langit tidak sentiasa cerah bukan? nyenyak tidurku tidak berpanjangan sehinggalah aku digigit sang tikus yang entah menggila seperti mencari aku setiap malam hingga aku trauma. ini kisah benar. sejak itu tidurku tidak lagi damai seperti biasa. ketakutan telah menghalang untuk aku tidur nyenyak. namun fitrah manusia yang kuat tidur seperti aku ni, maka aku berikhtiar bagaimana untuk mengatasi ketakutan itu. aku tak mahu putera tikus menjelma depan aku mahu pun dalam mimpi. nahi tum nahi!
maka aku telah tidur dengan sinar sang kalimantan sehingga ke subuh hari. malam pertama bersama kecerahan kalimantan aku tidak nyenyak. setiap setengah jam aku terjaga. macam masuk hutan kem motivasi pula, berjaga takut babi hutan menyelinap (zaman spm punya cerita). makanya aku kezombian di siang hari.
malam kedua aku tidur bersama sinar kalimantan terasa dunia indah sebab aku terlalu nyenyak keletihan dan tidak sedar apa-apa. jaga-jaga sudah pagi. wohaaa! maka, hari ke hari aku berjaya adaptasi dengan kecerahan lampu yang suatu tika dulu aku benci. dan aku mula tidak suka kegelapan yang suatu tika dulu aku gemar di dalamnya.
begitu juga kehidupan. terasa lelah dengan ujian yang dilalui hari demi hari tapi itulah yang akan membentuk pengalaman, pengajaran dan ilmu untuk digabungjalinkan sebagai iktibar yang akan menjana kematangan minda. jangan bersungut, masalah bukan halangan. lihat masalah sebagai bentuk jalan kepada jawapan kerana matematik tidak akan selesai kalau masalah tidak difahami.
buka minda dan fahami hidup.
semoga bererti!
7 yang simbah cat:
sang tikus tlh membawa rain keluar dr kegelapan..semuga kalimantan kan terus menyinari selamanya..
** ehem mama tak pernah lagi makan durian crepe ni lagi ..hu2x..
sana sini durian crepe ni..
tikus lagi~
muakakaka
mujur juga aku bela kucing
tikus memang tak berani tunjuk misai
tehr, ni entri khas buatmu hehe..
idea ngarut bila entri panjang.
kucing tehr ni sah garang bila dia marah, kembang ekor.
saya suka n3 ini..
apabila keadaan tidak mampu diubah, ada masanya kitalah yg perlu berubah..
Post a Comment