Sunday, August 7, 2011

sayang jainab

Label : kena bersabar membaca...

berkali-kali Jainab berpusing-pusing di depan cermin besar. lima enam tujuh sembilan... sembilan kali! pun masih belum puas hati. ditatapnya dari atas dahinya sehingga buku lali, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan 'penggayaan sakannya' petang itu.


okey la ni, dah cukup shantik hapa? Jainab bersoal dan berjawab sendiri. memang sebelum ini aku dah shantik, memanglah. Jainab berbangga. pun sendiri.


selama ini pun Jainab acap benar mendengar puji-pujian tentang dirinya. di stesen el-ar-T. dalam train. di pejabat. malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu padanya. Jainab tahu itu. Jainab faham itu. Jainab senang begitu!

cuma mujurlah Jainab tidak mudah cair dengan segala puji-pujian murahan begitu. barang baik mesti berharga tinggi. itu kena jaga. begitu pegangan Jainab. dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Jainab bolayan terus. ape kless diorang itu?

namun setelah kehadiran Tom Keris sepejabat dengannya, pegangan hidup Jainab mulai goyah. second bossnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. dulu dia payah memberikan senyum kepada sorang lelaki, tetapi kepada Tom keris sengihnya melebar nampak gusi. keramahan sapaan Jainab kepada Tom Keris terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yang lain. Tapi Jainab tak peduli itu semua. targetnya hanya satu, Tom Keris!

katalah apa orang nak kata. perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Jainab buat selamba aje. selamba dog! pada Jainab, dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tom Keris jugak bertepuk dengan dia. cuma tepuk Tom Keris ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. itu pun sangat-sangat Jainab pasti!

"malam ni you pree tak? kalau boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama Jainab ternanti-nantikan pelawaan sebegitu. pelawaan dari Tom Keris yang selama ini tak pernah lepas dari benak Jainab. bagaimana mesti Jainab jawab, kalau tidak anggukan saja yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan.


lalu di situlah kemuncaknya. dua jam sebelum jam lapan malam seperti mana yang dipersetujui bersama, Jainab bersiap habis. dadanya tak berhenti-henti dug dag dug dog menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Tom keris! Tom Keris! berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Jainab.

dan apabila deru kereta Tom keris memasuki laman rumah sewanya, Jainab laju menuju ke pintu. semuanya menepati seperti rencana asal. Tom Keris tersengih segak menanti, sedang Jainab terburu-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. apa pun yang paling ketara ketika itu, senyum Jainab terlalu lebar senasa menutup pintu kereta Tom Keris.

cuma sayang senyum itu tidak kekal lama. hanya sekitar satu jam tiga belas minit lima saat kemudian, bibir yang menguntum senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya. wajah Jainab cukup kelat, dan sewaktu hempasan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Jainab tidak menoleh ke belakang lagi. deru kereta Tom Keris yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinganya.

berkali-kali Jainab berpusing-pusing di depan cermin besar. lima enam tujuh sembilan... sembilan kali! dan semakin ditatapnya wajah di cermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Tom Keris di telinga..

"you memang lawa. bodi pun best. I minat gila kat you... cuma yang I kurang gemar.. bulu hidung you terkeluar. Geli! " pelan-pelan Jainab meraba hidungnya...

Moral : mana ada manusia yang sempurna? jangan biarkan bulu hidung anda panjang! 

cerita asal : diolah semula oleh rainbow cloudy. hak cipta bukan milik rain.

40 yang simbah cat:

intan.maisarah said...

laju laju raba hidung
haha

Rain said...

awai gila!!

*rain tak habis update, dh komen.

tahniah sara, hidung makin comel!
haha

intan.maisarah said...

kebetulan lalu,
singgah laa

Terbelog said...

bulu idung je pun'
blh terima lg huhu

~bUih-bUih ciNta~ said...

hahaha..aduiii,:D

Cik Gee said...

lahhh camtu punyer org pon ade ke? haishhh!

Aku Afzal said...

hahaha.tu simpan bulu idong nak buat tocang tu.hahaha

HAZWAN17 said...

comel ape bulu hidung panjang hahaha

a.samad jaafar said...

adeihhh.. tolong la cabut! bukan susah beno pun.. hihihi..alahai Tom Keris.. adik Tom Parang ye Rain hahaha..

n3 terbaru saya kebetulan guna nama Jenab.. kebetulan pulak..

gnesop.com said...

huhuhu... geli gak

Belalang Hijau said...

ternak bulu idung la best...rasa cam kaya gitu...ngee

Afuan Shah said...

macam kompom ja jainab ni pengotor...eyuuu~

khairul said...

bulu hidong punya pasal stim..hahaha

zures said...

hahaha satu peringatan...jangan biarkan bulu hidung terjulur keluar....tak selesa mata memandang wehhh

cik pha said...

hahhaha nasib bek takpernah pnjng HAHAHAHA

Rain said...

