Sunday, September 15, 2013

kesakitan malam

1 yang simbah cat
selamat malam kegelapan
langit kian legap
bulan pantul chaya
bintang menyinar maya
moga indah lelap
tiada yang diharap
kerna hati kian malap

Saturday, September 14, 2013

pilih bahagia

2 yang simbah cat
mahu aku coret
tapi entah apa mahu dikarang

mahu aku lakar
tapi entah apa mahu diconteng

mahu aku lari
tapi entah apa mahu dikejar

mahu aku tunggu
tapi entah apa yang mahu dinanti

kerana aku sudah temu satu jalan bahagia di landasan ini

tak perlu lagi aku diri di atas pelangi yang palsu warnanya
bisa pudar dan hilang, menjatuhkan aku tanpa ada pegangan

Sunday, September 8, 2013

masa sekarang

2 yang simbah cat
masa lalu yang lepas
masa sekarang sedang tiba

masa lalu yang pergi
masa sekarang perlu kita hadapi

apa yang pergi tidak tiba dengan sendiri
titip pesanan buat diri
jangan alpa jangan leka
kita sentiasa diuji untuk peringatan


Wednesday, July 24, 2013

kenduri lepas raya

6 yang simbah cat
"Lepas raya jemput datang rumah oii."
jerit Jenab kepada semua staff ofis.

aku kecewa. kerna Jenab telah mengungkapkan kata-kata yang sepatutnya aku ungkap terlebih dahulu kepada semua staff.

aku terus duduk diam mengabdikan diri pada excel yang tak pernah excellent.

kedengaran ramai mengucapkan takniah kepada Jenab namun seketika kemudian...

"Kah kah kah"
kuat Jenab ketawa serupa pelisit. aku pun seram.

tak lama kemudian aku dengar kabar Jenab ada di ICU sebab lebam dipukul kerana menipu.

"Raya tahun depan sebenarnya"

Saturday, July 13, 2013

rasa hati

9 yang simbah cat
SEDIH tak perlu pujukan untuk hilangkan rasa sayu di hati, cukuplah dengan luahan hati agar hilang segala gelisah - MENDENGAR

GEMBIRA tak perlukan luahan rasa menyatakan girang hati, cukuplah dengan wajah mempamer riak senyum di bibir - MELIHAT



Wednesday, July 3, 2013

sobat

5 yang simbah cat
Assalamualaikum sobat :)

lama sebenarnya saya tidak berborak dan membuat ayat berinteraksi begini. selalu seperti terus meluah, terus bercakap sendirian dan selalu merasa "baca je lah".

dingin pagi ini, saya beranggapan hati tidak harus terjebak dingin dengan mereka yang sentiasa memberi sokongan pada kita. jadi saya sangat menghargai mereka yang memberi kata-kata dan komen di sini. tidak seberapa tapi itulah yang berharga. yang sikit itulah yang sanggup datang menjengah kata-kata saya yang tidak mempunyai nama ini.

tidak banyak masa untuk bicara lama, sempena di penghujung Syaaban dan bakal tibanya bulan rahmat Ramadhan ini saya titipkan sesuatu untuk kita saling memperingati.

Tuesday, July 2, 2013

depani ujian

5 yang simbah cat
mana mungkin lari adalah keputusan,
bila kita adalah khalifah yang dipilih untuk mendepani ujian.

mana bisa kita paling,
bila yang lurus itu menguntungkan.


Sunday, June 30, 2013

peduli setelah pedasnya cili

11 yang simbah cat
saya seorang yang tidak kisah. seorang yang tidak mempeduli apa-apa keadaan. apa-apa berlaku saya seperti berada di planet namek dan orang sebelah dan keadaan keliling sahaja yang di bumi. yeah, kera yang menyumbang keadaan keliling.

bumi bujur telur (research). tidak sebulat bola tapi tetap ada naik dan turun putaran. bagaimana galaksi alam semesta yang sentiasa berputar pada paksi, tentu juga Allah cipta manusia berpaksi dan berpusing keadaannya tidak pada satu takhta kedudukan sahaja.

