Wednesday, December 21, 2011

temenung yang melambung

ramai yang berjejeran tepi sungai tidak jauh dari bendang yang sedang menghijau. memegang kail dari buluh bersama dengan tali tangsi, mengguna umpan cacing cuma, masing masing mengharap rezeki dari lubuk sungai untuk di ditarik naik pada hari itu. agaknya keli, haruan, puyu pasti  gelisah tak senang berenang.

ikan laut mahal sekarang.

masa bulan puasa haritu, ikan yang dijual RM2 hingga RM3 cuma. zainab memang pantang nampak ikan murah. matanya mula naik $_$. ni bukan makna bermata duitan, tapi kasih sayang! ikan yang dibeli banyak banyak dijamu kucing barang sekor dua. zainab kedekut orangnya, tapi melibatkan kasih sayang kepada kucing dia jadi tak keruan, mungkin kucing lebih kacak di matanya. buat dia cair gitu.

berbalik pada kisah ikan, zainab terkejut bila minggu lepas dia ke pasar pagi jumaat lalu terjadi perbualan :

"kacak, kacak. berapa sekilo?" soal zainab pada abang tersebut dan merujuk pada ikan temenung (ikan kembung) yang agak kurang subur.

"SEPULUH RINGGIT SEKILO comei" 


"nah aih, awat mahai sangat!"


"ikan tak dak la ni"


"kesian kucing saya kat rumah tu"


"kucing yang kenyang, tuannya keding!"


"ok. saya tak jadi beli ikan ni"

zainab memblahkan diri ke tempat jual ikan yang lain. dia terjumpa selonggok ikan yang dijual sekilo lapan ringgit. dengan sebalnya zainab beli setengah kilo sahaja.

sampai sahaja di rumah, belum sempat enjin LC sejuk, berderu kucing yang paling kacak serbu kaki zainab. mummy zainab merampas dengan lembut ikan di tangan zainab lalu memberi sekor ikan yang paling tembun kepada kucing zainab yang paling montel.

"MAKKK!!!! mahaii ikan tu. soploh rengget tu!

"kucing doakan rezeki tuan yang beri makan"

ok. zainab diam.

21 yang simbah cat:

Tukang Karut said...

ikan mahal, suruh kucing makan biskut je...

~SaL IjOu~ said...

x pun makan ikan bilis je~ eheh

a.samad jaafar said...

sayur kangkung pun boleh bagi kucing tu.. kangkung byk kat bendang..hihihi

dill said...

skarang ni sume mende mahal. kene jadi nelayan la kot rain. tangkap ikan sendiri

dill.

mama aini said...

mak mama pun selalu cakap kalau kita bagi kucing makan dia akan doakan utk kita..hu2x..mahalnya harga ikan skrg ni !!!..

hanaahmad said...

kucing pun pandai makan mewah2 sekarang ni. ikan mmg mahai.

tehr said...

kalau la boleh ajar kucing campak jala
kat rumah ni pun ada 9 ekor

Asrul "iLham" Sany said...

beli makanan kucing dalam paket lagi murah hgoohoohoh

Encik MamaT said...

hehehe... suruh kucing makan kat rumah jiran.. lagi jimat.. hahaha

Rain said...

KARUT | biskut tak menggebukan kucing :D

SAL | haha, goreng bilis garing2 pun sodap!

A SAMAD JAAFAR | kucing rain unvegetarian hehe..

DILL | nelayan depan umah je. mengail ikan air tawar plak. keli lagi sedap!!

MAMA | musim tengkujuh dengan angin kuatnya sekarang, mama. bahaya ke laut .

HANA | dulu bagi nasi gaul lauk je, mak yang cadangkan bagi kucing makan ikan segar. gebu sikit =.=

TEHR | kucing campak jalan mmg kita tak makan ikan lah. dia merasa dulu.

semoga murah selalu rezeki tehr :)

AIS | aku beli yang timbang je. nak rm2 pun boleh hehe

Rain said...

ENCIK MAMAT | welcome back!! :D

haha, seriously ada sekor kucing rain lari g makan tido umah jiran. dia jenis tak suka mkn share ngan kucing lain kat rumah rain.

Belalang Hijau said...

ala comei, beli jer makanan kucen yg timbang tu... baru 2-3 hengget jer :)

Liyana Zahim said...

bgla wiskes... wiskes murah je.. hehehe..

Juliet_iRa~" said...

hee..bg mknn kucing y segera murah sikit..;p

psss : ni ehem2 dill ek?kekeke

Abg Stalker said...

jgn risau,berbuat baik pd binatang pasti ada ganjarannya. :)

p/s: hai rain mucuk ;)hehe.

Juliet_iRa~" said...

heee..buah sawa ea?xpnh dgr la rain..

thanks share..blajar lg 1 nama baru..

:)

Pembunuh Tanpa Bayang said...

jangan bagi makan ikan saja,kau campurkan sekali dengan nasi.seekor ikan di gaulkan dengan nasi boleh dapat 3pinggan untuk mereka makan.

ikhlas dan penyayang,haiwan yang senang itu pasti akan mendoakan yang baik baik buat kita =)


:: aku juga memelihara beberapa ekor kucing di kampung.

Rain said...

BELL | udah pak! ;D

LIYANA | udah ;D
mekasih sayang..

IRA | he.. dah beli yang murah sayang :)

::: hehe.. teman aja, bukan pacar. keliru ya? ;P

STALKER | kucing teman bual dan luah rasa hehe

:P busy noo sekarang!

IRA | hehe.. pokok ciku tu ada kat kampung, tok paggil buah sawa :)

PEMBUNUH TANPA BAYANG | terima kasih :)

rain memang gaul sekali lauk ikan dengan nasi. tak mahu ajar makan ikan mentah sangat. tapi ada sekor kucing ni memilih.

demand!

:: pengasih :)

najihah sahami said...

btol2...binatang yang kita bela akan berdoa untuk kita..:)

KizZ said...

Zainab memblahkan dirinya?Hihi..

P/S : Kalau rajin-rajin sudi-sudi lah join segmen "Bloglist Xchange" and "Review Ur Blog" dari Kiz kayh

Rain said...

JIHAH/MISH | :))

KIZZ | hihihihi

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template