@SARA -> lalu, melintas tak ?
ngee~.~


@TERBELOG -> tapi bagi seorang perempuan kurang sopan rasanya..

:)

@BUIH-BIUH CINTA -> teruk kan? hee..


@CIK GEE -> tuku ke laki ke perempuan?
kalu kena tegur direct mcm tu, agak sentap n memalukan..

JIJI YU said...

aku nak gi gunting jap

caliph shuriken said...

owh jenab ni laa yer citer kt comment sana tu, hukk...

Rain said...

@AFZAL -> kucing tgk pun lari.. eeuuw..

:D



@HAZWAN -> haha. xnak kawan!


@A.SAMAD JAAFAR -> meh rain tlg cabutkan guna playar.

hehe .. Tom Keris tu sepupu TOM CRUISE

Rain said...

@GNESOP -> tak lalu makan kalau teringat


@BELALANG -> haha. belalang ni kan, mmg kcao betei.. buat ah bisnes bulu hidung.. . rain kira akaun duit belalang ;D


@AFUAN SHAH -> dia bajet tu.. dok bergaya sgt smp xperasan 'benda alah' duk jengoi!


@KHAIRUL -> ni aku pelik? stim kot mana haha..

pss : hati hati

Rain said...

@ZURES -> sambil tgk smbil muntah..

ilang nafsu mkn wooo.


@CIK PHA -> haha.. potong potong..


@JIJI YU -> auuw.. . gunting ada ke tak tu?


@CALIPH -> haha! sori bro.. mencelah sikit2 ;D

Wanie said...

huhu..kerane bulu hidung direject?

muse said...

hehe lelaki ni memang sensitif bab2 macam ni nasibbaik bukan sebab mulut berbau kan...

Tukang Karut said...

lupa nak servis hidung la tu agaknya...

tehr said...

alamak!
memang jatuh merudum la saham

kak ina kl said...

salam dan selamat berpuasa

nasib baik bulu hidung kalau bulu ke...ti..a.. lagi haru

Asrul "iLham" Sany said...

cute story...

;D

amir aizat said...

pagi2 tgk cermin lu,hehe

apek poyo said...

hahahaha...korang semuo patut kono bersyukur...
sobab bulu hidung ni lah korang sihat..
kalau tak segala mcm habuk dan bau tak bole di tapis..kan penyakit tu...
hehehe

syrupmasin said...

kalu bulu hidung sampai ke tanah dikire panjang jugak??

RerameUngu said...

kahkahkah..kengkadang benda2 mcm tu la tak diberi perhatian sngt..kan..termasuk la ngan jari kaki dan kaki keseluruhannya..hehehe

Izzaty Ishak said...

Wahaha! Best gilaaa cerita ni ;)

アヌム ちゃん said...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa.

Sudi2 la singgah baca entri terbaru frommetoyou :)

Rain said...

@WANIE -> alasan untuk menolak seorang perempuan... ah kejam!


@MUSE -> nk buat pewangi mulut dari petai... heh, bagi 'evergreen'



@TUKANG KARUT -> tu laa, yang kening, bibir gincu sume leh lak service.. isk.. terlepas pandang

Rain said...

@TEHR -> jatuh yang tak bangun bangun.. malu malu!

:D :D


@KAK INA KL -> salam buat akak, selamat berpuasa ..
terima kasih :)

kalau yang tu, lagi lebat lah agaknya malu dia ngee~

*tak nak imagine. ;D


@ASRUL -> bukan sepenuhnya citer asal dari rain. rain olah balik.
creadit to UJANG.

Rain said...

@AIZAT -> rain tgk petang2, maklum ah, kita tak hensem, comey ja. kehkehkeh

*ooh, knp gedik ni??




@APEK -> haha, ko sorang je sokong bulu hidung nih, aku tabik spring!

mmg ada fungsi bulu hidung ni, kalau berlebihan leh seksa pandangan!
kalau habuk lebih, byk T... * mls sambung, kang tak de selera mkn ;D

Rain said...

@SYRUP -> pendek bagi dia!
rain rasa dia confius jenis2 bulu la, tak dapat beza misai dan bulu hidung. tapi bulu roma manusia tak panjang sangat kan? ada had pertumbuhan

;D


@RERAMA -> agak laa.. perempuan lebih kepada muka, lelaki lebih kepada body? betol kah?


@IZZATY -> :) ada moral, jangan biarkan bulu hidung berjela jela panjang, dan jangan korek hidung time pose ..he


@JAPAN -> tq for drop by :)

YOUsoF said...

Baru nak bagi nasihat untuk Tom Keris tiba² ending cerita ni sangat CUN lah! Lepas ni mesti ramai para wanita belek hidung sebelum keluar rumah.. ;D

Rain said...

@YOUSOF -> haha! rain org 1st belek hidung, bukan pe, kasi mancung sikit dari biasa ..ahaks

Zul Fattah said...

layann...

http://zulfattah.blogspot.com/

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template