Saturday, September 1, 2012

tikus dan ambulan


mood : kenang semula

tikus dan aku memang musuh ketat. yela, bukan binatang peliharaan kan. sah-sah la musuh. memang tak kan pernah hilang perasaan takut dan trauma aku macam mana kena gigit dengan tikus tahun lepas. bukan sekali dua, tapi hampir 5 kali. sampaikan aku ngigau dan berjadi manusia nomad di rumah sendiri. bertukar bilik tidur sampai aku menggigil dalam selimut. dah macam nampak hantu. lampu dipasang hingga ke subuh hari, bimbang tikus datang gigit. tikus kan gemar dalam gelap-gelap ni.

satu benda yang aku hairan sampai ke hari ni, tikus macam kejar aku. kalau tak datang menggigit jari kaki aku, dia menonjolkan dirinya dari jauh seperti memerhati. ah sudah! semacam mengorat la pulak. dah tak ada jejaka nak ngorat gamaknya, sampai binatang je yang ada nak pikat aku? =.= (belum masuk cerita kera lagi ni)

kadang-kadang terbawa-bawa hingga ke mimpi, mengigau jadinya. yang tak kena tak faham barangkali kengerian aku ni.

klimaks cerita tikus apabila aku diserang hypentensi dan dibawa naik ambulan ke wad kecemasan hospital sultanah bahiyah. masa tu aku dah bayang ajal menanti. terkenang segala dosa-dosa aku yang tak terampun. Allah, banyaknya aku leka dan lalai padaMU. tragedi tak berbau ini berlaku masa aku di Telekom Alor Setar. kecoh! agaknya aku masuk buletin TM.

aku ditahan sekejap cuma, sempat la juga aku kenyit mata pada paramedik laki yang kacak tolong aku. hihihi. percayalah. keluar je wad, aku tengok tak ramai yang bersimpati sangat, tapi yang ramai gelakkan aku ada la. adoiii. lawak sangat ke muka aku? jadi bahan beb. tapi bagus juga, aku pun bajet sihat supaya tak ada mulut nakal nak usik.

sekali sekala aku pergi lawat staf telekom. rindu. topik tikus tak kan luput di ingatan mereka! grrr..

#minggu ni last di kampung, akan balik semula ke bangi, nak pergi jenguk telekom ke tak?

13 yang simbah cat:

Tukang Karut said...

nampak sangat makan tak basuh tangan ni...

Belalang hijau Perisik said...

tidak syak lagi putera tikus itu dah jatuh hati pada mu wahai adik rain...

cuba2 la amik dan kiss putera tikus. untung2 dia menjelma lebih encem dari paramedik laki yang kacak tu :P

syafiqakarim said...

hg dkt bangi?bole kita jumpa
hiks

Rain said...

TK - mana mungkin! aku siapkan klorokkan tangan aku ni tau, habuk pun tarak lekat :D

Belalang - jodohku makin dekat nampaknya hee..

Rain said...

iqa. study ukm kan? datim jum

blog-tips-kurus said...

tikus & gagak = petanda...

ish! ish! p buat 5S tu!! (",)

Mak Lagenda said...

ha ha ha..penakut tikus rupanya rain nih.

Jari mak pun pernah jugak digigit tikus masa dok kat umah bujang dolu2. Tp xde la smpi ilang jari

Hihihi

tehr said...

pernah juga alami kejadian macam ni
bila bela kucing, selesai semua masalah

Belalang hijau Perisik said...

adik rain, abam belalang kacak tag kamu nih... ngee

http://encikbell.blogspot.com/2012/09/hanif-idrus-segmen-menerjah.html

caliph shuriken said...

aisey, hampir 5x kena gigit tikus, erkk...

Crew Fathi said...

Hahah.. Macam2 hal.. Kalau kat kampung baru kl.. Tikus kejar kucing... Kucing lari terus... Kalau tak pecaya... try tanya sapa2 yg pernah dok situ.. ^_^

Rain said...

BTK - petanda apa ye. ajal?

mak - syukur la mak tak pape. jari manis ke? hee

tehr - bela kucing, perangkap letak keju semua dah try, ada la pengurangan walaupun tak selesai hee..

belalang - ah assignment sedia ada pun tak siap, belalang dah tambah assignment baru ahaha.

caliph - ni kisah benar. tak putus asa putera tikus tu.. jangan sampai aku cium betul


fathi - ni kena masuk mastika ni ahaha! tikus sekarang gagah berani.

mama aini said...

ehem..minat sungguh si`putera tikus` ni kat rain ek?.. :)
** apa kata rain buat mcm belalang suruh tu..mana tahu dia menjelma jadi putera kacak..wakaka..

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template