"sampai bila hang tak mau amik peduli perasaan orang lain?" soal bedah
"nanti aku sakit!" aku memberontak
"boleh diubati" nasihat bedah
"sakit cili pedasnya buat aku serik. kang buasir!" aku memberontak kali kedua
"hang jangan macam-macam" nasihat bedah kali kedua
"aku takut" aku meluah jujur
"berangan nak kaya. berangan nak berjaya. macam mana nak berdepan hidup sampai berjaya setakat pedas cili pun dah takut!" bedah cabar aku.

tak ada kejayaan datang berseorangan. nak berjaya dalam pelajaran kena bantuan guru, bantuan rakan-rakan, bincang berkumpulan, usaha, doa mak ayah dan apa seangkatan tentera dengannya.

jadi kalau kau tak amik peduli keadaan keliling, ombak besar datang pun kau tak sedar sebab ombak tak pernah datang dengan amaran.

tapi kalau kau peduli dengan keliling, kau peduli dengan kawan, beribu yang erat datang genggam bawak kau keluar dari bencana.

tapi ramai komplain tak faham bahasa aku tulis.

"arghhhh peduli hape aku!!!" aku menjerit dan berlari ke bintang
"eh perangai tak berubah pun??" bedah sudah geram
"kakakakah" aku telah menjadi tahi bintang setelah jatuh semula ke bumi.

#baca lah sampai faham. keliru, kongsi-kongsikan.



monolog kucing

"kalau aku tengok je ikan ni, aku sakit hati dan lapar.
jadi, aku kena tangkap juga 'anak ikan' ni walaupun dia comel dan jambuuuuuuuu!" 

your actions speak lauder than words! common

Tuesday, June 25, 2013

accept the different

7 yang simbah cat
you wanna wait for a perfect person, you ain't for nobody. useless. we are different. why? to complete the puzzle. just accept the different, fill in the blank, and you will see the happy ending. but nothing is easy. ready for challenging times!

complete the puzzle and bingo!

Friday, June 21, 2013

bebanan yang selayaknya

3 yang simbah cat
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami ke atas kaum yang kafir." 

(al Baqarah: 286)

Thursday, June 20, 2013

em el em

8 yang simbah cat
setiap tindakan yang kita lakukan tidak semuanya benar pada mata orang walau pada akal kita ia benar. hanya mereka yang merasai dan melalui sendiri tahu menilai benar salah, baik buruk.

tersilap langkah dalam percaturan hidup bukan bermakna tamatnya perjalanan. perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. langkah pertama manakah yang sempurna tanpa pincang? hey kawan-kawan! ini dunia. tempat ujian. bukan syurga tempat ganjaran setelah berjaya dalam ujian.

aku berkesempatan bersama dengan satu komuniti hampir dua minggu sahaja. aku merasai apa yang tidak pernah aku rasai selama ini. aku melalui apa yang tidak pernah aku lalui selama ini. aku seronok sebenarnya bersama mereka kerana aku banyak belajar tentang masa depan, perancangan hidup, impian dan duduk bangunnya seseorang dari bawah sehingga ke atas. ya! hampir semuanya positif mengenai hidup.

sayangnya impian disedarkan dan langkah disekat dengan satu tamparan hebat oleh dua lagi sahabat aku yang sentiasa bersama susah senang dalam mengharungi madu hempedu bergelar pelajar master. mereka menyatakan apa aku buat, apa aku lakukan ini adalah tidak tepat masanya, tidak kena caranya, tidak betul kaedahnya. "Ini em el em (M.L.M)!" jerit seorang dari dua sahabat tersebut "Apa yang ko buat ni salah, Rain!" "Cermin diri dulu sebelum nak buat!" "Banyak masa ko korbankan untuk benda tu sampai abaikan tugasan"

hebatnya kuasa tapak tangan yang hinggap di pipi segebu preity zinta ini menyebabkan impian aku terus lari menyembunyi dengan langkah seribu. aku diseret. aku diheret. aku digenggam tidak dibebaskan agar aku tidak lagi ke komuniti itu. hubungan aku dan komuniti diputuskan dengan memisahkan telefon jauh dari aku. rampasan hak berlaku depan mata aku. tapi adakah aku akan label mereka berlaku kejam terhadap diri aku? mengapa mereka melakukan demikian? hilang akalkah mereka? bencikah mereka pada aku?

