan Gadis usah dicerita. kewajipan yang seharusnya berlaku pada sesiapa.

gelap matanya meniti hari. jiwanya kusut. hati memberontak amarah. janji Pencuri jangan dipercaya lagi!

semakin mendung hari bila Jejaka juga mula menyepi. terasa berganda ditimpa hujan. guruh yang berdentum ketika hujan yang mencurah telah menyedarkan Gadis akan matlamat sebenarnya yang masih belum tercapai.

perjalanannya baru bermula. tabah dan sabar wahai Gadis. fizikal yang lemah bukan dalaman! dalaman harus kuat untuk menepis segala hitam yang mendekat.

Jejaka kembali setelah Gadis kembali senyum dalam hidup. kehidupan dan ujian sememangnya teratur dengan ketentuan Ilahi. tidak mungkin disangkal.

Jejaka cerita dia sudah tahu akan kecurangan Pencuri kerana meraka saling mengenali. Jejaka menyepi kerana berat bibirnya untuk mencerita hal sebenar. tidak sampai hati untuk melihat kesedihan Gadis yang bakal hiba jika tahu kebenaran.

tiada apa yang mampu berubah. hidup adalah kenyataan. hari tetap perlu di lalui. bumi bulat sebagaimana perjalanan hidup.

tidak disangka Pencuri kembali hadir. tangisnya meruah apabila menceritakan buah hatinya telah menjadi tunangan orang. pap! terasa karmanya hidup ini! kecurangan dibalas kecurangan.

bersambung kisah ... 

Thursday, May 3, 2012

Pesta Cerpen anjuran Warna Kaseh

11 yang simbah cat
jejari runcing Elia menaip laju di WordPad. emosinya dirasakan sedang kemuncak bersama ayat yang terjana di minda bakal dicoret ke lampiran putih. dia ingin mengabadikan kisahnya buat tatapan mereka yang membaca. dirasakan kisahnya unik. seunik dia yang sentiasa merasa cip otaknya berasal dari alien.

Elia sebenarnya ingin memasuki pertandingan cerpen anjuran Warna Kaseh. dirasakan otak aliennya bakal memberi kemenangan ketiga dari belakang. dia harus mencuba nasib!

kawan-kawan dijemput bagi memeriahkan pertandingan ini kerana hadiah yang disediakan amatlah lumayan! gempak! yang pasti bukan pakej umrah lah ye @_@



kalau agak-agak kurang jelas dengan penjelasan Elia, bolehlah bertanya khabar admin di Warna Kasih. serius Elia cakap, depa ni cun melecun. silalah amik kesempatan mengorat dan menang. tambah-tambah budak sabah tu. omeinya omeinya! hehe..



Friday, April 6, 2012

bertunang semasa belajar

15 yang simbah cat
tidak keruan Zarin dalam bilik. panggilan telefon ibu benar-benar buat dia berak kapur. seram sejuk. mustahil! mustahil aku kena paksa tunang! aduh, awak tolonglah buat sesuatu. fikirannya melayang mengenangkan Irfan Khairul, buah hati pengarang buku. sudahlah message Zarin tidak dibalas, panggilan telefon pun tidak berjawab. Zarin buntu. terasa mahu terjun dari tingkat 1 biliknya. itu sajalah ketinggian yang dia berani. ah! mana mungkin dia lakukan tindakan tak bertamadun itu.

Irfan pun sejak akhir-akhir ini dingin peti beku. hilang sudah tempatnya ingin mengadu meluah rasa terbuku. terasa sungguh yang dia sering bergantung pada lelaki itu. ah lelaki! makin tua makin meningkat saham. perempuan pula tua tidak bersaham. manis dan indahnya cuma sebentar. cepat benar masa muda beredar.

minggu ini Zarin akan pulang ke kampung. cuti seminggu yang buat dia teruja sebelum ini semakin longlai mengenang khabaran berita tak terduga. adakah pendirian ibunya sebelum ini goyah gara-gara tajuk 'Kahwin Waktu Belajar' dalam rancangan Semanis Kurma. oh! mana mungkin ini terjadi pada aku. bangun! jangan bermimpi lagi. aouchh.. sakit pipi dicubit!

