Wednesday, November 30, 2011

feminin bukan maskulin

"sekiranya anda seorang perempuan, jadilah seorang perempuan yang feminin dan bukannya maskulin".

aku ingat lagi masa zaman matrikulasi, macam mana maskulinnya kawan-kawan aku sampai aku pun sedikit terpengaruh, bila bukak balik album gambar, memang agak kontra berbanding sekarang. tanpa sebarang palitan kimia serbuk mahu pun cecair, muka terlalu innocent dan sedikit waja!

kawan-kawan yang aku kenal dan secara kebetulannya mereka ini jenis tidak kisah kepada fesyen dan penampilan yang melampaui sempadan. bukan jenis ayu. dan mereka yang selalu mengajak untuk berjemaah bersama.

ada suatu masa tu, seorang teman, perempuan, yang rock selamba bernama Haidar kata,"kalau aku dapat tau hang couple nanti aku tak mau kawan dengan hang dah". memang masa tu aku gelak besar sebabnya aku ngorat sorang mamat pun tak lepas, siap mentah-mentah lagi mamat tu tolak pinangan tak rasmi aku. (cessss, gila malu!!)

aku ingat lagi masa aku dengan Haidar keluar outing sama-sama dekat pekan Changlun, aku takut sangat nak melintas jalan (trauma eksiden akhir 2004), dan aku terpegang tangan Haidar yang dah ready nak lintas, boleh tengah-tengah jalan tu dia cakap "tangan aku ni khas untuk suami aku ja tau!"

hahaha beb! aku ni perempuan lah, sama jantina dengan hang!!!

dah la aku ni takut kereta yang banyak tengah lalu lalang, boleh plak dia bebel dan lepaskan pegangan tangan aku macam tu je. sekeh kang!

memang aku agak terasa la masa dia lepaskan tangan aku tu, dah la aku ketar nak lintas jalan. tak sanggup dah nak berjahit berparut bagai. cukuplah sekali.

baiknya kesan dari kejadian tu, aku terpaksa beranikan diri dan kuatkkan hati untuk belajar berdikari atas jalan raya. takkan tiap kali nak melintas jalan kena berhimpit pegang tangan member. jenuh la. boleh rimas agaknya. suami tak pe hehe.

maskulin aku terbawa-bawa sehingga aku masuk universiti dan masa semester pertama aku dengan selamba menjadi awek brutal yang pergi kelas pakai kasut sukan!

sekarang?
makin kurang maskulin :D

feminin boleh, jangan gedik sudah.
perempuan penuh dengan maruah. hormati diri dengan pembawaan dan penampilan diri yang baik, baru orang lain boleh hormati kita.


'aku bukan tomboy'



18 yang simbah cat:

Lydia Miza said...

rain sgt kurus..sekian


tak suka org gedik

mama aini said...

he2x..gelak sorang mama bawa entry rain ni.. suka ayat`aku bukan tomboy`..

Rain said...

LM | ketara ye sis?

MAMA AINI | lasak :D

Asrul "iLham" Sany said...

pe2 pun gua jambu...

ada kaitan ke ngan entri ni?

muahahaha

baideway, kalau Syrena nak jejalan ngan ko, ko nak bawak die kat ne?

Khaisya said...

hehe..dulu maskulin sikit..tp bukan tomboy la..mcm Rain gak..

sekarang ni x tahu le..feminin terlebih..hahaha

Anonymous said...

cover untuk movie aku bukan tomboi ek. hihihi.

owh tekezut aku ngatkan Rain (artis korea) betul betul ada blog. sekli gender female. hehehehehe.

justin bibir pun layan je laaa...

monologtinism said...

dating ngan bestie sendiri lagi best.
kalau mahu lelaki tunggu suami.lagi berganda best. hihi

dill said...

hehe. saye pun mcm tu.

skarang ni sedikit feminin sbb asik kene bebel ngan kawan2

dill.

Rain said...

ASRUL | kalau hujan ko redah ke pakai payung ke? haha

aku bawak dia g zoo tepeng. aummm!

KHAI | masa berjalan merubah diri.. :D

feminin lebih sopan..

Rain said...

HANI | haha harap sangat syamsul nampak kefemininan rain!

diorang laa, bg nikname ni..

:D nice meeeting u

MONOLOGTINISM | tepat!

DILL | he.. untuk kebaikan bsama

ghost said...

jauhnya kau kat pekan canglun,Rain.

ala,biar macam mana pun kau tak nampak maskulin di depan lelaki.

tehr said...

bagus apa pakai kasut sukan
senang nak melangkah dan melompat
kan? kan?

Rain said...

GHOST | ah, rasa ayu la plak!

TEHR | haha tehr pandai! longkang banyak..

gnesop.com said...

maskulin ker femini ker.. yg ptg ikut garis panduan wanita Islam :)

Alongxp said...

tak salah pon nak maskulin ckit... lgpn jd camtu boleh mengelakkan diri dari dirosakkan lelaki.. kan?

Anonymous said...

http://wanwidget.com
kih kih kih

Shila said...

rain..

sampai skrg aku malas nk pakai kimia kt muka..

bukan maskulin..tp lebih pd pemalas..

kuikui..

Belalang hijau Perisik said...

dah mcam tajuk filem last sekali tu :P

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template