7.30am
keletihan dan kecuraman mendaki cerun bukit tidak menggoda mata untuk lelap. perubahan tempat tidur lebih menguasai suasana mata untuk terus celik merenung masa depan.
aku merenung kipas yang bising. lampu yang malap namun bilik tidak gelap.
satu demi satu ujian dihidangkan pada aku semalam. ujian-ujian lepas yang lebih perit membuatkan hati aku terus memujuk untuk terus bersabar, jangan melatah. pasti akan ketemu sesuatu yang baik di hujung nanti. pasti.
ya, pendakian dari kaki cerun hingga ke puncak aku bertemu seseorang yang menanti aku sebagai teman bilik. keramahannya. kehangatan layanan mesra dan riang menyuntik suatu vaksin agar aku terus bertabah di bumi ilmu.
sudah dicatitkan jadual aktiviti harian, mari mulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...
#anak mana tidak rindukan ibu. anak mana tidak menangis dalam diam mengenang kejauhan keluarga. ibu mana tidak risaukan anaknya.
#ukm sangat berbukit. azam menambah berat badan nampaknya berkubur lagi. heh!
Monday, September 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 yang simbah cat:
aku pegi ukm masa daftar hari tu... jauh gile!
kalu sesat dalam ni pun tak heran..
pengalaman dah hehe. aku sesat dalam kolej kediaman sendiri.
buat bahan lawak je -.-
hari-hari seterusnya menjerit dari puncak bukit, 'UKM!!! aku punya!!!'
Selalu mendaki baik untuk kesihatan apa salahnya.
Bahagian menurun paling best sebab boleh bergolek sampai ke bawah. :-)
mmg berbukit
naik kete snokla
selamat menimba ilmu......
alah... bkn tinggi sangat pun..... nilainya... tak setinggi segulung ijazah
selamat belajar
teringin mahu menyambung pengajian di UKM.xmo buat Master kt lua
aku suka penggunaan bahasa kat sini.. sangat2 indah.. boleh dikatakan , bahasa melayu up level.. keep it up.. perjuangkan bahasa melayu kita.. :)
mendaki bukit?
selalunya dengar orang kata mendaki menara gading
hehe
selamat berjaya dengan cemerlang, rain
Yeay..selamat maju jaya rain..biarlah berbukit bergunung sekali pun..janji, impian akan dpt dicapai!
terima kasih bagi sokongan. :))
sekali dah turun dan keluar untuk urusan, settle seboleh mungkin urusan pentadbiran yang banyak memeningkan pelajar, cuci mata kat library baru panjat gunung ganang balik ke bilik.
kemudian, nyenyak tidur dah tak dengar apa dah. tak ada nak imsonia ke apa dah.
Tak kisahlah bukit mana, tinggi mana...ambe doakan yg terbaik utk rakan2 blogger =)
wah rain bertambah slim lah nanti..ari2 daki bukit UKM..
selamat kembali study yer :-) belajar rajin2..
Post a Comment