 "tahniah Zarin. tunang juga hang eh. tak sangka awal dari aku" Izah meluah rasa. walau perit hati Zarin telan jua kata keramat tersebut. sungguh fantasi dirasakan dunia ini. kembalikan aku pada alam realiti oh Tuhan. Zarin menjerit. tidak! ini memang realiti. kamu yang harus sedar dan terima kenyataan. bisik suara dari hujung telinga.

majlis pernikahan akan berlangsung selepas dua minggu. siapa tunangannya pun Zarin tidak ambil peduli. gambar ada diletak atas meja lunyai Zarin renyuk semasa emosi meninggi. Irfan! aku benci kamu sampai bila-bila. kejam. tidak pernah peduli akan aku dan kamu akan dapat balasan menyakiti aku. kamu tidak akan aman! hati Zarin menjerit sakit.

Irfan sendiri menjodohkan Zarin dengan rakannya sendiri setelah dia sendiri merasa bersalah curang dengan kesetiaanya pada Zarin. dungunya rasa. Zarin terlalu khayal pada indah dunia hingga tidak mampu menilai kebenaran apatah lagi tidak selidik latar belakang Irfan. kali ini Zarin reda. dia akan terima jodohnya yang sememangnya sudah lama menyintai Zarin secara diam. itu kata ibunya.

siapa tunangan Zarin akan tersingkap lagi dua minggu.

Friday, March 23, 2012

Dendam Terhurai

8 yang simbah cat
Zarin menghempas mukanya yang penuh tangis ke tilam Vono. Esakannya jelas berbunyi sendu yang pilu. Menyayat hati. Bantal peluk menjadi mangsa oleh pemangsa amarah seperti Zarin. Semuanya dilempar ke dinding. Amukannya memuncak. Emosi di tingkat atas yang boleh membawa hilang kewarasan akal.

Kejadian yang ditontonnya sebentar tadi meluluhkan hatinya yang menatang seribu kepercayaan terhadap Kamil, tunangannya yang bakal dinikahi dalam masa tidak kurang seminggu. Kecurangan Kamil jelas sekali apabila terlihat Kamil memilih Cincin Emas 916 kepada wanita disebelahnya. Dongkol sungguh hatinya.

"Kau perempuan akan mati dalam masa 7 hari dari sekarang!!" Zarin seperti kerasukan. Imannya yang tipis makin jarang dan tembus. Ketawalah para iblis rancak menghasut umat Adam yang berfikir berlandas nafsu tanpa soal siasat.

Zarin yang banyak menonton filem aksi Tom Krus telah terpengaruh dan merancang untuk melakukan Misi Mustahil yang akan disambut gembira oleh iblis.

hahahahaa kamu pasti merana perempuan!

Wednesday, October 12, 2011

part 3 | misteri 'lelaki' itu tamat

4 yang simbah cat
part 1 | Misteri Lelaki Itu
part 2 | Misteri Lelaki Itu

Namun setelah itu aku berasa tubuhku jauh lebih ringan. Sihat, segar, lega, tidak seperti biasanya. Fikiranku lapang. aku bangun dan berjalan ke tingkap untuk menghirup angin petang yang damai dan tenang.

"Abanggg!!!"

Tiba-tiba aku terdengar adik bongsu aku menjerit. Aku segera berpaling. Kulihat adik-adik dan mak abah berhamburan ke arah seseorang yang sedang tertiarap tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin, kulitnya membiru.

Siapa dia? Mengapa adik-adik dan mak abah memeluknya sambil menangis? Mereka menjerit dan meraung. Mak aku seolah-olah tidak mahu melepaskan orang yang terbujur tadi. Siapa dia? Siapa lelaki itu?

Lalu aku bergegas ke sofa. Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia.. dia.. dia mirip dengan aku! Bentuk badannya sama denganku. Ya Allah, apa yang sedang berlaku padaku ini???

