dalam kehujanan yang mengasyikkan mata, selimut diperhatikan penuh kemanjaan. mata terus beralih ke jendela sebelum tilam terus menggoda.
sayup mata memerhati seorang lelaki tua berjalan separa gagah meniti batas sawah. cangkul dipikul ke bahu. dalam kehujanan dia menunduk bongkok tidak peduli apa pun yang menghalang. luarnya tua, dalamannya gagah perkasa. semangat kentalnya seperti perajurit di medan askar. berjuang demi hidup.
anak muda di pembaringan, lelaki tua di hujanan.
seorang di alam mimpi, seorang merentasi realiti.
seorang panjangnya fantasi, seorang mencari rezeki.
seorang mempertahankan kemerdekaan, seorang yang pernah berjuang mencapai kemerdekaan.
bezanya pengertian senang bila hidup di zaman susah.
kentalnya semangat dan kudrat lelaki tua.
kuatnya dengkuran pemuda menganyam ketupat mimpi, bangun cuma mahu sesuap nasi dari lelaki tua yang keluar mencari rezeki.
Saturday, September 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 yang simbah cat:
wah, sangat pandai rain berkata-kata...
penuh dengan pengertian... nak like lah...
mana butang like ek?
penuh pengertian, rain
syabas
tak puas baca
nampak payah tu untuk mengisi kemerdekaan yang telah diperjuangkan
makin byk kemudahan.
makin meluap kemalasan
hai bangi
mana tau yg pemuda tu sebenarnya shift malam?? :D
hebat cik adik ni mengarang kata...
syafiqa - ada benar!
hai gadis setia bangi :D
ais - iyo iyo lah hee..
abe-abe sekalian - trimas baca. hujan memberi sumbang idea.
ramai yang kebasahan dalam hujan, sedikit yang menikmati dan menilai di sebalik hujan.
hujan hikmah untuk petani,
panas hikmah untuk penoreh.
okey fine jatuh cinta ngn penulisan ni
mohon bg ubat haha
kenang jasa2 org tua kita.... kesusahan dan kepayahan dlm membesarkan kita.......
iffah - yang menulis di warna kaseh lebih lebihnya hebat :))
remy - tepat! wajib.
sob2x..mama tumpang simpati dgn lelaki tua..
Post a Comment