t.i.d.a.k!

mereka sayang akulah mereka peduli akan apa terjadi. tika itu aku merasai diri seperti adunan kek yang dibentuk oleh acuan. merasai seperti bola yang dibaling sesuka hati. tekanan hanya aku rasa. perasaaan itu hanya aku yang alami. jangan curahkan simpati kerana aku perlu bangkit bergaya dengan harga diri.

ya! master aku prioriti. pendidikan aku jati diri dan kejayaan aku maruah keluarga sendiri. maka aku korbankan aset yang dicari dengan dilindungi oleh dua sahabat ini agar orang komuniti tidak lagi mencari.

tidak pernah aku terfikir untuk menghilangkan diri tapi ini semua berlaku dengan drastik.

aku memilih sahabat bertiga dengan prioriti pada pendidikan. komuniti itu mungkin kelak aku kembali.... mungkin. mungkin. mungkin. namun hakikatnya komuniti itu mengajar aku keyakinan diri mendepani ujian dan tak usah goyah dengan halangan dan sekarang aku rindu akan mereka dan rindu akan orang di sana.

mungkinkah aku akan pergi lagi sekali?

Wednesday, June 19, 2013

privacy

4 yang simbah cat
not everything we gonna share with people. most of them not understand our feeling. we can expressed our feeling but when we show the feeling to people they will judge us and said what the hell she's doing?

public still public. you said you don't care others judgement but you should keep your story private. that's the point!

siapa aku?

4 yang simbah cat
ke mana aku pergi, aku dicari
ke mana aku lari, aku dikejar
tanpa henti
ke mana harus aku mengadu
agar yang membaca
tidak mengenali
siapa aku.

persoalan..
siapa aku untuk dicari
siapa aku untuk dikejar
siapa aku untuk dikenali

maka usah peduli.

"jual ikannya kamu ini tidak hirau keliling!"

Tuesday, June 18, 2013

bintang

5 yang simbah cat
tak semua dikhabarkan
tak semua dicanangkan
tak semua ditipu
tapi semuanya berlaku

bertemu sekejap
bertegur sebentar
namun terkesan

ingin bertemu
mustahil berlaku

aku manusia di bumi
engkau Rayyan di bintang

benar, jangan ada benci ketika bertemu, ia bertukar bila berjauhan.


Monday, June 17, 2013

jatuh dan bangkit!

3 yang simbah cat
mereka yang berjaya semuanya pernah jatuh dan luka. walaupun jatuh, mereka tidak duduk di tempat jatuh dengan lama kerana itu tidak mengubah apa-apa melainkan mereka jatuh dan cepat-cepat bangun semula dan mereka semakin mengerti bagaimana untuk berhati-hati agar tidak jatuh lagi pada perjalanan menuju kejayaan seterusnya.

jadi, jangan jatuh lama-lama, bangun ubati luka dan teruskan hidup. 

ayuh!

Sunday, June 16, 2013

ayu sangat

6 yang simbah cat
teks tiada ekspresi yang dapat menggambarkan mimik muka tapi teks akan punya perasaan kalau menulis dari hati. jujurnya aku semakin berterus terang berbanding dulu. bila bercakap, bila berchat aku tak ada itonasi dan mengayat dengan "hehe" "huhu" "haha". untuk seorang perempuan, bila direct macam ni kadang-kala disalah erti dengan anggapan "eh garangnya minah ni". "bapak ah tegas". tegas tak tegas. aku masih wanita ayu kah kah kah.

