Friday, May 11, 2012

usah kau ego di awan tinggi

episod Roller Coaster 

aku yakin aku suka mampu terbang di awan nan tinggi
aku yakin aku mampu jerit di langit dan ukir namamu di atas awan sana
aku yakin aku suka ketinggian
aku yakin aku suka cabaran

dan aku telah berjaya buktikan yang lafaz kata di atas adalah bohong!

adrenalin aku kemuncak hari ini. 11 mei 2012. sejarah tercipta. kenangan terukir. bersama teman aku mengorak langkah maju ke depan roller coaster dengan penuh keegoaan bagi mengota kata.

roda yang mula bergerak masih mampu membuat aku tersenyum sengeh bangga. dan...

aaaaaaaaaarghhhh!

gelap!
matikah aku?
innalilah jantung berhenti sesaat dua.


aaaaaaaaarghhhh!

dan kembali bernafas. alhamdullah.

"angah ok tak"

tiada reaksi

"angah ok tak"

hanya anggukan

"angah ok tak"

hanya langkah terhuyung hayang.

dan aku tumbang! -.-

hati aku berdoa ada putera yang datang memmbuat CPR.

sekian aktiviti yang aku habiskan pada hari ni. lots of fun!

22 yang simbah cat:

Faris Adli said...

Aku tak faham la post kau ni

Rain said...

haha. ni pasal roller coaster.
kalau ko ada tadi, comfirm faham nyer bila tgk muka comei aku pengsan -.-

Mawar Berduri said...

kalau aku nak naik roller coaster nanti. aku nak ada anuar zain tunggu aku kat bawah. senang dia nak bagi aku cpr.

Belalang hijau Perisik said...

huih, sampai pengsan2 naik roller coaster? pastu ada x putera yg dtg beri CPR? :P

APi said...

peh pengsan turun roller coaster..
kena bawak berubat ni..
eh

alien said...

pengsan pulak dia

Rain said...

mimpi sampai ke bintang tau kalu kena CPR haha..

tak pengsan, lembik lutut sikit.
sayangnya tak ramai jejaka ada masa turun tu, kalau tak aku landingkan badan dah kat lantai ekeke..

gnesop poseng said...

besnyer dapat main roller coaster yer..
pening sampai pengsan? tu yg x tahan.. x suka lepas tu pening2.. heheheh

Khairul Antasha said...

hehehe..kalau dapat dilihat lah bagaimana reaksi muka selepas naik roller coster tu alangkah indahnya..haha

amir aizat said...

okay muka comel pengsan.hehe

Tukang Karut said...

CPR??? Aku Nak!!!!!

Rain said...

waaah! dah jumpa org sudi..

hai TK. (cubaan ngorat yang akan gagal)


g cherating tak pm aku

YOUsoF said...

Aku suka cabaran! Dapat uji keberanian keberanian dan kemachoan.. ;D

Naik roller coaster memang terbaik lebih² masa dia slow² naik bukit paling tinggi lepastu bedesupp! (tips nak kurangkan takut atau elakkan pengsan - kena bukak mata, tengok dan gerakkan badan ikut laluan roller coaster tu).

tehr said...

Ruginya aku tak ada kat bawah tu
walau pun aku penakut dan gayat tapi kalau kat bawah aku tak kisah
hehe

Rain said...

hai abam ucop..

mekasih bagi tips.. adik try next year.. hihi. (aih kata xmo naik dah??)

Rain said...

TEHR kat bawah? apekah? hahaha. jgn nakal kata aliff aziz

Rain said...

Eh! silap. aliff satar baru betul.

ABU said...

wah berangan putera datang buat CPR hahaha

ain dzaya said...

haha..over habes. kan best dpt naek roller coaster.

iema ackles said...

same la...
ima naek 2pun pening semnggu...
terus xleh naek bnde laen.

mama aini said...

ehem biasa ke genting beberapa kali tapi mama tak pernah try roller coaster dia..ehem mama rasa rain dah jumpa putera CPR tu !!..ha2x..

Melati Qistyna's Mummy said...

Ahahaha, akak kalo bg pree pong akak xmoh naik, *usah penakot nye aii

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template