empat penjuru dinding putih di depan mata. tingkap yang dimasuki cahaya semulajadi. aku membaringkan diri. terus merenung dan berfikir.
benar seperti kata dia. dalam hidup boleh ada pelbagai impian, pelbagai angan angan. semua ingin dicapai.
tapi, satu yang perlu diingat, dalam satu masa kena ada satu impian dan matlamat baru boleh terlaksana dengan sempurna. sekiranya hendak mendaki gunung tapi dalam masa yang sama hendak belayar di lautan, pasti kamu tenggelam di lautan itu bersama angan angan yang menelan diri.
jangan tamak dalam hidup, kejar satu persatu. masakan seseorang boleh mengejar dua ekor ayam jantan yang bertempiaran lari ke arah yang berbeza?
datang semula semangat untuk mencari ilmu.
Wednesday, October 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 yang simbah cat:
betul rain kadang2 kita akan tenggelam dlm lautan angan2,jika kita terus bermimpi yg indah2 tanpa menyedari setiap yg indah tak semestinya jadi milik kita..jadi perkara terbaik adalah mengejar & mencari ilmu..nice entry..
yg penting fokus. pd yg satu. smpi yg satu tu menjadi. betul2 jadi.
yang paling penting
AISKRIM!...
err...sori, lari tajuk :P
MAMA AINI | bicara seorang ibu jarang tersilap. terima kasih mama bagi semangat. :)
KHAIRUL ANTASHA | tepat sayang. rindu cahaya kamu
BELALANG HIJAU | kawen lagi penting! uh tak sabar :P
jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran... :)
selamat study? study kan... XD
kalau nak kejar dua orang yang berlari ke arah yang berbeza,mungkin aku kena gunakan jurus pembagi bayang.haha.
betul tuh.impian jangan sampai cuma jadi angan-angan kosong.percuma jer berimpian.
CIKYA he.. sgt bermakna ayat tu. hampir hampir tercicir. syukur cepat tersedar.
dalam proses :D
GHOST WRITER | buat aku teringatkan komik pahlawan naga berkembar hehe.. jurus siput berpusar.
aku bersyukur oksigen diberi percuma untuk kita semua terus hidup :D
betul2
bila kita ke kanan, dah pasti tak dapat ke kiri
TEHR benar :)
kena beratur ikut kepentingan impian, bergerak ke kanan dulu ok.
Post a Comment