Aku cuba menarik tangan mak, tapi tidak mampu. Aku cuba pula untuk merangkul adik-adikku, juga tidak berjaya. Aku berusaha lagi menyentuh bahu ayah, sia-sia semua perbuatanku.

"Abang di sini, mak! Abang di sini!"

Aku cuba memberitahu mak bahawa lelaki yang terbujur itu bukan aku, tapi mak tidak peduli. Mereka seolah tidak mendengar teriakanku. Seolah mereka tidak mendengar teriakanku. Seolah mereka tidak melihatku. Dan mereka terus-menerus menangis.

Aku sedar kini lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati! Aku telah meninggalkan mereka. Aku sudah berada di suatu alam lain. Tidak guna aku menangis dan berteriak lagi, mereka takkan mendengar suaraku.

Di saat itu aku terlalu sedih. Selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membalas jasa mereka. Tapi waktu telah berakhir. Aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Apa yang akan terjadi padaku selepas ini? Aku ketakutan apabila teringatkan belum bersolat! Aku takut, aku takuuutttt!!! Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkanlah dosakuuuuuu!!!

Monday, October 10, 2011

part 2 | misteri 'lelaki' itu

5 yang simbah cat
 part 1 | Misteri Lelaki Itu

aku berasa dadaku sesak. Sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa, walaupun terasa amat payah dan menyakitkan.

Di waktu itu aku rasakan ada sesuatu yang berjalan perlahan-lahan dari dadaku. Ia terus bergerak ke kerongkongku. Sakittttt! Sakit... rasanya. Ngilu dan pedih silih berganti. Keluar air mataku menahan rasa sakitnya yang tidak terperi.

Oh Tuhan, apa yang telah berlaku pada diriku?

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas, benda tadi memaksa untuk keluar dari tubuhku. Khhh... khhhh... kerongkongku berbunyi. Sakitnya rasa. Teramat sakit. Pedih, ngilunya seperti segumpalan kapas basah sedang ditarik dari ranting yang dipenuhi duri.

Aku cuba menahan benda itu supaya berhenti, jangan bergerak lagi dari kerongkongku. Tapi ia terus juga berjalan dan aku tidak mampu menahannya. Badanku gementar, peluh keringat meluncur deras. Mataku terbelalak semasa benda itu berkisar dari kerongkong menuju ke muka dan kemudiannya ke ubun-ubun. Air mataku tidak berhenti mengalir kerana sakitnya tidak pernah tergambarkan.

Akhirnya tangan dan kakiku kejang seketika setelah benda itu meninggalkan tubuhku. Kemudian aku melihat benda tadi dibawa pergi oleh lelaki misteri yang tadinya berdiri di depanku. Dia berlalu begitu saja, hilang dari pandangan.


siapa lelaki misteri itu? sungguh aku keliru sekali. akan datang kembalikah 'dia' untuk menuntut sesuatu dalam diri aku. aku tiada jawapan. tunggu kemunculan dia selepas ini.

Tuesday, October 4, 2011

part 1| misteri 'lelaki' itu

9 yang simbah cat
Seperti biasa setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa melepas penat. Asar sudah di penghujung, tapi aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Adik-adik dan mak abah sedang berkumpul di depan televisyen di tingkat atas banglow, manakala aku tersandar di sofa. Tubuhku letih memikirkan timbunan masalah di pejabat.

Dalam keletihan tadi, tubuhku disegarkan oleh angin dingin yang menghembus tepat dimukaku. Aku hampir terlena, hinggalah selang beberapa lama kemudian 'seorang' yang tidak nampak dengan jelas muka dan batang tubuhnya, tidak semena-mena sudah berdiri di depan mata. Dia persis seorang lelaki dan tajam memerhatikan aku.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba itu. Sebelum sempat bertanya 'siapa kamu?', tiba-tiba


terpaksa bersambung esok. insyAllah..(kes kecemasan)

Sunday, August 7, 2011

sayang jainab

40 yang simbah cat
Label : kena bersabar membaca...

berkali-kali Jainab berpusing-pusing di depan cermin besar. lima enam tujuh sembilan... sembilan kali! pun masih belum puas hati. ditatapnya dari atas dahinya sehingga buku lali, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan 'penggayaan sakannya' petang itu.


