Tuesday, August 2, 2011

hakikat : wanita lebih banyak bercakap

label : serius weeii

selalunya kita lihat wanita lebih banyak bercakap
berbanding lelaki.
bercakap tanpa henti.
tiada noktah apatah lagi
koma dan titik bertindih.



sambil tengok TV sempat lagi memberi komen dan mengambil alih tempat sebagai 'pengarah tak bertauliah'.
baru sahaja balik dari kerja boleh pulak menceceh dengan kawan baik yang satu ofis.
bergayut dan bergosip sampai berbuih air liur.

ini kerana wanita cenderung bercakap untuk melepaskan beban masalahnya kepada orang lain,
bukan mahu mencari penyelesaian mahu pun rumusan terhadap masalah itu.
hakikatnya memang begitu otak wanita bekerja sehinggakan jika ada lelaki yang suka bercakap dan bergosip, orang akan segera menegur dan melabel 'hey hang ni macam perempuanlah'.

menurut pakar, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus contohnya,
apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan.
otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan.

berbanding otak lelaki mampu mengenepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat.
mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan.
masalah boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain. 

jadi wanita tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengenepikan masalah adalah dengan cara bercakap tentang masalah tersebut.

KELEBIHAN

banyak bercakap ini punya kelebihannya tersendiri. wanita selalunya menggunakan peluang bercakap untuk membina hubungan dan berkenalan.
sambil memasak pun boleh menyanyi lagu jiwang, tentu sekali ada kelebihannya.
paling jelas, wanita berupaya melakukan banyak perkara dalam satu masa. membasuh, memasak dna menonton TV mampu dilakukan serentak!
buktinya aku sendiri. hihi.

tapi agak semputlah berbanding memasak sambil bergosip!


sempena bulan ramadan yang penuh barakah ni,
kurangkanlah bercakap benda yang kurang perlu,
tidak kira wanita mahupun lelaki.
berzikir, bertadarus al-quran jauh lebih baik.
kutip bekalan dikesempatan kita masih bernyawa ni,
ajal maut kita tiada yang tahu bila akan sampai...
yang kekal adalah akhirat.
jangan lalai dengan kesenangan sementara di dunia ..


sumber dan idea asal : KUCING JANTAN - Si Belang (UTUSAN)

36 yang simbah cat:

Rain said...

hoho.. bila bc balik, ending mcm agak tergantung..

hu, selalu begitu :(

Afuan Shah said...

salam awak...

betul2..perempuan perlukan seseorang atau sesuatu untuk meluahkan..sebab tu ramai blogger pempuan buat diari dlm bentuk blog..tapi kena la ada batasnya kan..

selamat berpuasa..teruskan berkarya ;)

abah khalisha said...

abah lebih byk bercakap compare ngan wife..hehehe

Belalang hijau Perisik said...

"sambil memasak pun boleh menyanyi lagu jiwang, tentu sekali ada kelebihannya."

-kelebihannya nanti dapat kawen dgn laki tua... keh keh keh...

SN said...

lelaki confirm tak ckp sebanyak perempuan. tapi perempuan mungkin jugak x bnyk ckp...mcm saye.heeeee

ghost said...

tuh yang aku kurangkan bercakap dalam ramadhan nih..kang tak pasal-pasal aku kena label 'perempuan' lak..

perempuan kalau dah bercakap,yang lelaki kena bagi laluan.

Unknown said...

bakal ibu kan,huhu

Khaisya said...

hehe..senaman mulut..menegangkan pipi..mengurangkan kedutan..hehehe..

selamat berpuasa ya.. :)

Acid+ said...

Off topic.
Puasa ni Rse malas nak bercakap nak minum je.. :P

On topic.
Girl mmg byk cakap pun..kadang2 bising d buatnye..tp biler senyap rindu pulak Heee

L said...

dtg sini nk engtkan pose jgn xpose..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/halwa-telinga.html

Rain said...

@AFUAN SHAH -> luah kat seseorang nnt dikatakan jemu, membosankan.. . sikit2 luah masalah peribadi..

bila luah dlm blog, dikatakan poyo, syok sendiri.. sikit2 hal peribadi.
tambah2 perempuan yang bercerita sal pakwe sendiri..

mmg manusia suka menghentam sesama sendiri. nak puaskan kehendak semua orang, mustahil..!


bersederhana sahaja dalam semua perkara

AHHHH, RAIN KUAT MEMBEBEL!! ceeett.

Rain said...

@ABAH KHALISHA -> he.. abah peramah! org peramah sesuai berniaga.. customer senang berurusan :D


@BELALANG -> takmo lyn belalang -.-
nakai


@TASYA -> perempuan murainya lebih agaknya.. . he.
perempuan yang pandai membawa diri lebih dihormati..

*pendiam di rumah

intan.maisarah said...

<---- banyak diam.

diam
diam
diam

bila dah penuh
cakap tak henti henti

~.~

YouSOF said...

