Monday, October 31, 2011

tudunglah makanan itu

apa perasaan kamu jika sedang lapar kemudian ternampak makanan yang mengecurkan liur sehingga mata tak berkedip. teringin sekali mahu mencuit dengan jari dan menjilat bukan?

tapi sayangnya hanya mampu menahan nafsu makan sebab itu gambar semata-mata.

haha.
last mamam nasi goreng USA masa aku duk oversea dulu. heh (nipu je kejo)


sangat bengang bukan?

ya aku merasainya sebab aku pun geram sekali dengan mereka yang sekadar menjemput aku untuk MELIHAT. (sebenarnya aku yang terlihat). tapi mereka juga yang menayang bukan?


disebabkan makanan itu sedap, ramai yang melihat kerana sangat memikat hati lalu memerangkap beberapa mata untuk memandang, menghidu dan menyentuh.


makin lama terbiar makin terdedah makanan yang enak itu sehingga mengundang jejaka kacak seperti LALAT untuk datang menyedut dan menghisap.

apa kamu akan benarkan makanan sebegitu enak diragut oleh lalat kerana kamu sendiri yang rela mendedahkan makanan itu?


aku pun loya untuk melihat.

TUTPLAH MAKANAN KAMU DENGAN TUDUNG AGAR TIDAK DIHINGGAPI LALAT HIJAU YANG GATAL. TUDUNG SAJI PUN BISA.

tempah dengan aku okey :)


kamu faham bicara ini?


*aku pening lalat. ayat memalukan je. dah la pas raya ni nak exam SPM :P

19 yang simbah cat:

padin said...

double meaning nih, emm pandai kamu menyusun kata, menjahit irama..

MaMa AiNi said...

rain..mama yg dah lemau ni pun garu2 kepala yg tak gatal..hu2x..cari makna yg kedua !!..

Rain said...

PADIN | haha cikgu! post ni yang rain rasa paling kacau bilau ayat dia.

irama merdu membangkit perasaan di kala malam sunyi (khas buat padin dilamun cinta) :P



MAMA AINI | he.. sian mama. secara ringkasnya : wahai kaum wanita sekalian, tutuplah aurat kamu yang indah itu, ianya hanya buat seorang suami.

dill said...

ok. saye lapar. nak g makan nasik pasni.

*saye sedang mengabaikan perkataan lalat

:)

dill.

~KeliGarfield~ said...

Terbaek la ayat...sangat double meaning..^_^

Zara said...

bermuhasabah sejenak~

due2 kene tutup..
saye faham~
wink2~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahai lelaki...nak ke mkn makanan dah dijilat2 lalat tu?eiii

cik ciput said...

tutup dah =)

rusydi hikmawan said...

makanan lebih sehat dan tetap bergizi la

tehr said...

betul tu, rain
tak baik tu kalau dedah2kan je suka hati
membazir dan merosakkan keindahan yang ada

Khairul Antasha said...

hehe..terbaik!..ada pesanan di sebalik tayangan gmbar

gnesop.com said...

kalau tgk kedai jual makanan penuh lalat mmg x lalu.. tp jika di cameron, ada musim yg akan dipenuhi dengan lalat :)

Pia said...

"betul2 tu cik rain..bawak2 ler bertutup sikit..kalau dah kena hurung, langau tu lak disalahkan..emm,lama tk jenguk sini...maklum ler asyik ujan jer..hehehe.."

aleen aiden said...

ayat "last makan nasik goreng usa masa duk obersi dulu" tu sengal ok.hahah

RerameUngu said...

ekekekeke..ni mesti tergude ngan siakap tiga rasa tu kan..ngehngehngehngeh...

Rain said...

DILL | bab lapar jangan tahan dill. order nasi untuk rain sekali ;)


~KERLIGARFIELD~ | main goreng je, nak story sal makan tapi terbabas pulak mari idea gitu ;)

terima kasih faham :)


LYDIA MIZA | selera masing-masing, tapi mesti pilih yang terbaik bukan?...

CIK CIPUT | alhamdullah :) sama-sama kita pelihara.

RUSYDI HIKMAWAN | yang berkhasiat membahagiakan kesihatan :)

Rain said...

TEHR | larangan dan suruhan dalam ISLAM itu sudah sempurna dan indah, kita sahaja yang perlu melaksanakan :)


KHAIRUL ANTASHA | lapar sebenarnya hihi.. :)

sama2 kita manfaatkan yang baik.

GNESOP | oh ya? rain baru tahu.. . kenapa ya? nak kaji nnt hihi

PIA | memang apa pun kena berbalik pada diri sendiri. larangan, suruhan sudah ada. didikan, nasihat sudah diajar. iman diri perlu juga dipelihara..


he.. memang setiap petang hujan. malam sejuk je. awal la berbungkus selimut he.. musim rain! :)



ALEEN AIDEN | haha teringin! tapi tak nak ke sana, mahu KOREA he..

RERAMA UNGU | haha tahu xpe.. gugat iman ai! idea dari situ :) thanks dear

Melati Qistyna's Mummy said...

Err, buleh tempah tudung saji ek kat sini... :D

Rain said...

MELATI QISTYNA'S MUMMY | he... gurau saja sis. dulu je arwah nenek buat :)

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template