watak-watak utama :
1. Gadis
2. Jejaka
3. Pencuri Hati
4. Badut Buncho
Gadis tidak pernah menyintai Jejaka. namun mereka serasi berkongsi cerita tentang kehidupan. berkongsi masalah yang melanda. tidak banyak yang Gadis dapat bantu Jejaka, tapi nasihat Gadis banyak merangsang kehidupan Jejaka.
Jejaka pernah koma kerana penyakit yang dihidapinya. seram sejuk Gadis bila mengetahui berita tersebut. hanya doa dan Yasin yang diniat tidak putus-putus buat Jejaka.
alhamdullah. hujan yang turun berakhir dengan kemunculan pelangi. gembiranya hanya Tuhan yang tahu. Gadis merupakan orang pertama yang dihubungi bagi memberitakan pulihnya Jejaka dari koma. suara Gadis yang dicari. ya, Jejaka terlalu mencintai dan merindui Gadis.
kehidupan memang drama. hati Gadis ada pada Pencuri. Setianya hanya pada Pencuri Hati. namun Jejaka semakin rapat dan setia memenangi hati Gadis dengan sikap romantis. paling menyentuh rasa Jejaka merakam lagu untuk didengari Gadis. bangun awal pagi Gadis dibuai dengan lagu sentimental Jejaka. jiwa halus mana tidak tersentuh? naluri mana tidak bergoyang?
drama semakin menghampiri klimaks. pertingkahan berkocak antara Gadis dan Pencuri Hati. Gadis yakin hatinya pada Pencuri. hanya dia. lafaz Pencuri pada Gadis masih diingati.
perjalanan yang dilalui semakin menghampiri kesudahan. Pencuri berselingkuh di belakang Gadis. cintanya pada Gadis hanya dilimpahi simpati . tiada lagu cinta yang mendidih seperti dulu. hati yang dicuri kembali pada Gadis semula. esakan Gadis usah dicerita. kewajipan yang seharusnya berlaku pada sesiapa.
gelap matanya meniti hari. jiwanya kusut. hati memberontak amarah. janji Pencuri jangan dipercaya lagi!
semakin mendung hari bila Jejaka juga mula menyepi. terasa berganda ditimpa hujan. guruh yang berdentum ketika hujan yang mencurah telah menyedarkan Gadis akan matlamat sebenarnya yang masih belum tercapai.
perjalanannya baru bermula. tabah dan sabar wahai Gadis. fizikal yang lemah bukan dalaman! dalaman harus kuat untuk menepis segala hitam yang mendekat.
Jejaka kembali setelah Gadis kembali senyum dalam hidup. kehidupan dan ujian sememangnya teratur dengan ketentuan Ilahi. tidak mungkin disangkal.
Jejaka cerita dia sudah tahu akan kecurangan Pencuri kerana meraka saling mengenali. Jejaka menyepi kerana berat bibirnya untuk mencerita hal sebenar. tidak sampai hati untuk melihat kesedihan Gadis yang bakal hiba jika tahu kebenaran.
tiada apa yang mampu berubah. hidup adalah kenyataan. hari tetap perlu di lalui. bumi bulat sebagaimana perjalanan hidup.
tidak disangka Pencuri kembali hadir. tangisnya meruah apabila menceritakan buah hatinya telah menjadi tunangan orang. pap! terasa karmanya hidup ini! kecurangan dibalas kecurangan.
bersambung kisah ...
Wednesday, May 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 yang simbah cat:
kalau ko tak nak masukkan dalam warna kaseh. kau chat sorang-sorang kat gtalk. huh!
*beredar penuh catwalk.
alaa kenapa ada part2. Habiskan laa terus. :)
terpaksa ada part sebab terpaksa mandi he..
saya selalu risau jika tulisan panjang-panjang orang mudah bosan. adakah betul?
MAWAR | jangan nak catwalk sangat. jatuh kang aku gelak ja :D
sop nak watak tambahan.. boleh ? hehehe
wat cerpen lak yer...
nasib si pencuri.. sambung entry seterusnya..
sila masuk dalam pertandingan cerpen warna kaseh...
benarlah kata orang
kita mendapat apa yang kita buat
karma
badut Buncho belum masuk..
okay tunggu sambungan
penuh puitis...samapi kurang paham..tp pastinya gadis tu berhak bahagia..bkan ase dipermainkan..
tu la kot yg ain phm pasal citer nie..
seringkali berkongsi tentang kehidupan & masalah bolih mencairkan hati seseorang !!.. pernah berkasih tak semestinya memiliki dia..malang kan nasib sipencuri hati yg curang & setiap perbuatan ada balasannya..he2x..
Post a Comment