Tuesday, November 1, 2011

aku jatuh lagi!

kadang-kadang kan rasa macam diri ni pelik dari orang lain. benda tak kelakar, rain gelak. benda lucu, rain lurus bendul tak faham. ada urat yang tak betul ke dalam pale ni? aishh.. 

third.
baru tadi tengah hari jatuh motor sampai masuk longkang. bila bangun tu boleh lagi duk gelak macam tengok badut buat show. terseliuh ke apa dah tak ingat. sampai rumah baru terasa sakit. ngadu kat mak macam anak paling manja. (cett) padahal tak teruk mana pun.

second.
hari tu jatuh dah sekali. lepas bubuh minyak motor, ntah macam mana kaki tiba-tiba macam tak jejak tanah. bummm motor tu terus hempap kaki. luka sikit ja. rain bangun dengan cergas mergas tapi bukan terus g kerja tapi patah balik tidur kat rumah. terus tak sedap badan dan demam.

haha.

first.
rain jatuh motor buat sulung kalinya. tapi yang ni memang tak tahan. jatuh kat sekolah memandu. tempat amik lesen tuu wei. kali ni jatuh kat dalam parit. cikgu yang ngajar tu terus lari datang kat rain nak alihkan motor yang timpa rain. bila bangun tu rain sengeh je cakap "saya orait ja cikgu, tak sakit langsung". bila sampai rumah ngadu kat adik, peh kena gelak beb! terus rain angkat tangan sekeh sebiji. nak gelakkan aku sangat.

=.=

memang sebijik macam posisi rain jatuh motor. ayu je jatuh hohoh


sekian cerita jatuh motor saya pada kali ini.



15 yang simbah cat:

cik panadol said...

dah sampai masenye untuk naik kete pulak pasni rain....hehe

alien said...

haila
naik moto hati2

dill said...

sakit.

hati2 okei.

dill.

Rain said...

CIK PENADOL | hehe CP memahami! dalam proses :)

ALIEN | kemalangan tak dapat dihidu. syukur injured biasa saja. tak teruk :)

DILL | akan beringat :) terima kasih ya sayang.

mama aini said...

sian rain !!.lps ni mama harap rain tak jatuh motor lagi..hu2x..

Padin said...

hehe hati2 la Rain, aku pernah jugak jatuh motor kes layan selekoh, memang rabak le sebelah badan huu..

littledolphin said...

saya pun suka gelak padahal benda tak kelakar mana. hehe

hati-hati next time tau.

kalau saya jadi kamu,jatuh masa kat tempat belajar motor tu,saya mesti tak boleh nak pandang muka pengajar tu lagi T_T baguslah kamu.still boleh gagah berdiri depn pengajar tu. hehe

Pembunuh Tanpa Bayang said...

pernah jatuh kerana kemalangan.

ewanthology said...

lesen terbang....

Belalang hijau Perisik said...

pas nih tukar pulak lah...kasi motor pulak naik rain...sure x jatuh dah XD

tehr said...

jatuh motor pun sempat nak ber_ayu2 lagi ke, rain?
huhu

lepas ni kena lebih hati2 la
tambah lagi kalau kat jalan sesak
memang bahaya sangat

Rain said...

MAMA AINI | ya, doa itulah selalu dimohon.. terima kasih mama doakan rain :)

PADIN | he.. tak berani selekoh. juara jalan straight je ekeke :D

LITTLEDOLPHIN | haha tergelak bukan apa, sebab cara jatuh yang macam tak disangka dan lucu.. boleh gelak lagi sebab tak teruk mana pun. bukan atas jalan raya. dalam kampung tepi parit.

suka tipu pasal kesakitan. nak cover macho haha :D


PEMBUNUH TANPA BAYANG | yang tu memang tak boleh nak gelak kalu atas tar. teruk??..

DELAROCHA | aip!!! ori tau haha. lesen kapal terbang je belum lagi :D

Azyan said...

Jatuh moto baru stai.Pengalaman.muahaha

Lydia Miza said...

hati2 rain..takmo lah asik jatuh je

Rain said...

BELALANG HIJAU | naik beskal pulak. motor makan minyak haha..

TEHR | he.. bukan berayu, cuma masa jatuh tu slowmotion je sebab motor cuma terbalik, tak de sampai belanggar n tunggang laggang.. alhamdullah tak teruk. sedikit cuai.

AZYAN | jauh sudut hati, aku mengakui hee :D

LYDIA MIZA | ye sis.. terima kasih :) rain ingat. mudah mudahan sentiasa dilindungi Allah dari benda buruk.

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template