Friday, July 2, 2010

preng.preng.. jatoh

GEDEBUKKK..! adoii.. bunyi suara hati buah nangka yang jatoh.

hah korang penah jatuh? jatuh longkang, jatuh gerek, jatuh tersepak jongkang emas.
eh ada ke orang sebertuah tu. mudah-mudahan suami rainbow lah orang tu ye. amin..

sakit kan bila jatuh? pergh.... siap beraduh-aduh lagi. tambah-tambah bila ramai yang tolong ketawa, kuasa infinite rasa sakit tuu.. nak je lempang!
jatuh memang sakit tapi ada gak jatuh yang tak sakit. syok je rasa.
JATUH CINTA! hah yang ni  comfom tak sakit beb.
ni lah jatuh yang paling best! kalu boleh nak je selalu jatuh kan. ^ ; ^

tapi hari ni bukan nak stori pasal jatuh cinta, no jiwang-jiwang today.
nanti korang gak leleh baca entri ni. bosan. muke seposen je. murah tol kan harga muka korang. upss ^ ; *
rainbow tak pandai olah bab cintun.
sebab kalu olah pun tak de respon. huhu. sedey ah.

ni nak citer sal real story seorang awek yang tak cun tapi dia lawa je. tu pun pas buh bedak sejuk.

satu hari senin yang cerah terang dengan cahaya matahari, awek ni g blaja moto. dia nak mik lesen beb. senang nak merempit kata hatinya.
hari pertama masa latihan praktikal tu dia pun dengan penuh bergayanya pilih lah satu moto ni.
dia start enjin moto.
preh.. preh. eh minyak tak de ke. heran. garu kepala yang bertudung saji.
preh preh lagi.. kemudian dengan sekuat hatinya, PRENG... PRENG..
hah hidup pun kau eh moto. ingatkan merajuk tadi.

maka awek ni pun buatlah seperti mana yang cikgu dia ajar. ber round-round lah awek ni pusing area tu.
hati dia berbisik syok gak eh naik moto kalu ada yang tersayang.
sambil dia berangan-angan nanti tiap-tiap petang leh dia pusing-pusing ngan husband dia. peluk. hihi.
hati dia ketawa perasan plus berangan. sempat lagi anak setan hasut dia.

alkisah masa tengah berangan tu, awek ni bersama moto nya sampai di satu simpang dan selekoh tajam.
ntah apa dosanye pagi tadi maka secara tiba-tiba dia terpulas minyak dan moto dia hilang arah tujuan.
destinasi moto tersebut akhirnya berhenti di dalam parit.
awek tu seperti baru sedar dari pitam. dia masih tercengan-cengang dengan apa yang berlaku.
laa.. aku jatuh moto rupenye. bisik nurani hati dia.
dia tak panik. tak sakit. tapi ketawa terbahak-bahak kat situ bila dia tengok side mirror kanan patah.
hak hak hak.. aku jatuh moto. lawak tol lah.
rugi tol tak sempat rakam wat kenangan kat cucu nanti.


sebenarnya dia sendiri hairan kenapa akal dia memberi respon seaneh itu. buleh lak dia ketawa.
jawapan itu terjawab sebab ada sorang mamat ni terperasan yang awek ni jatuh moto. 
tapi mamat tak berapa macho ni terpaksa tengok je dari jauh. dia turut tercengang.
mungkin hati dia berbisik 'ada gak eh orang jatuh moto kat tempat blaja moto'.
dia terus panggil cikgu untuk datang tolong awek ni.
berkali-kali gak dia menjerit baru cikgu perasan yang awek perasan tadi dah jatuh parit.
menggelabah cikgu berlari datang kat awek tu. awek tu ketawa lagi tengok cikgu dia kelam-kabut.

"buleh bangun tak ni? patah pa?"

"xdak pa aih. sikit je ni. saya okay je"

"dah.. p rehat"

cikgu tu angkat moto awek tu then dia start moto bawak ke pondok rehat.
awek tu folow ke pondok rehat sambil menyumpah-nyumpah mamat yang tengok tadi. mangkuk tol!

cikgu tu takot awek tu patah kaki. dia suh awek tu jalan-jalan. perjalanan awek tu sempurna je. okay syukur.
cikgu bagi arahan semua aktiviti latihan diberhentikan dan buleh balik.
kawan-kawan awek ni pun datang serbu. tanya keadaan awek. maka riuh rendah lah suasana bila awek tak cun jatuh parit. tapi ada je wat muka kasihan.
awek ni cool je.  - . -

sampai je kat rumah, pesal kaki sakit ni. awek ni terus cari minyak gamat. sebab lebam-lebam n luka calar pada kaki n lengan. memang tak sakit tapi pedih!
mak dia perasan terus tegur.

"buat pa minyak gamat. aih takkan jatuh moto kot"

"'saja ja sapu, mak"

"hahahaha. kak pizah jatoh moto" . sore adik awek ketawa jahat. hantu betol!

"mana ada. ni lenguh je la. penat!"

dan sampai ke hari ni, hanya dua orang je tahu kisah 'bangga' ni. dan kini korang. keep secret kay.
famili awek  tak tahu langsung. dia tak cakap sebab utamanya takut nanti dah tak buleh merempit tiap-tiap petang!

tapi ada hikmahnya disebalik kejadian yang cukup menyayat hati tu, awek ni semakin confident naik moto dan paling penting dia semakin rajen merempit
sampai zombie merajuk gara-gara menduakan cinta zombie dan cinta merempit hahaha.

2 yang simbah cat:

zoul yazix said...

hahaha...kan da pesan..naik moto tu focus...jangan berangan....

Rain said...

fokus dah.. tp ada benda berat kt belakang moto tumpang. zombi kot hee

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template