Saturday, December 31, 2011

2011 heliza, 2012 ilmu

kak, muka dia ni macam akak

mana?

ni..

hahaha, tau tak tu sapa? heliza helmi tu


okay, tu mukadimah oleh si kecil masa pagi tadi. kang aku cakap aku iras heliza helmi ramai plak muntah tulang ikan. better heliza helmi iras aku kehkehkeh.

esok masuknya tahun baru, 2012. sebenarnya 27 november haritu lagi kita dah masuk tahun baru. kalander islam bagi tahun 1433 Hijrah.

ramai bercakap pasal azam bila masuknya tahun baru. panjang senarai yang dikarang setinggi impian yang mahu dilaksana. tahun ni mahu buat ni.. mahu buat tu. mahu.. segala macam kemahuan bersarang diminda.

harapan pasti untuk melihat impian terlaksa jaya.

namun, pada aku insan yang sangat lemah ini, aku lebih melihat kepada kejayaan melalui semua cabaran yang datang. bila diuji, automatik kita akan kuatkan hati, jiwa, minda untuk sama kuat berdepan dengan ujian.

diimbas kembali 2011 merupakan satu perubahan yang mengalihkan tanggungjawab menjadi anak 'sulung' dan berperanan 'ibu bapa'. sungguh, terasa berat! mendidik dan menasihati mereka yang di alam remaja suatu cabaran yang bukan sikit. memberontak, mahu mencuba segala yang baru, kepinginkan bebas merupakan jiwa mereka yang sedia ada.

mula aku pikir, ah macam mana la aku nak didik anak aku nanti. baikkah akhlaknya nanti? indah kawen kalau dari segi fitrah, dari segi tanggungjawab, kena ada persediaan dan ilmu yang cukup.

so, berputus harapkah aku pada perkahwinan. semestinya tidak!

ehihihi . sapa tak nak kawen?

tapi kawen tu bukan target 2012. harapan untuk jangka panjang cuma.

2012 adalah masa untuk melengkapkan diri dengan ilmu. cukuplah itu pointnya. ilmu luas skopnya. apalah ada jika bicara panjang tapi tidak melaksanakan.

ayuh mulakan impian kamu!

terima kasih membaca hingga sudah.

doa saya pada yang membaca, semoga ilmu kita semua sentiasa bertambah :)

RASULLAH S.A.W BERSABDA MAKSUDNYA,
"Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga."

(H.R.Muslim)

20 yang simbah cat:

Cikya said...

ilmu menyulam tudung.
belajar dengan miss Senget..
hahaha...

kita nak tunang..wkakaka :P

lieynanilaz said...

carilah ilmu kerna dengan ilmu hidup kita akan berjaya...
selamat menyambut tahun baru....semoga impian akan tercapai..

mama aini said...

`selamat tahun baru 2012` buat rain..semuga tercapai segala impian..amin..bertuah rain wajah seiras heliza..cantik sangat !!..

.drakula. said...

tahun baru tahun impian yang juga baru...:)

~Sal Ismail~ said...

Akak selalu bercita2 utk jadi seorang pencinta ilmu..lagipun sbg cikgu, sentiasa diigtkan utk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat..~

mari kita kotakan cita2!~ ^^

selamat tahun baru Rain~ =)

tehr said...

moga2 ilmu kita makin bertambah, ilmu dunia, ilmu akhirat
amin

gnesop said...

Carilah ilmu hingga ke negara china.
Kenapa sampai ke china? Bagus sangat ker?
Tidak, ia bermaksud cari ilmu seluas-luasnya. :)
Sekadar senungan

dill said...

rain sayang,

selamat tahun baru :)

dill.

ewanthology said...

hai heliza,

ehh silap...

hai rain,

have a blessing 2012 :-)

ORLANDO AHMAD said...

takde sape plak yg cakap gua ni muka aaron aziz

venus said...

saya mahu belajar menjahit. senang buat baju, jimat.

Rain said...

CIKYA | dah minta nget pos kan tudung sulaman dia. kalau dia tak pos, awas!

sampai seru dah..! langkah bendul pun xpe ah hihi

LIEYNANILAZ | mudah mudahan. buat kamu juga, sukses ya! :)

MAMA | selamat juga buat mama yang pengasih dan penyayang. moga impian mama tercapai :)

biasa biasa saja mama. hati lebih dinilai :) syg mama

REPUBLIC | lebih kepada melaksana impian tak kira baru atau lama, asalkan terlaksana. itu yang terbaik..

mekasih ya pamir sini.

SAL | pemberi semangat!! mekasih cikgu sal :)

selamat mengotakan kata dan cita :)

TEHR | amin... doa yang baik. terima kasih byk menyokong :)

GNESOP | mekasih bro sop :D
dibandingkan dengan ilmu Allah, kita cuma ada setitis dakwat yang dijatuhkan

DILL | dill chenta. selamat semuanya. maaf salah silap rain :)

DELAROCHA | hai ronaldo, u too.. thanks .

eh, mr beautiful hehe!

ORLANDO | baik jangan ngaku, kang tido tak lena. penat autograf hihi

Pondok Usang said...

wahh.. yeke mcm heliza.. =)

selamat tahun baru dik..

zati embong said...

tahun 2012, tahun impian jat.hihi.harap2 semuanya di permudahkan.

intan.maisarah said...

"Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga."

(H.R.Muslim)



:) rindu rain

Rain said...

VENUS | harap mengotakan kata. tempah nanti :)

PONDOK USANG | selamat tahun baru yang ceria, barakah :)

ZATI | mudah mudahan semuanya baik baik, jat :D

SARA | semoga diri kita semua diberkati Allah.

tweet tweet. sara rajen twitter :D
miss u too

Lydia Miza said...

selamat tahun baru rain

LZ's Novel said...

Sy lak org ckp cam katy perry..

punyee makcik..

Maka sy nangis~

Liyana Zahim said...

Eh silap la terkomen kai akaun blog enovel.. Wakakaka..

YouSOF said...

Ilmu yang DIA sediakan memang tak akan pernah habis untuk dipelajari, maka terus dan terus mencari.. ;)


Semoga segalanya lancar dan dipermudahkan insyaAllah.

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template