kak, muka dia ni macam akak
mana?
ni..
hahaha, tau tak tu sapa? heliza helmi tu
okay, tu mukadimah oleh si kecil masa pagi tadi. kang aku cakap aku iras heliza helmi ramai plak muntah tulang ikan. better heliza helmi iras aku kehkehkeh.
esok masuknya tahun baru, 2012. sebenarnya 27 november haritu lagi kita dah masuk tahun baru. kalander islam bagi tahun 1433 Hijrah.
ramai bercakap pasal azam bila masuknya tahun baru. panjang senarai yang dikarang setinggi impian yang mahu dilaksana. tahun ni mahu buat ni.. mahu buat tu. mahu.. segala macam kemahuan bersarang diminda.
harapan pasti untuk melihat impian terlaksa jaya.
namun, pada aku insan yang sangat lemah ini, aku lebih melihat kepada kejayaan melalui semua cabaran yang datang. bila diuji, automatik kita akan kuatkan hati, jiwa, minda untuk sama kuat berdepan dengan ujian.
diimbas kembali 2011 merupakan satu perubahan yang mengalihkan tanggungjawab menjadi anak 'sulung' dan berperanan 'ibu bapa'. sungguh, terasa berat! mendidik dan menasihati mereka yang di alam remaja suatu cabaran yang bukan sikit. memberontak, mahu mencuba segala yang baru, kepinginkan bebas merupakan jiwa mereka yang sedia ada.
mula aku pikir, ah macam mana la aku nak didik anak aku nanti. baikkah akhlaknya nanti? indah kawen kalau dari segi fitrah, dari segi tanggungjawab, kena ada persediaan dan ilmu yang cukup.
so, berputus harapkah aku pada perkahwinan. semestinya tidak!
ehihihi . sapa tak nak kawen?
tapi kawen tu bukan target 2012. harapan untuk jangka panjang cuma.
2012 adalah masa untuk melengkapkan diri dengan ilmu. cukuplah itu pointnya. ilmu luas skopnya. apalah ada jika bicara panjang tapi tidak melaksanakan.
ayuh mulakan impian kamu!
terima kasih membaca hingga sudah.
doa saya pada yang membaca, semoga ilmu kita semua sentiasa bertambah :)
RASULLAH S.A.W BERSABDA MAKSUDNYA,
"Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga."
(H.R.Muslim)
Saturday, December 31, 2011
Monday, December 26, 2011
terasa
diperli itu kadang kadang menyedarkan akan kesilapan diri tapi disindir dengan kata yang menikam hati tu membuat jiwa kepanasan untuk menampar orang.
gurau kasar memang diterima, tapi untuk kali pertama cuma. kalau sudah kali ketiga, kau pikir hati ni dibuat dari kayu?
dalam hati ada agar-agar yang lembut tau!
ke aku ni jiwa kacau?
gurau kasar memang diterima, tapi untuk kali pertama cuma. kalau sudah kali ketiga, kau pikir hati ni dibuat dari kayu?
dalam hati ada agar-agar yang lembut tau!
ke aku ni jiwa kacau?
label
emosi
Wednesday, December 21, 2011
temenung yang melambung
ramai yang berjejeran tepi sungai tidak jauh dari bendang yang sedang menghijau. memegang kail dari buluh bersama dengan tali tangsi, mengguna umpan cacing cuma, masing masing mengharap rezeki dari lubuk sungai untuk di ditarik naik pada hari itu. agaknya keli, haruan, puyu pasti gelisah tak senang berenang.
ikan laut mahal sekarang.
masa bulan puasa haritu, ikan yang dijual RM2 hingga RM3 cuma. zainab memang pantang nampak ikan murah. matanya mula naik $_$. ni bukan makna bermata duitan, tapi kasih sayang! ikan yang dibeli banyak banyak dijamu kucing barang sekor dua. zainab kedekut orangnya, tapi melibatkan kasih sayang kepada kucing dia jadi tak keruan, mungkin kucing lebih kacak di matanya. buat dia cair gitu.
berbalik pada kisah ikan, zainab terkejut bila minggu lepas dia ke pasar pagi jumaat lalu terjadi perbualan :
"kacak, kacak. berapa sekilo?" soal zainab pada abang tersebut dan merujuk pada ikan temenung (ikan kembung) yang agak kurang subur.
"SEPULUH RINGGIT SEKILO comei"
"nah aih, awat mahai sangat!"
"ikan tak dak la ni"
"kesian kucing saya kat rumah tu"
"kucing yang kenyang, tuannya keding!"
"ok. saya tak jadi beli ikan ni"
zainab memblahkan diri ke tempat jual ikan yang lain. dia terjumpa selonggok ikan yang dijual sekilo lapan ringgit. dengan sebalnya zainab beli setengah kilo sahaja.
sampai sahaja di rumah, belum sempat enjin LC sejuk, berderu kucing yang paling kacak serbu kaki zainab. mummy zainab merampas dengan lembut ikan di tangan zainab lalu memberi sekor ikan yang paling tembun kepada kucing zainab yang paling montel.
"MAKKK!!!! mahaii ikan tu. soploh rengget tu!
"kucing doakan rezeki tuan yang beri makan"
ok. zainab diam.