okey la ni, dah cukup shantik hapa? Jainab bersoal dan berjawab sendiri. memang sebelum ini aku dah shantik, memanglah. Jainab berbangga. pun sendiri.


selama ini pun Jainab acap benar mendengar puji-pujian tentang dirinya. di stesen el-ar-T. dalam train. di pejabat. malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu padanya. Jainab tahu itu. Jainab faham itu. Jainab senang begitu!

cuma mujurlah Jainab tidak mudah cair dengan segala puji-pujian murahan begitu. barang baik mesti berharga tinggi. itu kena jaga. begitu pegangan Jainab. dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Jainab bolayan terus. ape kless diorang itu?

namun setelah kehadiran Tom Keris sepejabat dengannya, pegangan hidup Jainab mulai goyah. second bossnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. dulu dia payah memberikan senyum kepada sorang lelaki, tetapi kepada Tom keris sengihnya melebar nampak gusi. keramahan sapaan Jainab kepada Tom Keris terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yang lain. Tapi Jainab tak peduli itu semua. targetnya hanya satu, Tom Keris!

katalah apa orang nak kata. perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Jainab buat selamba aje. selamba dog! pada Jainab, dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tom Keris jugak bertepuk dengan dia. cuma tepuk Tom Keris ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. itu pun sangat-sangat Jainab pasti!

"malam ni you pree tak? kalau boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama Jainab ternanti-nantikan pelawaan sebegitu. pelawaan dari Tom Keris yang selama ini tak pernah lepas dari benak Jainab. bagaimana mesti Jainab jawab, kalau tidak anggukan saja yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan.


lalu di situlah kemuncaknya. dua jam sebelum jam lapan malam seperti mana yang dipersetujui bersama, Jainab bersiap habis. dadanya tak berhenti-henti dug dag dug dog menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Tom keris! Tom Keris! berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Jainab.

dan apabila deru kereta Tom keris memasuki laman rumah sewanya, Jainab laju menuju ke pintu. semuanya menepati seperti rencana asal. Tom Keris tersengih segak menanti, sedang Jainab terburu-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. apa pun yang paling ketara ketika itu, senyum Jainab terlalu lebar senasa menutup pintu kereta Tom Keris.

cuma sayang senyum itu tidak kekal lama. hanya sekitar satu jam tiga belas minit lima saat kemudian, bibir yang menguntum senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya. wajah Jainab cukup kelat, dan sewaktu hempasan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Jainab tidak menoleh ke belakang lagi. deru kereta Tom Keris yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinganya.

berkali-kali Jainab berpusing-pusing di depan cermin besar. lima enam tujuh sembilan... sembilan kali! dan semakin ditatapnya wajah di cermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Tom Keris di telinga..

"you memang lawa. bodi pun best. I minat gila kat you... cuma yang I kurang gemar.. bulu hidung you terkeluar. Geli! " pelan-pelan Jainab meraba hidungnya...

Moral : mana ada manusia yang sempurna? jangan biarkan bulu hidung anda panjang! 

cerita asal : diolah semula oleh rainbow cloudy. hak cipta bukan milik rain.

Sunday, February 20, 2011

cerpen pautan : Aku Anak Derhaka | siri-11

16 yang simbah cat
assalamualaikum....

rain minta maaf lambat publish cerpen ni, belalang kata ramai yang tertunggu-tunggu sambungan cerita seterusnya, harap semua yang membaca tak kecewa lepas baca cerpen budak mumaiyiz ni..

sebelum tu nak terima kasih dekat brother sop, pencetus idea untuk projek cerpen berantai : aku anak derhaka. terima kasih juga kat belalang bagi peluang sambung cerpen ni. nak faham keseluruhan cerpen, sila layari dot.com di bawah. he....