Saturday, June 15, 2013

copyright

6 yang simbah cat
awal blogging memang aku punya semangat macam ombak besar yang mahu menelan pantai. aku menulis dengan gembira. menulis kerana mereka. sekarang dan kini aku tak peduli orang kerana aku menulis untuk aku. perubahan dari segi penulisan memang banyak merubah dari penulisan hiburan lebih kepada semakin peribadi. bila aku banyak menulis untuk menghibur banyak gambar aku letak. dulu tak fikir habis-habisan untuk meletak gambar sendiri. tak fikir panjang sebab akibat, dan kini aku rasa kesal. sebab utamanya aku tak mahu diketahui identiti. tak boleh salahkan pihak yang mengambil tapi salahkan yang memuat naik, yeah, salah aku. hampir kebanyakan entri lama aku hapus terus masuk dalam tong sampah.

jika dulu menulis untuk menggembirakan mereka, kini aku tulis untuk meluahkan rasa sedih aku. rasa gembira? aku tidak kongsi kerana kegembiraan tidak dapat aku gambar kerana senyuman itu tulus. kesedihan aku tulis agar satu tahap yang tepu aku private teus blog untuk diri sendiri.

Friday, June 14, 2013

penilaian manusia

2 yang simbah cat
buah yang tidak elok sentiasa dibuang terus tanpa siapa pun melihat isinya terlebih dahulu. tanpa fikir, tanpa selidik ia ibarat dipulau, dihalau. namun pernahkan sesiapa memikirkan mengapa dan apakah punca menyebabkan terjadinya busuk, tidak elok dan berulat? ya, jarang. jarang yang mencari punca kepada proses penyebab buah itu menjadi busuk dan tidak elok. mereka lebih menilai luaran. menilai apa yang dilihat. mata ditipu akan faktor luaran. begitulah manusia. melihat fizikal. tidak melihat luaran. mengapa? kerana mata adalah luar. tapi mata hati adalah dalam. jadi, sedikit cuma yang mengguna mata hati untuk menilai manusia lain. itulah terhadnya manusia. itulah limitasinya manusia. Yang Maha Agung adalah Penciptanya yang Mengetahui segala seinci perkara tanpa terlepas dari pengetahuan dan pandangan Allah. maka, apakah manusia berhak menilai manusia? cernakan minda anda.



galau

3 yang simbah cat
apa yang melemahkan diri?
gagal dalam mengawal perasaan.

perasaan yang bagaimana?
g a l a u

Wednesday, June 12, 2013

korban II

3 yang simbah cat
ibu sanggup bangun seawal jam 4 pagi untuk sesuap nasi anak-anaknya dengan mengorbankan tidurnya menjadi sedikit di usia yang setengah abad, bangun pada dinihari memanaskan api dapur demi bahagia kamu,
apa kamu masih lena di baringan dan bergoyang kaki?

korban

1 yang simbah cat
kenapa kamu takut?

aku nampak kelesaan aku sebelum ini telah berubah.
aku nampak ketenangan aku sebelum ini telah berubah.
namun,
aku nampak masa aku mula ada, tapi aku perlu berkorban.

maka apa lagi yang kamu takut?
aku gentar sekali hilang sahabat yang aku sayang.





Sunday, May 26, 2013

melangkahlah untuk bahagia

4 yang simbah cat
pernah satu tahap buntu sangat sehingga tiada ayat mampu menjelaskan kebuntuan
pernah satu tahap sedih sangat sehingga tiada ayat mampu menjelaskan kesedihan
pernah satu tahap marah sangat sehingga tiada ayat mampu menjelaskan kemarahan
pernah satu tahap benci sangat sehingga tiada ayat mampu menjelaskan kebencian

dan apabila tiba di satu peringkat yang mampu menilai apa yang berlaku
semua tahap yang telah dilalui membuat kamu lebih menghargai kebahagian
semua tahap yang telah dilalui membuat kamu lebih menghargai kegembiraan

hidup, benar adalah sekali
tapi, benarkan ia diperharui setiap hari

Allah Maha Mengetahui
Dia punya perancangan yang lebih baik buat kamu
Kini, melangkah untuk bertemu.


Saturday, April 27, 2013

5 yang simbah cat
sungguh aku takut membaca dan bercerita perihal kau. malam mi aku gagahkan diri. aku kuatkan hati. aku azamkan tiada titis air mata pun jatuh.

aku baca tentang kau. aku terlalu rindu. dan aku pacahkan air mata menjadi lebih halus dengan air jernih mengalir akhirnya.

kau sudah temu pengganti.

aku tidak mampu bersuara. aku tidak mampu meneruskan bacaan.

kau sudah temui pengganti.

aku henti sampai di sini.
jariku sudah kaku untuk menaip dan mengenangkan kau.

