Tuesday, June 22, 2010

cinta tidak buta

***Allah menyukai dan menyayangi hamba-hambaNya yang bersabar. maka kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mengakhiri pembacaan pada entri kali ini.***    ^ ; *

benarkah cinta itu buta?
orang kata cinta itu buta. tapi saya bangkang yang arif. cinta itu sebenarnya tak buta.
okay, sila nyatakan hujah anda wahai pendakwa raya yang belum kaya.
hujah saya yang pertama ialah terang-terang tanpa lilin bahawa cinta itu tidak ada pancaindera mata.
hujah yang kedua pula, andai kata cinta itu buta mengapa cinta buleh datang dan pergi pada seseorang tanpa dipaksa.
aneh bukan yang cinta itu bergerak tanpa mata mahu pun contact lense bagi yang merasa cinta itu rabun atau pun si pecinta yang rabun.

pecinta yang buta
yang buta itu sebenarnya orang yang bercinta atau bahasa saintifik fizik si pecinta itu sendiri.
dia buta kerana cinta membawa dirinya ke arah kemusnahan. kehancuran. kegagalan mengawal hawa nafsu.
cinta membutakan si dara sehingga sanggup membelakangi keluarga dan mengikut si teruna menaiki tongkang bocor menuju metropolitan Lombok.
si dara bertambah-tambah buta apabila sanggup hidup miskin merana jiwa raga di tanah seberang yang kemungkinan
dilanda tsunami mahupun gempa bumi pada bila-bila masa tanpa mengira keadaan sama ada tengah berbulan madu mahu pun berbulan hempedu.
bukan mengajak untuk mementingkan material,
tetapi masalahnya mengikut seorang warga asing yang belum terjamin masa depan dan memperjudikan nasib yang entah untung entah malang bakal tiba.
di mata saya hanya malang yang bersinar untuk dirinya. kalu tidak bersinar semestinya gerhana matahari sepanjang masa.

dan lebih menyedihkan bila si dara sanggup menderhaka pada ibu dan ayah sendiri. berdosa besar hukumnya! suami boleh dicari ganti tapi ibu yang melahirkan kita bagaimana?
bolehkah ibu lahirkan anak yang serupa dua kali atau lebih? mereka sahaja satu-satunya di dunia. mengertilah wahai anak!
hey haiwan pun tidak menderhaka tahu!
penah lihat kucing mengikut harimau dan melarikan diri bersama jauh ke zimbabwe menyaksikan piala dunia yang semakin hangat sekarang?? tidak pernah kan.

suatu ketika dulu saya pernah membaca sebuah kisah cinta yang benar antara dara malaysia dan teruna pakistan. mereka berkahwin atas dasar cinta.
semasa di malaysia si teruna memang pijak lipas pun tak mampus dan manis sungguh kata-kata menawan hati mentua si teruna.
mentua mempercayai keikhlasan teruna memperisterikan dara lalu memberikan keizinan teruna membawa anak gadis tersayang ke pakistan dan menginap sementara waktu di sana sebelum pulang ke malaysia kembali.

perjalanan menuju ke perkampungan teruna yang masih membahang asmaradananya ternyata begitu mencabar dan jauh dari ceruk dunia. kawasan yang terlalu terpencil dan miskin.
kebarangkalian adalah kosong untuk mendapat signal sekiranya dia membawa beruk band mahu pun pun handset sony ericsson untuk berhubung dengan rakan-rakan blog atau facebook pada ketika itu.
perjalanan yang dilalui pun sudah terlalu sukar apatah lagi mahu menjalani kehidupan bertahun-tahun di sana.
semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada hamba-hambaNya yang dikasihi.

setiba sahaja di rumah yang sama saiznya dengan reban ternakan ayam di malaysia, dara yang berwajah manis semakin sugul tetapi mengenangkan cintanya yang melangit seperti lagu sampai syurga,
terpaksa memaksa hati menerima kenyataan kehidupan yang bakal dilaluinya beberapa saat lagi.
dengan tanah berdebu yang menusuk rongga hidung ternyata tidak seindah sesuci dalam debu nyanyian saleem, dengan beratapkan nipah dan dinding rumah berasal usulkan tanah liat,
dara melangkah dengan kaki yang berat sepikul menuju ke dalam rumah yang kepadatan ahli rumahnya seperti sarung guni beras.
bayangkan reban yang dihuni lebih sepuluh orang dari saiz m sehinggalah xxxL!
oksigen pun takut dan melarikan diri kerana kentut pun tak lepas dan terpaksa berlemas dalam rumah mentua si dara.

