petang ahad yang sedikit sunyi berbanding minggu lepas - penuh dengan hubungan sosial dan pertemuan bual bicara bersama kawan-kawan.
ya, dunia aku di sini tiada siapa kecuali kawan-kawan. hidup di bandar aku cuma meriah dengan suara mereka yang sering ajak aku untuk bertemu. selebihnya sepi yang kadang-kala dikejutkan dengan gurauan manja si kera yang gemar panjat dinding dan mengusik aku. hehe. dia punya naluri agaknya dan ingin berkawan dengan aku?
berbaring di tilam yang empuk dilapisi batik yang sejuk cukup untuk membuat aku rindukan kampung. ya, sejauh mana pun aku melangkah pergi, situ juga ingatan aku tumpahkan.
diam sebentar.
air jernih sudah mahu gebu di tubir.
biasanya petang-petang begini aku bersiar di laman depan rumah dan menolong mak gunting rumput atau kadang kala ada di dapur melihat tekunnya mak membakar bengkang roti untuk dijual esok hari.
lagu sedih pula dalam playlist ni. sudah laa. aku dah tak boleh teruskan menulis. sudah basah pipi
Sunday, May 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 yang simbah cat:
jom lah bersiar2 ke blog sy :)
Entri terkini Kazen >>> "Segmen: Kau Blogger Ku Blogger"
ada kesempatan nanti jangan melencong ke tempat lain... terus balik kampung tau :)
zaman teknologi canggih ni tak ada batasan la...
aku pun rindu kampung jugak..
memang sah dah boleh ambil cuti balik kampung ni
hujung minggu nanti balik je, rain
pedulikan hal2 lain yang tak berkaitan dengan kampung
hehe
ehem kesiannya..rindu semakin menghimpit rain ya?..sabar ya.. terpaksa berkorban demi masa depan rain.. :)
punggung scarjo gebu...i like :D
Balik la umah bakal mentua.. Eh ini tiada kne ngena..
hapuskan kerinduan dengan pulang selalu ataupun call mak kamu setiap hari. :)
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula.....
http://wanwidget.com/
aku pun begitu jua, baru sahaja aku melangkah kaki ku ini menemui kampung halaman ku seminggu yg lepas, walau sekejap cuma, aku masih lagi terasa ketenangan bila dikampung
Wndu Nk tido bwk tiak Mak sebenarnya, hehehehe
Post a Comment