siri1 : http://www.gnesop.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri2 : http://shiorila.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri3 : http://secretwhisper.net/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka
siri4 : http://mfr.jentayu.com/2010/05/04-cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri5 : http://quqasihqumyself.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri6 : http://kachangdewa.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri7 : http://www.padinno.com/2010/06/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri8:  http://www.ciktom.com/2010/10/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-8.html
siri9 : http://segalaceritera.com/atik/2010/10/02/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-9/
siri10: http://www.suarabawahtanah.com/2010/10/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-10.html
siri11: http://rainbowcloudy.blogspot.com/2011/02/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-11.html
“Ada aku kesah dengan semua tu? Pergi jahanam la korang. Aku malu tau tak dapat korang sebagai mak bapak aku yang miskin. Dah la miskin, hari-hari dihina. Menyesal tau tak! Menyesal aku dengan korang!”…

Aku hemburkan kata-kata itu pada ibu dan ayah pada suatu malam. Dan lewat paginya aku terus saja lari dari rumah….




Berbekalkan duit dalam poket berlubang aku ni yang tak seberapa, aku melangkah kaki ke stesen bas sahab perdana yang kelihatan lusuh tapi terkenal dengan sampah-sarap dan juga aweks. Duit aku pun sama lusuh tapi lebih bernilai kerana mampu membawa aku ke kolompo.

Di pagi yang hening itu, bas Sani mula bergerak dan mambawa aku bersama penumpang lain menuju ibu kota yang penuh dengan pancaroba , dusta dan tipu daya. namun masih menjadi buruan manusia yang inginkan kekayaan dan kejayaan dunia. dalam kelekaan aku merenung ke luar tingkap, aku berasa mengantuk lalu mengeluarkan MP3 dan lagu Ibu Kota Cinta nyanyian Def Gab C berkumandang. semestinya aku cuba mengelak dari mendengar lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman.

sedang aku lena asyik itu kedengaran bunyi teriakkan yang bising menampar gegendang telinga aku. sebaik sahaja membuka mata aku terkejut dengan suasana kelam kabut kerana bas yang aku naiki terhuyung hayang seperti kemabukkan. suasana yang tidak terkawal itu semakin jelas apabila terdapat percikan api yang menyambar langsir bas. api semakin marak dengan pantas seperti disiram minyak. keadaan bertambah panik dan kronik. aku tidak sempat mengelak apabila api menyambar muka aku. ABAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!! TOLONG AKUUUU! arghhhhhhh panas panas!!!

aku meronta-ronta sehingga muka aku terasa pedih sekali selepas kedengaran bunyi lempangan dari tangan aninomous. aku terkejut dengan kebiadapan itu. dalam kepayahan aku membuka mata. aku kebingungan melihat langsir tingkap berada di sisi peha aku dan seorang lelaki mukanya merah padam menjeling ke arah aku. aku rasa dialah aninomous itu.

HEYYY TAK NYUSAHKAN ORANG X BULEH KA? TIDOQ LAGI PAGI2 HARI PAS SUBUH.. HABIS RAMBUT AKU HANG TARIK. BALUN KANG!!

dushh! taubat laaa! hilang kemachoan aku. tak penah-penah aku mimpi, apatah lagi nak ngigau-ngigau ni sume. jahanam betol! malu sungguh.

selepas 7 jam perjalanan yang penuh kemaluan itu, aku turun dari bas dengan nafas kebebasan. bebas dari konkongan orang tua kerepot yang menyakitkan hati aku. benci aku semakin meluap-luap apabila dapat lempeng free gara-gara menjerit macam orang gila dalam bas tadi. siot tol la!

mengingat kembali peristiwa dalam bas itu membuat mulut aku kembali celupar memaki seranah. geram sungguh. kaki aku menyepak-nyepak daun-daun kering yang luruh seperti musim autumn di korea. kekacakkan aku pun dah iras-iras baka korea dah.

tiba-tiba mata aku terpandang..........

banyak betol yang rain merepek n berbunga-bunga kat atas sampai tak ada isi pun. pendekar help me. sambung la plak..hehehehe

sori sangat-sangat kalu rain penghancur jalan cerita yang suspen ni. serius tak confident langsung. aritu idea mencurah-curah, bila break then sambung balik ni la jadinya. macam ayam berak kapur! (err kena ke tak peribahasa tu). kuat tol merapu dengan imaginasi kolot. malu bangat!

