Tuesday, September 4, 2012

makanan di bawa pulang ke asrama


cuti raya sakan dah nak habis. bila nak balik ke asrama semula, bagasi perempuan biasanya lebih meriah kerana bekalan makanan yang turut dibawa pulang dari kampung halaman. sebagai contoh : AKU. hihi. sila jangan tanya aku sekolah asrama mana.

aku suka betul dengan menu makanan tiga dalam satu. mudah, jimat, kreatif dan inovasi. (perkataan inovasi tu sempena assignment yang tak sudah-sudah) selain tu budak asrama ni memang suka jimat cermat. tapi nampak tudung, blous cantik-cantik terus hilang jimat!

antara menu selepas hari raya yang AKU selalu bawa balik ke asrama :

1. sambal ikan bilis kering

hah lejen ni! aku siap dapat tempahan lagi. kawan yang order tu pesan "aku nak yang mak hang buat, bukan hang tau" majuk betul aku lepas tu!

sambal ikan bilis ni boleh makan dengan
- nasi (wajib)
- roti (aku hantu segala jenis roti)

*ikan bilis kering ni lebih tahan lama ada la dalam seminggu. kalau yang tak gemar kering sangat, bagi ada kuah sikit-sikit saja tapi mungkin bertahan 3-4 hari ja tanpa di panaskan. masa di terengganu dulu, aku akan beli nasi putih dan roti saja. kalau rajin sayur sikit. kemudian tak keluar ke kafe 3, 4 hari. aku pasan abang kafe macam rindu aku. percayalah penipuan aku ni.

2. sambal daging kerisik

idea asal menu ni tercipta dari aku. bila adik-adik suka aku mula la buat-buat rajin, selalu masuk dapur konon kakak yang baik dan bertanggungjawab. entah macam mana suatu hari yang hening aku malas sangat masak dan mak aku buat menu ni, lebih sedap dari aku maka sejak itulah aku mula manja-manja suh mak aku masak tiap kali nak bawa balik asrama. alasan terbaik "nak rasa air tangan mak!"

*yang ni aku makan masa hari pertama sampai asrama.lagi pun daging kerisik ni tak tahan lama sangat. alang-alang dah penat, makan terus sebelum kemas-kemas bilik. tak payah nak susah payah turun ke kafe.

3. nasi berbalut daun pisang

nasi bukan sebarang nasi. nasi berbalut daun pisang. kalau aku tunduk hadap ni, bila panggung kepala automatik ramai kawan-kawan senyum-senyum manja di samping aku.

*memang meningkat 100% selera bak hang.

4. kuih raya

ini wajib sempena raya. kalau kat rumah dah habis licin, akan buat semula. tak beli. biskut samprit, mazola, karas. kuih tradisi kedah ni. aku paling suka baulu. cicah baulu dengan air seperti nikmatnya aiskrim di kala tengah hari.

*kuih raya ni biasanya dicari bila tengah-tengah malam. dingin pagi layan kuih raya rasa macam duk perantauan seberang laut ooo. sayu huhuuu.

tu je kot. aku tak letak gambar, tak mahu ada yang kelaparan kerana fokus utama aku kat sini nak nyatakan air tangan ibu itu yang terbaik. tersedap. peluk cium mereka sementara kita masih mampu menatapi mereka jangan tunggu di saat kita meratapi mereka....


13 yang simbah cat:

Shila said...

sakan kan ko dok mengangkut makanan.. moga gemuk bertambah..

Dkna Abza said...

teringat zaman dkna study dulu..mak kirim bekal penuh beg hehee

Unknown said...

dah sampai sekolah asrama kau..jangan lupa on gtalk kau...

ghost said...

sayangnya kau dah besar. muka kebudakan lagi, aku percaya banyak jugak duit raya yang kau collect dan bawa balik asrama.

mama aini said...

wah banyaknya bekalan makanan yg dibawa keasrama..mama nak sikit bolih tak?.. :)

Rain said...

hahaha ghost! tahu aja kau ni.

Mak Lagenda said...

Kuih raya dan sambal daging kerisik/serunding tu antara makanan yg mak tapaukan untuk along balik ke asrama.

Klu time makan, mmg syahdu giler tgk makanan dr umah kan?

syafiqa said...

huntung la.gua tak bawa menda punggg

NasQ said...

ko balik naik lori ke ni?

Unknown said...

TH selalu mengelak dari bw mknan bagai ni..jenis pemalas nak pikul beg.ehehe

Rain said...

TK - "beg berat leh letak dalam bas, bukak kena usung merata" - mak

TH - tak banyak mana pun sebenarnya :)

Asrul "iLham" Sany said...

aku smpi sekarang alek kg leh mesti nenek n mak aku tapau kat aku makanan stok sebulan hahaha

tehr said...

patut la hari tu aku nampak bas senget
berat dengan makanan rupanya
haha

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template