Friday, August 10, 2012

gotong tanpa royong


kicau burung berebut pasangan di bulan puasa ni membingitkan telinga sensitif aku. mata bundar dan muka ala heliza ini terus bangun dari katil separa empuk lalu menuju ke tingkap menguak pintu. angin menerobos masuk mencium pipi.segar. ciuman angin tidak menggoda naluri. cuma hawa pagi ini sedikit panas walaupun mentari suam-suam dengan jerebu yang semakin merebak.

hmm. menghirup udara sambil pejamkan mata dan melayangkan fikiran suatu yang indah aku kira. apa projek aku hari ni? mood baik pagi ni. sambil senyum simpul aku turuni tangga. menuju laman hadapan.

wah wah wah. enak pulak kucing aku dua ekor ni tidur meniarap. mereka selesa di pembaringan atas kerusi. tangan aku lekas mencapai penyapu. dihayun kiri kanan. disapu kanan kiri. siap menyapu lantai!

masih berfikir dan sambil senyum simpul. mood baik ni. aku ulangi kenyataan itu. lalu penyapu cakar dipegang dan daun-daun dikumpul ke tempat bakar sampah. sreett sreet kiri. sreet sreet kanan. siap dedaun bertemu di pembakaran.

tika inilah adik-adik aku muncul dan sepenuh kuasa veto yang ada aku agihkan tugas gotong royong secara paksa rela pada mereka. yang bongsu kena tanam benih durian. sambil aku senyum simpul membayangkan akan menuai hasil durian untuk generasi cucu aku kelak. kih kih kih. aku senyum dalam angan.

sorang lagi adik aku kerahkan cabut rumput-rumput. seronok pula jadi kakak bila tiada yang membantah. aku senyum simpul lagi sambil berangan cucu cicit aku kelak yang bahagia dengan neneknya ini. kih kih kih.

sambil melayan kucing-kucing aku mencapai pula cangkul untuk menebas. tiba-tiba adik aku bersuara " JOM BASUH MOTOR ABAH " . aku sekuat hati jawab " jom jom. "

dan kelihatannya selepas motor sedia di hadapan bilik air luar rumah, masing-masing berlagak meneruskan kerja. aku pura-pura sibuk pegang cangkul untuk tebas, yang bongsu bajet sibuk masukkan benih dalam plastik beg dan yang bising nak basuh motor tu diam dan meneruskan langkah ke dalam rumah.

motor itu tunggal dalam kekeringan. tidak dibasuh oleh adik beradik yang bising tadi. dan sebentar kemudian motor kering dinaiki semula oleh abah aku yang siap mandi untuk ke kedai. kami bertiga diam sepi.

aku semakin kukuh yang mood baik aku pagi ini hanya untuk gotong-royong halaman bukan membasuh. cesss!

8 yang simbah cat:

Asrul "iLham" Sany said...

cam baca cerpen lak...

amir aizat said...

bAgusla rajin lebih eh, hihi

amir aizat said...
This comment has been removed by the author.
the malay male said...

jangan main air..nanti terminum..batal puasa.. huhu

dill said...

haha. bersemangat membersihkan halaman je ye

dill.

alien said...

ni bile nak sampai part cat rumah pulak ye..
:D

intan.maisarah said...

ada orang tu kan ..dia kata muka dia persis heliza.
haha

Sop said...

gotong royong raya lah nih? hehehe
hari ni cat rumah pulak?

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template