Tuesday, June 22, 2010

cinta tidak buta

3 yang simbah cat
***Allah menyukai dan menyayangi hamba-hambaNya yang bersabar. maka kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mengakhiri pembacaan pada entri kali ini.***    ^ ; *

benarkah cinta itu buta?
orang kata cinta itu buta. tapi saya bangkang yang arif. cinta itu sebenarnya tak buta.
okay, sila nyatakan hujah anda wahai pendakwa raya yang belum kaya.
hujah saya yang pertama ialah terang-terang tanpa lilin bahawa cinta itu tidak ada pancaindera mata.
hujah yang kedua pula, andai kata cinta itu buta mengapa cinta buleh datang dan pergi pada seseorang tanpa dipaksa.
aneh bukan yang cinta itu bergerak tanpa mata mahu pun contact lense bagi yang merasa cinta itu rabun atau pun si pecinta yang rabun.

pecinta yang buta
yang buta itu sebenarnya orang yang bercinta atau bahasa saintifik fizik si pecinta itu sendiri.
dia buta kerana cinta membawa dirinya ke arah kemusnahan. kehancuran. kegagalan mengawal hawa nafsu.
cinta membutakan si dara sehingga sanggup membelakangi keluarga dan mengikut si teruna menaiki tongkang bocor menuju metropolitan Lombok.
si dara bertambah-tambah buta apabila sanggup hidup miskin merana jiwa raga di tanah seberang yang kemungkinan
dilanda tsunami mahupun gempa bumi pada bila-bila masa tanpa mengira keadaan sama ada tengah berbulan madu mahu pun berbulan hempedu.
bukan mengajak untuk mementingkan material,
tetapi masalahnya mengikut seorang warga asing yang belum terjamin masa depan dan memperjudikan nasib yang entah untung entah malang bakal tiba.
di mata saya hanya malang yang bersinar untuk dirinya. kalu tidak bersinar semestinya gerhana matahari sepanjang masa.

dan lebih menyedihkan bila si dara sanggup menderhaka pada ibu dan ayah sendiri. berdosa besar hukumnya! suami boleh dicari ganti tapi ibu yang melahirkan kita bagaimana?
bolehkah ibu lahirkan anak yang serupa dua kali atau lebih? mereka sahaja satu-satunya di dunia. mengertilah wahai anak!
hey haiwan pun tidak menderhaka tahu!
penah lihat kucing mengikut harimau dan melarikan diri bersama jauh ke zimbabwe menyaksikan piala dunia yang semakin hangat sekarang?? tidak pernah kan.

suatu ketika dulu saya pernah membaca sebuah kisah cinta yang benar antara dara malaysia dan teruna pakistan. mereka berkahwin atas dasar cinta.
semasa di malaysia si teruna memang pijak lipas pun tak mampus dan manis sungguh kata-kata menawan hati mentua si teruna.
mentua mempercayai keikhlasan teruna memperisterikan dara lalu memberikan keizinan teruna membawa anak gadis tersayang ke pakistan dan menginap sementara waktu di sana sebelum pulang ke malaysia kembali.

perjalanan menuju ke perkampungan teruna yang masih membahang asmaradananya ternyata begitu mencabar dan jauh dari ceruk dunia. kawasan yang terlalu terpencil dan miskin.
kebarangkalian adalah kosong untuk mendapat signal sekiranya dia membawa beruk band mahu pun pun handset sony ericsson untuk berhubung dengan rakan-rakan blog atau facebook pada ketika itu.
perjalanan yang dilalui pun sudah terlalu sukar apatah lagi mahu menjalani kehidupan bertahun-tahun di sana.
semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada hamba-hambaNya yang dikasihi.

