part 1 | Misteri Lelaki Itu
aku berasa dadaku sesak. Sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa, walaupun terasa amat payah dan menyakitkan.
Di waktu itu aku rasakan ada sesuatu yang berjalan perlahan-lahan dari dadaku. Ia terus bergerak ke kerongkongku. Sakittttt! Sakit... rasanya. Ngilu dan pedih silih berganti. Keluar air mataku menahan rasa sakitnya yang tidak terperi.
Oh Tuhan, apa yang telah berlaku pada diriku?
Dalam keadaan yang masih sukar bernafas, benda tadi memaksa untuk keluar dari tubuhku. Khhh... khhhh... kerongkongku berbunyi. Sakitnya rasa. Teramat sakit. Pedih, ngilunya seperti segumpalan kapas basah sedang ditarik dari ranting yang dipenuhi duri.
Aku cuba menahan benda itu supaya berhenti, jangan bergerak lagi dari kerongkongku. Tapi ia terus juga berjalan dan aku tidak mampu menahannya. Badanku gementar, peluh keringat meluncur deras. Mataku terbelalak semasa benda itu berkisar dari kerongkong menuju ke muka dan kemudiannya ke ubun-ubun. Air mataku tidak berhenti mengalir kerana sakitnya tidak pernah tergambarkan.
Akhirnya tangan dan kakiku kejang seketika setelah benda itu meninggalkan tubuhku. Kemudian aku melihat benda tadi dibawa pergi oleh lelaki misteri yang tadinya berdiri di depanku. Dia berlalu begitu saja, hilang dari pandangan.
siapa lelaki misteri itu? sungguh aku keliru sekali. akan datang kembalikah 'dia' untuk menuntut sesuatu dalam diri aku. aku tiada jawapan. tunggu kemunculan dia selepas ini.
Monday, October 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 yang simbah cat:
aaaaaaa.... hehe! :-)
sori sangat, tak leh ending stori lagi sebab agak panjang, tak nak ada yang jemu masa baca ..
next, the story will be ending
and tq so much for support! really appreacite.
muah!
adeihhhh...masih belum dpt tangkap citernye..tup-tup abih dah..huhuhu.. xpe..nanti sambung lagi..iskk.. banyok no iklannya !
akupun tertanya-tanya apakah lelaki misteri itu yang menghantar benda tuh dan kemudian membawanya pergi semula..so misterius deh.
BTK hehe.. ngamuk nampak.
A.SAMAD JAAFAR suspen baik untuk jantung sekali sekala haha..
tak nak kasi orang muak baca entry panjang panjang..
GHOST WRITER aku sangat suka benda misteri. jangan teka lagi, siri ni dah tamat, jangan lupa baca yup
Post a Comment