Tuesday, March 1, 2011

rindu girl fren lama

nape entah petang semalam godek-godek  gambar dalam folder file, mata aku tak lekang dari merenung gambar-gambar masa zaman kat kampus. lama aku renung. fikiran pun kembali ke masa silam. macam citer doremon. masa tu plak background music tiba-tiba tukar rentak jadi slow je frekuensi dia (fizik B minus minus). hormon pun dah tukar gelombang. tiba-tiba nak moody.

kan best kalu belajar je tapi xda exam. kan best kalu duit makin menimbun bila dibelanjakan. kan best kalu pertemuan berlaku tanpa perpisahan. kan best kalu aku gumok sikit. kan best kalu dot dot. kan best berangan sorang-sorang. tak de orang kacau. best kan kan.

rainbowcloudy adalah yang berbaju hijau belalang yang paling kanan sekali sebelah batang pokok nyioq

sebenarnya aku nak stori yang persahabatan ni tak boleh diukur dengan apa jenis pembaris pun. bila kita rapat dengan seseorang tak semestinya kita dapat menolong dia bila dia dalam keadaan terdesak memerlukan pertolongan kita. kemungkinan masa dan tika dia mohon pertolongan itu kita sendiri sememangnya ada urusan penting lain. tak ada niat untuk tinggalkan dia terpinga-pinga tanpa hulurkan bantuan. kita sendiri dalam kondisi terdesak. mohon sangat dia mengerti perasaan hati ini.

dan yang kurang rapat dengan kita tak semestinya dia tidak dapat menghulurkan bantuan tika kita terdesak memerlukan pertolongannya. kadang-kadang yang kurang rapat itu lebih mudah untuk diajak bicara dan lakukan sesuatu kerana tidak ada perasaan bersalah jika tersilap langkah mahupun bicara. kawan yang lebih rapat sebenarnya lebih mudah berkecil hati dan sensitif. rasa sayang lebih yang ada itu membuatkan perasaan cemburu dan berkecil hati lebih mudah merebak seperti virus-virus dan cecacing di dalam thumbdrive.

siapa yang tak punya hati? tapi mahu menjaga hati orang, adakah hati sendiri perlu dikorbankan. kedengaran seperti mementingkan diri sendiri, tapi bergantung atas situasi untuk berkorban kerana manusia punya akal untuk berikhtiar, orang lain tidak dapat membantu, terpaksalah kita menggunakan akal fikiran ciptaan terAgung dari Allah buat insan bergelar manusia. berdikari itu merupakan suatu ilmu. ilmu dari hasil berdikari itu menghasilkan formula sebuah pengalaman yang tak ternilai harganya. dari campuran pengalaman itulah kematangan terhasil dalam diri kita. kematangan itulah menjadi identiti dan jati diri seseorang. jangan salah sangka bahawa yang muda itu kurang matang. itu bukan jaminan.

semakin serius pulak pemikiran aku ni.

 dah cuba untuk tutup gigi, tapi tetap nak sengeh lebar-lebar

ada seseorang yang bermain di fikiran aku sekarang. aku mahu luahkan aku masih sayangkan dia. aku tidak mahu salah faham yang sikit itu manjadi punca kita tidak bersuara. tidak bertegur. betol kita tidak bermasam muka tapi kebisuan mencipta kekosongan waktu. aku harap waktu berjalan seperti mana berjalannya tawa riang dalam hati kita berdua. semoga ada lagi waktu untuk kita bersama.

aku rindu kenangan kita berdua.


rainbowcloudy berkata :

merah : walaupun dia tiada dalam gambar, tapi tanpa dia, kami tidak mungkin akan sampai ke tempat-tempat ini bersama-sama.

jingga : i miss u dear

6 yang simbah cat:

Anonymous said...

i pun rindu kat u jugak... haha...

walau apa pun.. kawan tetap kawan..

aunieZ said...

yep sdih kn ble tjadi pgduhan..doa2 la smoga dia lmbut hti k :)

Belalang hijau Perisik said...

best kan memori time study?

ku ngerti perasaan itu... :)

Rain said...

cekodok- sebab dia kawan, rain nak mngalah.. rindu hujan?? ;)

Rain said...

kak iqa- memahami kak iqa ni....
sedey kak.... harap sgt hati dia lmbut hati

Rain said...

belalang- jum stdy lagi? mst pening bila exam hehe...

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template