Tuesday, April 23, 2013

kehilanganmu berat bagiku

2 yang simbah cat

tidak mampu sesiapa menafi kemahuan hidup adalah perlu berkongsi. perlu berkasih. perlu menyayangi. sayangi keluarga tunjang bahagia dalaman luaran kerana dari keluarga kita dibesarkan sebelum menempuh laluan hidup dengan keluarga jodoh pasangan.

masa berlalu. kenangan berlalu. semalam sejarah. hari ini realiti. esok belum pasti tapi keyakinan harus ada agar menguatkan hati mendepani segala ujian.

kasih mana tidak diuji. perginya seseorang pasti perit. pasangan boleh dicari. kalau ahli keluarga sendiri? air mata boleh dihapus. sedih hati, sendiri mengerti.

nenek pergi dengan tenang. perginya memberi tamparan buat atuk. semestinya. itu pasti. hati mana tidak pecah apabila orang yang hidup bersama selama 70 tahun telah tiada. baru bersama tiga tahun dan berpisah pun hati sudah renyuk dendam, ini suami isteri yang berkasih sayang selama 70 tahun lalui pahit maung bersama telah tiada, seperti separuh nyawa hilang. Allah. hanya merasai benar-benar mengerti erti sayang abadi.

Al-Fatihah buat arwah nenek. Siti Aminah Awang.

16 Sept 2013

Tuesday, April 16, 2013

Maisarah

3 yang simbah cat
katanya jika punya anak dia akan berikan nama Maisarah. comel katanya nama itu.

petang ini aku terkenang mimpi dulu.

aku doa dia setiap anak kecil yang aku temui dengan nama Maisarah, akan aku kucup dahinya. tanda kita pernah bersua dahulu.

Tuesday, April 9, 2013

Ujian

5 yang simbah cat
8.04.13

pagi.
tengah hari.
petang.
malam.

aku merasa benar aku diuji hari ini.
tiada tangis nak dialir. benar tiada.
perasaan tiada untuk belas dengan kejadian.
tangis aku untuk memohon keampunNya akan dosa silam.

Monday, March 25, 2013

Melaka I

7 yang simbah cat
ke bandar Melaka di bawa hati,
bersama sekeping harapan;
mahu diusung segunung hati,
bimbang berkecai tanpa alasan.

eh pantun hati remaja la pulak. patutnya pantun hepi dapat jumpa 'kawan-kawan' di Zoo Melaka hi hi hi.

serius Melaka tempat paling bes yang buat aku jatuh cinta lagi! lulz

sebab orangnya atau tempatnya ahaks.

Sunday, March 24, 2013

majlis kawen acap & kak dayah

5 yang simbah cat
aku teruja sangat semalam. teruja yang hanya aku rasa bila aku jumpa dengan diorang ni!

he's in my pic

Tuesday, March 5, 2013

untung berisi

12 yang simbah cat
tahu tak orang berisi ni sangat beruntung. kestabilan dia merempit di jalan adalah tinggi berbanding orang yang kering macam aku. seriusli.

lori berdesup lalu pun dia masih lagi dalam keadaan rilek, tapi yang kering macam aku time tu memang gelabah biawak. helmet mula terasa bergoyang ke kiri sampai tengkuk terasa sedikit kiat.

cuma untungnya yang kering macam aku ni ialah mereka sentiasa diberi peluang jadi pembonceng agar 'keselamatan" di jalanan dijaga oleh yang berisi.

maka kurus ke, kering ke, berisi ke, sihat ke, comel ke, tembam ke kita saling melengkapi.

jangan gaduh-gaduh. jangan diet-diet. teruskan makan. usah tertekan.

