Wednesday, August 8, 2012

sejarah kegemilangan ilmu Islam

bila seharian semalam aku meneliti teks sejarah dan menilai kembali garis masa tamadun yang wujud dan kaitannya dengan pendidikan dan kecemerlangan ilmu, ternyata sememangnya Islam adalah yang terhebat dan terunggul.

ketika Eropah menempuh zaman gelapnya (476-1050 M. - peringkat awal) dengan kejahilan dari aspek ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran, Islam terus tersebar dalam memperkembangkan tamadun dunia secara keseluruhannya.

sumbangan kerajaan-kerajaan Islam semasa zaman khulafa al-Rasyidin, Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah terutamanya dalam ilmu pengetahuan ternyata begitu besar sekali. ensiklopedia perubatan, buku-buku falsafah, kecemerlangan matematik dan astronomi dari cendekiawan Islam memberi impak yang besar terhadap perkembangan intelektual dunia.

aku begitu terkesan sekali apabila mendengar satu sesi perbincangan di petang Jumaat bulan April lepas, Prof dijemput khas dari UPM (maaf namanya tidak dinyata di sini) menceritakan tentang sejarah dunia yang telah banyak diubah oleh Barat dan sejarah hari ini tidak lagi tepat kerana kekejaman Barat yang cuba menghapuskan kebenaran sejarah dan mengubahsuai dan menulis semula sejarah mengikut pandangan mereka. ini satu kebenaran yang aku sendiri terkejut bersama-sama dengan mereka yang turut hadir pada perbincangan tersebut. terkesima sebentar dengan ketegasan bicaranya.

jika diteliti kembali ada kebenarannya. kerajaan Abbasiyah (749 - 847 M.) memulakan kesebaran ilmu intelektual secara serius yang berpusat di kota Baghdad dan seterusnya diteruskan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah (1280 - 1603 M.) antara tokoh hebat Islam yang muncul era ini ialah Ibn Sina (980 - 1037 M.) dan Ibn Rushd (1126 - 1198 M.) manakala Leonardo da Vinci (1452 - 1519 M.).

berdasarkan perbandingan ini tokoh Eropah muncul pada sekitar abad-15, manakala tokoh Islam muncul sebelum abad-10 lagi. ternyata Eropah banyak mencedok ilmu pengetahuan dari Islam. namun kebanggan dengan kemajuan intelektual Islam tidak mampu membawa kita ke mana jika kesedaran mengekalkan kegemilangan sebagai umat Islam masih nipis melayang dan terus hanyut dibuai waktu dunia. seharusnya generasi kini perlu bangkit berusaha, meneroka, mempelajari dan membina ilmu daripada pelbagai sumber serta adunan budaya tamadun untuk kecemerlangan agama dan negara.

kembalilah melihat sejarah untuk mengenal dan menilai siapa diri kita.

petikan ucapan daripada Saidina Uthman selepas dilantik menjadi khalifah

".... Ketahuilah bahawa dunia ini dipenuhi dengan tipu daya. maka janganlah kamu tertipu oleh kemewahan hidup serta tipu daya dunia. contohilah yang mereka yang terdahulu daripada kamu...."
sumber al-Tabari, Jil 2: 589-90



sumber rujukan :
Teks Sejarah Tingkatan 4 (2002)
Seminar Matematik 6 April 2012, Bilik Media, Fakulti Pendidikan, UKM.






7 yang simbah cat:

Anonymous said...

tak mustahil akan datang orang Islam hanya pada nama sahaja kalau kita tak bertindak

Tukang Karut said...

bila aku baca sejarah je mata aku ngantuk...

Rain said...

TK - :) sedikit serius kali ni.

anon - "pendidikan menurut islam ialah penghayatan manusia untuk melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dalam keadaan manuisa itu tunduk dan patuh pada perintah Allah" - Falsafah pendidikan Islam

Asrul "iLham" Sany said...

dunia ni ramai penipu... cam cite FAKER hahaha

mama aini said...

ehem..teringat zaman sekolah mama dulu..hebatnya kerajaan islam !!!..

alien said...

"Ketahuilah bahawa dunia ini dipenuhi dengan tipu daya. maka janganlah kamu tertipu oleh kemewahan hidup serta tipu daya dunia.."

yess..begitulah

ghost writer said...

sekarang ni, sejarah hanya tinggal sejarah jer, Rain. itulah kenyataannya.

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template