Tuesday, April 23, 2013

kehilanganmu berat bagiku


tidak mampu sesiapa menafi kemahuan hidup adalah perlu berkongsi. perlu berkasih. perlu menyayangi. sayangi keluarga tunjang bahagia dalaman luaran kerana dari keluarga kita dibesarkan sebelum menempuh laluan hidup dengan keluarga jodoh pasangan.

masa berlalu. kenangan berlalu. semalam sejarah. hari ini realiti. esok belum pasti tapi keyakinan harus ada agar menguatkan hati mendepani segala ujian.

kasih mana tidak diuji. perginya seseorang pasti perit. pasangan boleh dicari. kalau ahli keluarga sendiri? air mata boleh dihapus. sedih hati, sendiri mengerti.

nenek pergi dengan tenang. perginya memberi tamparan buat atuk. semestinya. itu pasti. hati mana tidak pecah apabila orang yang hidup bersama selama 70 tahun telah tiada. baru bersama tiga tahun dan berpisah pun hati sudah renyuk dendam, ini suami isteri yang berkasih sayang selama 70 tahun lalui pahit maung bersama telah tiada, seperti separuh nyawa hilang. Allah. hanya merasai benar-benar mengerti erti sayang abadi.

Al-Fatihah buat arwah nenek. Siti Aminah Awang.

16 Sept 2013

2 yang simbah cat:

dill said...

semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Ameen.

dill.

mama said...

Al-Fatihah..semuga arwah nenek ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template