*aku g pasa malam beli kerangka ayam jap



Monday, March 4, 2013

malam

7 yang simbah cat
aku berjalan-jalan. menikmati malam. indahnya langit. indahnya kelam. dalam kegelapan. ada ketenangan.

lalu aku tercium. haruman perfume. menusuk hidung. ingatan aku kembali. pada kisah lalu.

kisah malam. kisah aku. dan kisah kami dua. dan yang ketiga adalah dia.

hanya seketika. lekas aku hapuskan angan. agar tidak terus berangan. dalam realiti hidup. penuh tendangan.

malam. di atas motor. di atas jalan.

aku senyum. angin berlalu. kenderaan menderu. aku tahu. dulu palsu. kita tiada satu. tapi kenangan padu.

Tuesday, February 19, 2013

azman baru 2013

5 yang simbah cat
aku dan tikus memang berpisah jangan! aku pun tak tahu apakah hubungan kami yang mesra ini akan meninggalkan bekas cemburu pada mereka di luar sana. ahh semestinya tiada yang cemburu. aku nak cerita pasal kisah tikus yang terbaru pun dah naik jelak. mual.

jadi aku ingat nak cerita kisah aku. fikir-fikir kisah aku kurang menarik. jadi ada baiknya aku tamatkan sahaja entri bosan setakat ini.

upssss, aku sekarang mood nak join contest. he he he. sapa-sapa ada contest boleh share link.

inilah entri yang paling bermoral aku tulis.

salam 2013.


Tuesday, January 15, 2013

epal bentuknya hati

4 yang simbah cat
semalam aku kata pada aizat,

"kau ada epal kan. bagi aku satu"

dia diam. hanya hulur satu pada aku.

lalu pelan-pelan aku keluarkan sesuatu dari dalam beg sandang,

"nah, ni epal aku. kita tukar".

sekarang aku satu epal dan kau pun satu epal.

dia masih diam. aku terus bersuara,

"pergi la balik"

lalu dia bersuara,
"aku tengah makan epal ni. macam hati bentuknya"

aku hanya membalas,
"ya, itulah aku sedang lalui. hanya makan hati dengan kebisuan kamu"



20:03 15 Jan 2013

Sunday, January 13, 2013

nak berangan, ada caranya

7 yang simbah cat
hujan memberi inspirasi untuk saya menulis. memberi ilham kepada saya  hidup di ruang fantasi walau seketika. fantasi itu bukan khayal untuk melalaikan. tetapi memberi ruang untuk kita mencipta dimensi suatu hari nanti kita akan ke sana.

fantasikan mahu berkasih dengan brad bitt? ah jangan begitu. itu memang hipokrit. kemungkinan berlaku mustahil. terlalu tinggi angan memusnahkan harapan. cipta harapan, maka ciptakan matlamat.

contohnya matlamat kalian untuk dapatkan saya. ahaks.

okay tidak!

contoh sebenar, angan mahu kereta kuda (Ferari), sekarang boleh mula angan-angan. sudah 6 saat, stop! dah berangan naik kuda bukan? maka L U K I S atau gambarkan K U D A ferari tadi.

kenapa saya suruh lukis? kenapa saya suruh gambarkan?

kerana visual lebih cepat ingat dan bermotivasi dari teks! (Yang et al., 2009)

mahu lihat angan saya sebentar tadi?

nah.

remove picture

nampak tak betapa vakum dan kosongnya ruang sekekeliling hingga tiada pokok dan pelangi menghiasi. hanya kami! itulah angan! ahaks.

ah tapi kenapa saya kurus melidi ni? mana pergi kereta kuda yang diangan tadi.

kereta kuda dah bertukar jadi L A B U.

he he he

Monday, January 7, 2013

doa hati

3 yang simbah cat
aku bukan teman yang baik
ingat akan kamu tapi tidak mengirim kabar berita

aku bukan kekasih yang baik
rindu akan kamu tapi tidak hulur bicara hati

aku bukan kakak yang baik
tidak menunjuk prihatin tapi sekadar hadiah dan menyuruh kamu belajar

aku bukan adik yang baik
mahu berbual rapat tapi hanya diam bila berkumpul ramai

hanya aku mahu jadi anak yang baik walaupun aku tidak pernah suarakan perasaan pada kedua ibu ayah, namun doa aku panjat agar Allah mendengar terus dari hati aku yang tiada pernah seorang insan dunia memahami.

0.41am
7 jan 2013

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template