Thursday, June 20, 2013

em el em

setiap tindakan yang kita lakukan tidak semuanya benar pada mata orang walau pada akal kita ia benar. hanya mereka yang merasai dan melalui sendiri tahu menilai benar salah, baik buruk.

tersilap langkah dalam percaturan hidup bukan bermakna tamatnya perjalanan. perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. langkah pertama manakah yang sempurna tanpa pincang? hey kawan-kawan! ini dunia. tempat ujian. bukan syurga tempat ganjaran setelah berjaya dalam ujian.

aku berkesempatan bersama dengan satu komuniti hampir dua minggu sahaja. aku merasai apa yang tidak pernah aku rasai selama ini. aku melalui apa yang tidak pernah aku lalui selama ini. aku seronok sebenarnya bersama mereka kerana aku banyak belajar tentang masa depan, perancangan hidup, impian dan duduk bangunnya seseorang dari bawah sehingga ke atas. ya! hampir semuanya positif mengenai hidup.

sayangnya impian disedarkan dan langkah disekat dengan satu tamparan hebat oleh dua lagi sahabat aku yang sentiasa bersama susah senang dalam mengharungi madu hempedu bergelar pelajar master. mereka menyatakan apa aku buat, apa aku lakukan ini adalah tidak tepat masanya, tidak kena caranya, tidak betul kaedahnya. "Ini em el em (M.L.M)!" jerit seorang dari dua sahabat tersebut "Apa yang ko buat ni salah, Rain!" "Cermin diri dulu sebelum nak buat!" "Banyak masa ko korbankan untuk benda tu sampai abaikan tugasan"

hebatnya kuasa tapak tangan yang hinggap di pipi segebu preity zinta ini menyebabkan impian aku terus lari menyembunyi dengan langkah seribu. aku diseret. aku diheret. aku digenggam tidak dibebaskan agar aku tidak lagi ke komuniti itu. hubungan aku dan komuniti diputuskan dengan memisahkan telefon jauh dari aku. rampasan hak berlaku depan mata aku. tapi adakah aku akan label mereka berlaku kejam terhadap diri aku? mengapa mereka melakukan demikian? hilang akalkah mereka? bencikah mereka pada aku?

t.i.d.a.k!

mereka sayang akulah mereka peduli akan apa terjadi. tika itu aku merasai diri seperti adunan kek yang dibentuk oleh acuan. merasai seperti bola yang dibaling sesuka hati. tekanan hanya aku rasa. perasaaan itu hanya aku yang alami. jangan curahkan simpati kerana aku perlu bangkit bergaya dengan harga diri.

ya! master aku prioriti. pendidikan aku jati diri dan kejayaan aku maruah keluarga sendiri. maka aku korbankan aset yang dicari dengan dilindungi oleh dua sahabat ini agar orang komuniti tidak lagi mencari.

tidak pernah aku terfikir untuk menghilangkan diri tapi ini semua berlaku dengan drastik.

aku memilih sahabat bertiga dengan prioriti pada pendidikan. komuniti itu mungkin kelak aku kembali.... mungkin. mungkin. mungkin. namun hakikatnya komuniti itu mengajar aku keyakinan diri mendepani ujian dan tak usah goyah dengan halangan dan sekarang aku rindu akan mereka dan rindu akan orang di sana.

mungkinkah aku akan pergi lagi sekali?

8 yang simbah cat:

missShila Nget said...

untung kau punya kawan yg menyayangi..

hargai mereka..!

Lydia Miza said...

Susah nk dpt kwn camtu

Asrul "iLham" Sany said...

Cam baca kispen lak hehe

Tukang Karut said...

sila jauhkan diri dari mlm...sekian...

Rain said...

MLM tak salah, yang salah orang yang menyalahguna dan tak memahami MLM sebenar.

ada yang berjaya dan ada yang gagal. mengapa perlu lihat gagal kalau mampu untuk berjaya.

tapi! komitmen berterusan itu yang tak semua orang mampu lakukan untuk capai tahap jayanya dia dalam MLM.

take the positive values :)

dill said...

buat masa ni, utamakan pelajaran dulu. nanti kalau dah habis belajar & ada kewangan kukuh, tak salah mencuba. cuma pastikan ia berlandaskan yang betul

dill.

a.samad jaafar said...

assalamualaikum..
catatan yang menarik..sy cuba memahami pada setiap kata..

MLM.. sy pernah terlibat beberapa kali malah berpangkat pun.. sygnya, tiada yang kekal pada saya..kadang2 terasa seperti diperalatkan..kadang2 terdapat elemen penindasan.. akhirnya sy berhenti..bukan kerana sy gagal..mungkin..tetapi lebih kepada perasaan berasa bersalah kepada mereka yg mengeluarkan modal tp gagal meneruskannya.. dan sy pula gagal membantu..agaknya sy pesimis..apa2 pun ini hanya pandangan peribadi..dan pandangan ini berasaskan pengalaman yang panjang..juga keikhlasan..

bye Rain..hihihi

teh ramuan said...

tak suka mlm
selamanya...

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template