setiba sahaja di rumah yang sama saiznya dengan reban ternakan ayam di malaysia, dara yang berwajah manis semakin sugul tetapi mengenangkan cintanya yang melangit seperti lagu sampai syurga,
terpaksa memaksa hati menerima kenyataan kehidupan yang bakal dilaluinya beberapa saat lagi.
dengan tanah berdebu yang menusuk rongga hidung ternyata tidak seindah sesuci dalam debu nyanyian saleem, dengan beratapkan nipah dan dinding rumah berasal usulkan tanah liat,
dara melangkah dengan kaki yang berat sepikul menuju ke dalam rumah yang kepadatan ahli rumahnya seperti sarung guni beras.
bayangkan reban yang dihuni lebih sepuluh orang dari saiz m sehinggalah xxxL!
oksigen pun takut dan melarikan diri kerana kentut pun tak lepas dan terpaksa berlemas dalam rumah mentua si dara.

dari saat itu bermulalah kisah hidup dan derita si dara. bukan dara lagi kerana sudah isteri orang.
hari ke hari si isteri disuruh bekerja demi menyara ahli keluarga suami yang ramai. kemiskinan yang melanda menyebabkan dia dipaksa bekerja dengan lebih kuat.
wang yang diperoleh digunakan untuk kegunaan seharian mereka. hasil titik peluh isteri hanya dibalas dengan capati yang tidak serupa capati tetapi lebih kepada merpati.
kerana roti gandum yang diuli di atas batu giling yang sedikit berhabuk dan goreng pula atas tempat bara api yang kotor. memang boleh dapat jangkitan paru-paru berhabuk.
sudah derita dan lelah yang ditanggung belum usai, layanan daripada suami yang teruk tapi bila suami meminta terpaksa diberi juga mengenangkan cinta yang semakin hari semakin menips dan jarang. 
ketika mengandung pun isteri dipaksa bekerja juga sebagai alasan untuk keperluan dan persiapan anak yang bakal lahir.
isteri memberikan alasan dan memujuk suami yang dia mahu pulang ke malaysia dan melahirkan anak sulung  mereka di sana.
sang suami bijak memberi dalih dan pujuk rayu yang mencairkan hati isteri.
walaupun merajuk namun terpaksa dicekalkan jua hati. isteri terasa hati kerana janji suami untuk berada sementara waktu di kampungnya di pakistan hanya tipu helah semata-mata.
kerana bulan berganti bulan dan kini merangkak ke usia menghampiri dua tahun dia masih menetap di kampung suaminya.
pasport sebagai aset penting perjalanan pakistan-malaysia disembunyi oleh mentua kerana mentua bimbang isteri melarikan diri.
isteri tidak tahan dengan seksaan dari mentua dan paksaan suami menyebabkan isteri tekad untuk melarikan diri kerana tahu dirinya hanya dipergunakan demi kepentingan keluarga itu semata-mata dan dilayan seperti kain buruk yang hapak.

dia menyesal berkahwin dengan warga asing yang mementingkan diri sendiri.
dulu dia sanggup membutakan mata hatinya demi cinta sesaat yang hadir dan terus menerus membutakan mata untuk menilai kejujuran dan keikhlasan teruna memperisterikannya.
kini dia kesal dengan jalan hidup kisah silamnya. semoga dijadikan iktibar buat dara malaysia yang sedang bersiap-siap untuk mengikut teruna ke lombok menaiki tongkang malam ini.
ataupun melarikan diri ke mana sahaja untuk berkahwin tanpa pikir panjang dan sanggup mengenepikan keluarga.

itu sedikit rentetan realiti kisah hidup yang saya selitkan untuk dikongsi bersama.
pencinta yang membutakan mata untuk menagih cinta dan kasih. cinta itu suci dan tidak bersalah sedikit pun.
manusia yang menyalahgunakan cinta demi kepentingan wang ringgit, harga diri demi dunia fana semata-mata.