Tak perlu tunggu bulan ramadhan pun kita boleh kurangkan bercakap.. memang itu lebih baik kan Rain?





Psst - stiker dah sampai ka belum? (just nak tau)

a.samad jaafar said...

kali pertama datang dan terus terpikat dgn n3 ini..

tapi pada saya lelaki perempuan lebih kurang sama je.. ada yg kuat membebel ada plk yg berat mulut.. err.. saya yg di tengah2...hihihi..

saya follow sini rain..

Syuhada said...

pmpuan xpa..laki cm pelik je nengok.hekhek

Pyka Rahmat said...

kalau lelaki banyak cakap tu mungkin hormon keibuan dia lebih kot? haha

Dila Sarbini said...

hohoho..bergntung pd situasia gak la..kdg2 byk gak ckp..kdg2 dak..

Cikya said...

Rain, usahkan bercakap, nak menyanyi pom kena fikir dua-3 kali..
huu...
banyakkan berzikir.. :)

Rain said...

@GHOST -> haha.. bulan lain pun kalau lelaki membebel kena cop mohor 'murai' gak..

tak pun 'kau ni mcm mak neneklah'..
betol kan?
;D



@AIZAT -> haha! ni tanya rain ke?
tak, buat masa terdekat


@KHAIRUL ANTASYA -> senam dengan senyuman berganda pahala dan sihat.. otot muka pun kuat :) :)

manis gitu..

Rain said...

@ACID -> YEP, masa berbuka tu, minum air smp bila berjln dgr bunyi air..haha. pengalaman rain.


kebiasaan yg dilakukan, bila ada perubahan, akan rasa sesuatu tidak kena bukan?


@L -> :) tQ




@SARA -> tak terkata
*untuk wujud suasana diam sepi ..


sara unik ;D


@YOUSOF -> ye, setiap masa..
kurangkan bercakap benda yang kurang penting, kurang bermanfaat
:)


sent ke adress rumah? belum...
menunggu.

Asrul "iLham" Sany said...

dikala ini lelaki dan perempuan sesama byk cakap hahaha

penulis datang melawat, follow dan komen blog kamu...

thanks ya sebab datang melawat blog saya

;D

Mohd Hazwan said...

cakap menda-menda yang berfaedah je..
kalau yang sia-sia lebih baik diam dan banyakkan berzikir hehe

sud@is said...

tp rain lelaki pula suka berdendam sekali dia letop!!!!

ekabukanmakcikkau. said...

lah kau ni best kot pot pet pot pet cakap pasal laki jambu hensem bajet hensem macam kool haktuihhhhhhh . best wohhhhhhh

teha said...

biase laa tu kalu perempuan bnyk berckp... hahaha !

tehr said...

yang peliknya
kadang2 cakap perempuan mesti diberi perhatian 100%
kadang2 tak dengar pun tak apa
huhu memang pelik

Rain said...

@A.SAMAD JAAFAR -> saya tertarik dgn nama bro samad.. :D

ramah dan diam biar bertempat..
yg lebih dihormati ialah diam berisi..
diam yang berfikir.

perempuan pulak, berkomunikasi dan beramah untuk menjalinkan hubungan, sosial;
lelaki berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat..
(dari sumber yang dibaca)

ASSOYFINGER67 said...

banyak bercakap tak per..jangan bercakap2 tanpa henti..nnt orang kata..haha

YouSOF said...

Pelik la.. ramai yang dah dapat sebab dah lama kan...

tiefazatie said...

hee..ye ke..erm..ifa suka diam lg..haha

Rain said...

@MICHADA -> mmg 'mcm perempuanlah dia ni' haha


@PYKA -> penyayang lettew boifie dia hehe.. :D


@CANDY -> kdg2 ada koma, ada noktah.. jgn yg xda tanda baca dh la. jenuh tak berenti ckp ;D


@CIKYA -> HAHA.. menyanyi tu plg last rain akan buat. sumbang..

memuji Allah lebih baik . ye.. bykkan zikir

Rain said...

@ASRUL -> byk ngomel, diam saja baik.. ntt tak ada yg mendengar hehe..

nak folow bape kali daaa.. saje je kan..

;D


@HAZWAN -> yep itu lebih afdal :)


@SUDAIS -> lelaki dan bom.. perempuan dan jarum..

kedua2nya berbisa kalau tak kena gaya


@EKABUKANMAKCIKKAU -> benda plg tajam adalah lidah. tajamnya lebih dari sembilu dan pisau.

bila bergosip, rasa cool, tapi dosanya.. masyAllah

Rain said...

@TEHA -> sinonim. mmg terciptanya begitu..

@TEHR -> asalkan dia diberi peluang bercakap. tak mendengar tidak apa. dia sekadar meluah..

tapi rain suka bebel adik. huhu.. masam je muka diorang

ajax85 said...

kurang cakap lebih baik

muse said...

lelaki pun boleh buat banyak kerja pada satu masa tau contohnya saya muahahaha...

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template