Tuesday, January 15, 2013

epal bentuknya hati

4 yang simbah cat
semalam aku kata pada aizat,

"kau ada epal kan. bagi aku satu"

dia diam. hanya hulur satu pada aku.

lalu pelan-pelan aku keluarkan sesuatu dari dalam beg sandang,

"nah, ni epal aku. kita tukar".

sekarang aku satu epal dan kau pun satu epal.

dia masih diam. aku terus bersuara,

"pergi la balik"

lalu dia bersuara,
"aku tengah makan epal ni. macam hati bentuknya"

aku hanya membalas,
"ya, itulah aku sedang lalui. hanya makan hati dengan kebisuan kamu"



20:03 15 Jan 2013

Sunday, January 13, 2013

nak berangan, ada caranya

7 yang simbah cat
hujan memberi inspirasi untuk saya menulis. memberi ilham kepada saya  hidup di ruang fantasi walau seketika. fantasi itu bukan khayal untuk melalaikan. tetapi memberi ruang untuk kita mencipta dimensi suatu hari nanti kita akan ke sana.

fantasikan mahu berkasih dengan brad bitt? ah jangan begitu. itu memang hipokrit. kemungkinan berlaku mustahil. terlalu tinggi angan memusnahkan harapan. cipta harapan, maka ciptakan matlamat.

contohnya matlamat kalian untuk dapatkan saya. ahaks.

okay tidak!

contoh sebenar, angan mahu kereta kuda (Ferari), sekarang boleh mula angan-angan. sudah 6 saat, stop! dah berangan naik kuda bukan? maka L U K I S atau gambarkan K U D A ferari tadi.

kenapa saya suruh lukis? kenapa saya suruh gambarkan?

kerana visual lebih cepat ingat dan bermotivasi dari teks! (Yang et al., 2009)

mahu lihat angan saya sebentar tadi?

nah.

remove picture

nampak tak betapa vakum dan kosongnya ruang sekekeliling hingga tiada pokok dan pelangi menghiasi. hanya kami! itulah angan! ahaks.

ah tapi kenapa saya kurus melidi ni? mana pergi kereta kuda yang diangan tadi.

kereta kuda dah bertukar jadi L A B U.

he he he

Monday, January 7, 2013

doa hati

3 yang simbah cat
aku bukan teman yang baik
ingat akan kamu tapi tidak mengirim kabar berita

aku bukan kekasih yang baik
rindu akan kamu tapi tidak hulur bicara hati

aku bukan kakak yang baik
tidak menunjuk prihatin tapi sekadar hadiah dan menyuruh kamu belajar

aku bukan adik yang baik
mahu berbual rapat tapi hanya diam bila berkumpul ramai

hanya aku mahu jadi anak yang baik walaupun aku tidak pernah suarakan perasaan pada kedua ibu ayah, namun doa aku panjat agar Allah mendengar terus dari hati aku yang tiada pernah seorang insan dunia memahami.

0.41am
7 jan 2013

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template