kisah
Saturday, December 17, 2011
vice versa
seronok rasanya bila boleh boleh kenang sesuatu yang manis sebab buat kamu senyum dan terus senyum dan hanyut dalam kenangan sampai ada yang tegur "apa senyum senyum?"
senyum kerna ada hati yang berasa bahagia.
--;-<@
pilu sangat bila melihat kanak kanak yang berbadan besar dibuli. dia meluah rasa hatinya dengan memukul mukul pada bantal. "dik, jangan nagis ya"
nagis tak bisa pulih apa apa. tapi itu yang terbaik dan melegakan sedih hati.
berpendapat anak anak tak berdosa apa apa.
mereka yang dewasa mencorak dan membentuk acuan buat mereka si kecil ini.
label
emosi
Thursday, December 15, 2011
ulang tahun lanjut usia buat acap
kepada adinda yang comel, asraf zainudin.
kakanda mohon ampun sekiranya lewat beberapa jam mengucapkan ulang tahun tumbesaran yang ke dua puluh dua. diharap adinda tidak lagi berkecil hati kerana kakanda berada di dunia pelangi yang jamnya terlalu awal dan menyebabkan kekanda terpaksa beradu awal di pembaringan.
terima kasih juga adinda banyak menyokong kakanda selama ini. kakanda doakan adinda bahagia dunia dan akhirat.
kakanda tida boleh menulis panjang lebar kerna dikuatiri ramai yang loya hijau di rumah bonglo merah kekanda ini. bimbang lobak merah yang ditanam di lama kakanda bertukar ke lumut hijau.
-salam taj mahal buat adinda-
ps/ : besday acap 14 disember. lewat dua hari. he... sori =.=

Sunday, December 11, 2011
rasa
percaya tak rain boleh duduk saja tanpa membuat apa apa cuma merenung ke arah empat ekor kucing dalam masa melebihi setengah jam. ketenangan yang hadir masa tu tak sama dengan ketenangan mendengar muzik kegemaran atau pun ketika berada di pantai atau pun ketika melihat matahari terbit.
dan rupanya ada perasaan yang berbeza tika melihat matahari terbit dan matahari terbenam.
matahari pagi membawa satu sinar bahagia yang baru dan suatu rezeki yang tidak dijangkakan. seperti membawa bersama HARAPAN.
matahari petang membawa satu rasa yang kelam dan membuai rasa untuk kembali ke masa lalu yang kelam. tenggelam. satu rasa yang sedih bersama tenggelamnya sinar matahari membawa gelap malam.

Wednesday, December 7, 2011
"mari ikut adik ke sana"
di awal subuh hari, membangunkan diri menyembah kepada Dia Yang Esa.
masih terkejut jasad ini mengenangkan mimpi air mata ibu, melihat kain kafan putih, dan bila mayat si kecil tiada berdosa terkujur kaku, bangun lalu menyapa :
" datanglah ke sini. ikut adik pergi. sungguh tenang di sana "
" tidak! tak mungkin. aku masih banyak dosa. banyak lagi yang aku belum mohon ampun "
terjaga dengan rasa keinsafan yang membungkus diri, berlalu pergi mengaliri diri dengan wuduk lalu tunduk sujud penuh kesyukuran dengan nyawa yang masih diberi.
pagi itu memberi aku satu nafas yang rasanya lebih baharui dari semalam.

Monday, December 5, 2011
aku mengalun rindu je
bertuah ya pelakon lelaki boleh merasa nikmat pegang terus perempuan, dan yang perempuan boleh ramaikan lagi mata mata lelaki untuk melihat keindahan tubuh mereka.
banyak lak adegan atas katil di bawah selimut.
haih.
entry ni semasa tengah sakit kepala.
new!!
try kelik kat mana-mana gambar dalam blog ni .. (dia tak akan ke new tab)
ombak mengalun rindu, kasih bila akan bertemu, ombak itu suara hatiku -
sakit pale pun jiwang gak aku ni kan
label
emosi
Subscribe to:
Posts (Atom)