cinta nafsu yang bernafsu 'binatang'
saya masih mahu mempertahankan bahawa cinta tidak buta mahu pun rabun yang arif. pencinta yang buta kerana hawa nafsu. manusia bernafsu tetapi manusia juga berakal.
mengapa harus meletakkan nafsu di depan akal. biar akal manusia yang darjatnya paling tinggi itu diletak di atas dan memandu nafsu ke arah kebaikan.
kes buang bayi seperti satu trend yang hangat di malaysia pada ketika ini. sehangat goreng pisang mak limah.
begitulah hangatnya bayi-bayi comel yang tiada dosa sebesar kuman pun dibuang sesuka hati walaupun mereka yang membuang bayi tersebut tidak memiliki hati langsung!
bayi-bayi ini tiba-tiba glamor dan masuk berita utama di dada-dada akhbar. kalau hendak mempopularkan bayi-bayi ni sekali pun, bukan ini caranya,
masuklah pertandingan pampers dry ke menang hadiah utama! barulah bermaruah.
ini tidak, buang bayi dalam tong sampah, longkang, tepi sungai. manusia ke haiwan ni?!
kalu haiwan sekalipun tak penah ada sejarah lagi lembu buang anak tepi sungai!! jahil dan gila ke manusia ni?!
mereka ni terlalu jahil dari orang gila yang hilang akal sampai bayi dan sampah pun mereka tak tahu beza. bodoh betol manusia akhir zaman ni!

maknanya sekarang ni kempen 'budi bahasa budaya kita' gagal sama sekali!

cuba manusia yang membuat perbuatan iblis itu bayangkan yang semasa mereka lahir dahulu mereka ditempatkan di longkang dan tempat buang sampah!
ini semua bahana cinta berlandaskan nafsu serakah yang membuak-buak macam lahar gunung berapi. mereka terlalu mementingkan budaya seronok - hedonisme.
berzina dah satu hal berdosa. ditambah pulak dosa buang bayi. iblis kuasa sepuluh sungguh yang berbisik pada mereka ini!

siapa yang harus dipersalahkan? mahu menuding jari pada yang bersalah?
cermin diri dahulu. lihat diri yang sedang menuding itu. 3 jari sedang menuju pada diri penuding. manakala ibu jari menggengam kemas 3 jari tersebut.
ini masalah kita semua. mengapa?
kerana musibah yang diturunkan Allah nanti tidak menimpa seorang mahu pun satu kaum sahaja, tetapi semua kaum dan semua manusia.

fikirkanlah bersama penyelesaian kepada masalah umat kita pada akhir zaman ini.

Saturday, June 12, 2010

kehilangan lagi

18 yang simbah cat

semua orang pasti pernah merasai kehilangan. hilang barang, hilang anak-anak dalam, hilang pendrive 5 kali turut-turut macam rainbow huhu. [disyaki zombie curi].
hilang orang tersayang, hilang orang tercinta dan hilang orang yang terindu. erk ada ke? ni semua buat kita jadi hilang.
HILANG AKAL!!

sebagai manusia yang omnivor dan nomal yang ada hati mestilah kita berperasaan sedey, pilu dan ngilu. betol kan.
tapi kambing sedey gak. cmne tu?
kambing tu spesies herbivor. lantak dia lah. kambing sedey sebab dia takut hujan. dia takut pada sang pelangi yang lebih berseri dan berwarna warni dari dia. kambing kan hitam hihi. dia jeles.
orang yang segan nak mandi n suka bangun tengah hari pun tergolong spesies kambing jugak dan dia  kurang deria perasaan sedey.
ni fakta biologi profesor klon.

bila kita sedey akan sesuatu kehilangan tersebut ia akan mengundang satu perasaan kecewa yang amat sangat.
rasa terluka. dilukai. melukai.  walau pun sebenarnya hati dia tak ditoreh ngan pisau toreh getah pun.
tapi perbuatan dan kata-kata seorang insan itu mampu merobek dan mengundang suatu episod duka nestapa.

drama sebabak episod air mata akan berlaku dan pada fasa ini hormon sedey akan dirembes semahu-mahunya. bersama air embun yang mengalir dari kolam derita matanya akan dirembeskan juga sisa-sisa hingusan dari hidung. ini bukan selsema demam atau pun resdung. ini penderitaan jiwa nama diberi.

bagaimana mahu mengakhiri kisah duka ini....?

kita nantikan episod seterusnya..................................................


buy-buy kawan-kawan.. T__T


 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template