dari saat itu bermulalah kisah hidup dan derita si dara. bukan dara lagi kerana sudah isteri orang.
hari ke hari si isteri disuruh bekerja demi menyara ahli keluarga suami yang ramai. kemiskinan yang melanda menyebabkan dia dipaksa bekerja dengan lebih kuat.
wang yang diperoleh digunakan untuk kegunaan seharian mereka. hasil titik peluh isteri hanya dibalas dengan capati yang tidak serupa capati tetapi lebih kepada merpati.
kerana roti gandum yang diuli di atas batu giling yang sedikit berhabuk dan goreng pula atas tempat bara api yang kotor. memang boleh dapat jangkitan paru-paru berhabuk.
sudah derita dan lelah yang ditanggung belum usai, layanan daripada suami yang teruk tapi bila suami meminta terpaksa diberi juga mengenangkan cinta yang semakin hari semakin menips dan jarang. 
ketika mengandung pun isteri dipaksa bekerja juga sebagai alasan untuk keperluan dan persiapan anak yang bakal lahir.
isteri memberikan alasan dan memujuk suami yang dia mahu pulang ke malaysia dan melahirkan anak sulung  mereka di sana.
sang suami bijak memberi dalih dan pujuk rayu yang mencairkan hati isteri.
walaupun merajuk namun terpaksa dicekalkan jua hati. isteri terasa hati kerana janji suami untuk berada sementara waktu di kampungnya di pakistan hanya tipu helah semata-mata.
kerana bulan berganti bulan dan kini merangkak ke usia menghampiri dua tahun dia masih menetap di kampung suaminya.
pasport sebagai aset penting perjalanan pakistan-malaysia disembunyi oleh mentua kerana mentua bimbang isteri melarikan diri.
isteri tidak tahan dengan seksaan dari mentua dan paksaan suami menyebabkan isteri tekad untuk melarikan diri kerana tahu dirinya hanya dipergunakan demi kepentingan keluarga itu semata-mata dan dilayan seperti kain buruk yang hapak.

dia menyesal berkahwin dengan warga asing yang mementingkan diri sendiri.
dulu dia sanggup membutakan mata hatinya demi cinta sesaat yang hadir dan terus menerus membutakan mata untuk menilai kejujuran dan keikhlasan teruna memperisterikannya.
kini dia kesal dengan jalan hidup kisah silamnya. semoga dijadikan iktibar buat dara malaysia yang sedang bersiap-siap untuk mengikut teruna ke lombok menaiki tongkang malam ini.
ataupun melarikan diri ke mana sahaja untuk berkahwin tanpa pikir panjang dan sanggup mengenepikan keluarga.

itu sedikit rentetan realiti kisah hidup yang saya selitkan untuk dikongsi bersama.
pencinta yang membutakan mata untuk menagih cinta dan kasih. cinta itu suci dan tidak bersalah sedikit pun.
manusia yang menyalahgunakan cinta demi kepentingan wang ringgit, harga diri demi dunia fana semata-mata.

cinta nafsu yang bernafsu 'binatang'
saya masih mahu mempertahankan bahawa cinta tidak buta mahu pun rabun yang arif. pencinta yang buta kerana hawa nafsu. manusia bernafsu tetapi manusia juga berakal.
mengapa harus meletakkan nafsu di depan akal. biar akal manusia yang darjatnya paling tinggi itu diletak di atas dan memandu nafsu ke arah kebaikan.
kes buang bayi seperti satu trend yang hangat di malaysia pada ketika ini. sehangat goreng pisang mak limah.
begitulah hangatnya bayi-bayi comel yang tiada dosa sebesar kuman pun dibuang sesuka hati walaupun mereka yang membuang bayi tersebut tidak memiliki hati langsung!
bayi-bayi ini tiba-tiba glamor dan masuk berita utama di dada-dada akhbar. kalau hendak mempopularkan bayi-bayi ni sekali pun, bukan ini caranya,
masuklah pertandingan pampers dry ke menang hadiah utama! barulah bermaruah.
ini tidak, buang bayi dalam tong sampah, longkang, tepi sungai. manusia ke haiwan ni?!
kalu haiwan sekalipun tak penah ada sejarah lagi lembu buang anak tepi sungai!! jahil dan gila ke manusia ni?!
mereka ni terlalu jahil dari orang gila yang hilang akal sampai bayi dan sampah pun mereka tak tahu beza. bodoh betol manusia akhir zaman ni!

maknanya sekarang ni kempen 'budi bahasa budaya kita' gagal sama sekali!

cuba manusia yang membuat perbuatan iblis itu bayangkan yang semasa mereka lahir dahulu mereka ditempatkan di longkang dan tempat buang sampah!
ini semua bahana cinta berlandaskan nafsu serakah yang membuak-buak macam lahar gunung berapi. mereka terlalu mementingkan budaya seronok - hedonisme.
berzina dah satu hal berdosa. ditambah pulak dosa buang bayi. iblis kuasa sepuluh sungguh yang berbisik pada mereka ini!

siapa yang harus dipersalahkan? mahu menuding jari pada yang bersalah?
cermin diri dahulu. lihat diri yang sedang menuding itu. 3 jari sedang menuju pada diri penuding. manakala ibu jari menggengam kemas 3 jari tersebut.
ini masalah kita semua. mengapa?
kerana musibah yang diturunkan Allah nanti tidak menimpa seorang mahu pun satu kaum sahaja, tetapi semua kaum dan semua manusia.

fikirkanlah bersama penyelesaian kepada masalah umat kita pada akhir zaman ini.

3 yang simbah cat:

iniAKU said...

mek, sejak bile pandai letak gambar kiss ni ha??
haha
dah dewasa rupanye kawan aku ni, haish

Rainbow said...

hahah tu ada kena mengena ngn artikel ni lah..
'cinta terlarang' mek..
bukan aku tu.. belum lagiii ;P

hamba NYA said...

Assalammualaikum, Hati-hatilah meletakkan cinta kerana cinta menuntut pengorbanan. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW pernah bersabda : "Manusia menjadi hamba kepada yang dicintainya." Kata orang, cinta itu buta. Memang cinta itu buta pada kesusahan, penderitaan dan kesakitan, demi mencapai apa yang dicintainya. Cinta kepada Allah, buta pada penderitaan jiwa. Bagi orang Mukmin WAJIB mencintai Allah lebih dari segala-galanya.

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template