Wednesday, July 11, 2012

pinta perhatian

semua mahu perhatian
berunsur kasih beratom sayang
agar menyelinap ke sanubari

semua mahu perhatian
pertanyaan khabar berita
dari yang tersayang

semua mahu perhatian
agar hati sedikit tenang
merasa ada yang peduli

semua mahu perhatian
menghilang rasa sunyi hari
agar bisa senyum mendengar suara kamu

semua mahu perhatian
tapi aku cuma mahu kamu perhati aku!

semua orang mahu kasih sayang
agar dunia penuh cinta bukan benci berapi

salam kasih sayang
semoga angin menyampai kalam rindu
nun jauh di kampung

rindu yang dekat, rindu lagi yang jauh di kampung.



ramadan datang, aku terasa ada di oversea hihihi :D


15 yang simbah cat:

dill said...

saye pun sama.

ramadhan dan raya ni akan terasa kekurangan. kehilangan yang disayang buat semua jadi hambar

dill.

Padin said...

"Berunsur kasih beratom sayang".. cewahhh

Abu Bagi said...

aku pun nak perhatian gak :P

NasQ said...

akan ku beri perhatian untuk mu,..

Rain said...

hehe semua nak perhatian ni!
tQ drop


Dill - sama-sama kita doa semoga arwah dirahmati Allah. doa dan sedekah ayat al quran tandanya kasih dan ingatan kita buat arwah.

tabah ya dill sayang. dunia persinggahan.

masa kita belum tiba.
mati itu pasti.

mama aini said...

assalam rain..rindu kat rain..hu2x..

betul..kesunyian itu antara sebab seseorg `mahu perhatian`..

sop said...

rindu berpuasa di kampung :)
tempat mencari rezeki lagi dikenang, apatah lagi tempat kita dilahirkan :)

ghost said...

kampung kau ada sawah yang macam nih. wah! best giler. dari dulu aku nak sangat abadikan kenangan di antara batas-batas sawah tuh atau di tengah-tengah sawah setiap kali melaluinya.

blog-tips-kurus said...

ada lintah tu... eeeeeewwwwww!!

dah lame tak blk kg arwah embah..

Asrul "iLham" Sany said...

asal scarlet johansson bagi perhatian kat aku dah cukup ar...kah3

Mak Lagenda said...

mmg super duper shahdu la puitis si dak rain nih..

tehr said...

berunsur kasih beratom sayang
diminum selasih mabuk kepayang
biar berselisih bertemu bayang
tetapi kasih kemana menghilang

Rain said...

mama - perhatian itu pengertian kasih. mama jaga diri ye

sop - hee.. sebolehnya 1 ramadan mahu di kampung..

ghost - kedah kan. wajib ni sawah :) singgah la rumah kalau ke bukit kayu hitam. aku bawakan jalan2

btk - raya tak lama dah. gunakan peluang yang ada :)

ais - gebu tu kehkehkeh.

mak - sudah dikawal ni mak :)

tehr - rain hutang dulu pantun tehr. tak mampu beli hehe

YouSOF said...

Lumtah manusia inginkan perhatian agar merasa diri dihargai.. ;)


Cantik view oversea mu.. hihi

huda jamil said...

selamat berpuasa rain.

btw cantik sgt pemandangan tu. rasa aman dan nyaman.

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template