Friday, March 18, 2011

janji setia seorang teruna

di dalam sebuah bas, sepasang kekasih duduk bersebelahan di tempat duduk yang paling belakang..

ini pertemuan pertama pasangan tersebut. masih dalam proses mengenal hati budi.
rasa malu-malu menjengah kedua-dua merpati sejoli..


teruna : awak... janji dengan saya ea awak setia taw.

kata si teruna kepada si dara namun mata si teruna membuang pandang ke luar tingkap bas.
si dara agak terasa dengan sikapnya lalu menegur.

si dara : awak, nak cakap sesuatu yang serius berkaitan hati perasaan ni kena la pandang muka, awak macam cakap dengan tingkap tu je?

si teruna malu ditegur sinis. dalam merah padam mukanya, dia berkata

si teruna : awak ... boleh tak awak setia ngan saya. janji ngan saya boleh?
mata si teruna tidak berkedip merenung mata si dara.

si dara : kita sama-sama setia ea. saya percayakan awak.

kedua-dua dara dan teruna sama-sama saling berpandangan dan senyum penuh makna. termeterai satu ikatan dan ikhlas terpancar dari wajah masing-masing.



dan malam yang tenang dan heningnya semalam,
si dara mengeluh sendirian kesepian,
apa adanya pada sebuah janji dan cinta yang belum pasti kesudahannya , sebelum termeterainya lafaz akad.

yang melafaz janji itu yang memungkiri janji. curang adalah madah cintanya.




janji pasangan yang bercinta kadang-kala adalah satu pembohongan
kerana hati bukan plastik yang tidak bisa berubah

15 yang simbah cat:

Cekodok said...

lagipun bukan bermaksud memungkiri janji... kadang perpisahan itu lebih baik daripada meneruskan hubungan..


gua tak suke lafaz janji kalau gua tak pasti belum mampu tunaikan..

Belalang Hijau said...

besak la tu...

bercinta semuanya bermadah dan indah tambah2 baru kenal...

Faris Adli said...

cintai seorang wanita itu kerana empat perkara....


yang empat perkara tu tanya sah ye aku tak ingat..yang aku ingat cintai seseorang itu kerana agamanya...

ShakRoil said...

kadang2 yg elak kita x nampak.. yg buruk kita selalu nampak..

Dilla Nur said...

jangan sekali2 lafazkan janji kalau tak yakin mampu lunaskan janji itu... janji tu akan buatkan org jadi lebih sakit klo mmg die betol2 berharap... :)

Rainbow said...

@cekodok

usah berjanji utk masa depan yg belum pasti, kerna sume nyer bisa berubah mengikuti masa.

cuma doa dan harapan itu pasti mengharap.

Rainbow said...

@ belalang

indah sementara sbelum sedey mnjelma.. tapi sedey pun bukan berpnjangan kerna mendung akan berlalu mengkuti masa yang bergerak

Rainbow said...

@faris

4 perkara faris : agama, harta, keturunan dan kecantikan.
ko pilih pe plak? junior :P

Rainbow said...

@shakroil butanya mata bila kaca mengabui permata

Rainbow said...

@dilla rain setuju

ghost writer said...

cinta bukan plastik yang tidak boleh berubah..tapi kan sifat plastik itu memang mudah untuk diubah...hihi.jadi hati itu seperti plastik yang sentiasa boleh diubahubah.ya meh..hihi

kalau lar pertama kali berjumpa begitu dah mula mengukir janji dan menuntut ikrar sumpah cinta sejati,aku yakin ia takkan lama berkekalan..ia seolah-olah mau memiliki sesuatu dengan cepat dan juga berlalu dengan cepat..bodoh lar sapa yang percaya saat itu...

Lilyel said...

Salam.

Saya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

Salam,
Lily

Rainbow said...

@bisk he.. sering lidah aku kelu bila kau berbicara...

perasaan di hadapan akal, aku menjadi bodoh untuk cinta yg belum pasti

Pendekar said...

Pendekar lak pengkhianat cinta... boleh ke cenggitu??

Faris Adli said...

@rainbow: aku pilih agama..sebab tu orang yang pertama yang aku minat kat universiti orang elok agamanya

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template