Monday, October 31, 2011

tudunglah makanan itu

19 yang simbah cat
apa perasaan kamu jika sedang lapar kemudian ternampak makanan yang mengecurkan liur sehingga mata tak berkedip. teringin sekali mahu mencuit dengan jari dan menjilat bukan?

tapi sayangnya hanya mampu menahan nafsu makan sebab itu gambar semata-mata.

haha.
last mamam nasi goreng USA masa aku duk oversea dulu. heh (nipu je kejo)


sangat bengang bukan?

ya aku merasainya sebab aku pun geram sekali dengan mereka yang sekadar menjemput aku untuk MELIHAT. (sebenarnya aku yang terlihat). tapi mereka juga yang menayang bukan?


disebabkan makanan itu sedap, ramai yang melihat kerana sangat memikat hati lalu memerangkap beberapa mata untuk memandang, menghidu dan menyentuh.


makin lama terbiar makin terdedah makanan yang enak itu sehingga mengundang jejaka kacak seperti LALAT untuk datang menyedut dan menghisap.

apa kamu akan benarkan makanan sebegitu enak diragut oleh lalat kerana kamu sendiri yang rela mendedahkan makanan itu?


aku pun loya untuk melihat.

TUTPLAH MAKANAN KAMU DENGAN TUDUNG AGAR TIDAK DIHINGGAPI LALAT HIJAU YANG GATAL. TUDUNG SAJI PUN BISA.

tempah dengan aku okey :)


kamu faham bicara ini?


*aku pening lalat. ayat memalukan je. dah la pas raya ni nak exam SPM :P

Friday, October 28, 2011

some feeling can't explain by words

16 yang simbah cat
no word can describe my feeling today, there are some quotes I found on Facebook that show my feeling right now.






credit to FACEBOOK

Thursday, October 27, 2011

mimpi dalam mimpi | mawar merah

16 yang simbah cat
badan Jue tidak bermaya. dia terasa sangat letih. dengan lembiknya dia merebahkan badan di tilam empuk. dirinya semakin terawang dalam bulatan dimensi ruang yang membawanya ke alam mimpi.


khayal. mabuk mimpi masih menguasai diri.


Jue terjaga sambil memisat mata. pandangannya kelabu mulai cerah. terkejutnya bukan kepalang. ternyata dia tidak bermimpi. Jue sedar. kelihatan sekelilingnya dilingkungi warna merah. jarang diberi kejutan sebegini indah. tatkala ini mawar merah memenuhi ruang biliknya! dia pinta cuma sekuntum, tapi kini bukan sejambak, tapi bertandan-tandan bunga mawar merah bertindihan. tiada ruang jalan untuknya. 



beri laluan beri laluan..! Jue Azam nak seberang lautan mawar 




ya merah kesukaannya. merah lambang perasaan yang membara.


perasaannya riang. bila terjaga sahaja dari tidur yang panjang dia ditaburi dengan keindahan bunga. bahagia sekali rasa. sesuatu yang sangat senang jika bangun dari tidur dihidangi dengan berita indah bukan? sangat bersemangat untuk memulakan hidup dalam hari tersebut.



saat bahagia membungkus diri, ibunya mengetuk pintu. Jue tersentak. dengan sentakan itu juga menyebabkan bunga mawar yang bertandan-tandan itu seperti disedut oleh suatu dimensi dan mengosongkan ruang bilik. Jue tersedar sekali lagi dan dia melihat dirinya terbaring di ruang kosong biliknya tanpa warna merah. yang ada hanya keluhan si ibu "apa nak jadi ni, pas subuh tidur balik. dah kol berapa ni, g kerja cepat!"


oh pilunya hati! mimpi dalam mimpi cuma.





Jue dengan senyum sinisnya lalu mencapai handphone sonia eriksun dan menaip :

"saya mimpi awak bagi bunga penuh bilik ni tadi."

sent to zoul 


tingtong. bunyi message masuk inbox Jue. from zoul :

"haha, nanti laa.. ni tak g keje ke?"



dan Jue tersengih teringat yang kawan baik dia post dekat facebook semalam :



Tuesday, October 25, 2011

sonia, jangan tinggalkan aku!

20 yang simbah cat
saya sunyi ni. kerja sorang sorang. tiada berteman.
kemurungan saya hari ini.

rupanya teman saya bernama sonia eriksun tu tertinggal di rumah.

tsk tsk.

saya lelaki. ada awek. tapi awek saya tak message pun semalam. saya cuma...cuma risau dia je. bimbang dia diculik ke dunia lain.

tolong la saya. tolong borak dengan saya ea. saya tak nak sunyi sunyi. nanti cepat pulak beruban.



                                                                                                                  benar sentiasa,
                                                                                                                  buah jantung rain

Saturday, October 22, 2011

fantasi rain | gen binatang

17 yang simbah cat
satu perkara yang buat aku musykil sampai sekarang ialah gen aku ni pure manusia ke tak?

hu hu.

sejak kena gigitan cinta Si Tikus, aku semakin sensitif dengan bunyi bunyi segala jenis binatang. macam Alice in Wonderland pun ada. cuma belum boleh memahami bahasa binatang.

Berita Terkini,

Si Gebu datang belakang aku buat love bite. ooh memang spontan la aku tertampar. sungguh. terkejut sangat. nasib baik lagi belajar silat tak habis. kalau tidak, naya je kojol kucing oi.
terpikir juga aku kenapa sampai dia boleh datang dekat, kemuadian serang belakang.

badan aku ada bau tikus ke?
ke dia nampak ada ekor kat belakang aku?

musykil lagi.

=.=

sejak akhir akhir ni pulak asyik layan komik lawan pedang dengan novel fantasi awang mursyid. bimbang gak aku kalau terpengaruh sangat sampai rasa realiti.

okay aku kembali positif. mungkin kucing aku bagi hint suruh aku carikan calon isteri buat dia. gatai noo hang nak mengawan!     

"gatalnyer saya.. awak.. awak tolong garu kejap badan saya ni. auuuuw.."
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

Friday, October 21, 2011

bertunang

19 yang simbah cat

seronok bukan dapat bertunang?
hobi aku pergi majlis kawan-kawan bertunang.
sebab aku sangat teruja tengok mereka cantik.
semoga hati turut sama cantik.

Thursday, October 20, 2011

pilu

4 yang simbah cat
aku sedih ada kamu kisah. aku terluka ada kamu peduli. pejamkan mata. hitam menenggelamkan aku dalam perasaan.

Wednesday, October 19, 2011

matlamat satu

10 yang simbah cat
empat penjuru dinding putih di depan mata. tingkap yang dimasuki cahaya semulajadi. aku membaringkan diri. terus merenung dan berfikir.

benar seperti kata dia. dalam hidup boleh ada pelbagai impian, pelbagai angan angan. semua ingin dicapai.

tapi, satu yang perlu diingat, dalam satu masa kena ada satu impian dan matlamat baru boleh terlaksana dengan sempurna. sekiranya hendak mendaki gunung tapi dalam masa yang sama hendak belayar di lautan, pasti kamu tenggelam di lautan itu bersama angan angan yang menelan diri.

jangan tamak dalam hidup, kejar satu persatu. masakan seseorang boleh mengejar dua ekor ayam jantan yang bertempiaran lari ke arah yang berbeza?


datang semula semangat untuk mencari ilmu.

Wednesday, October 12, 2011

part 3 | misteri 'lelaki' itu tamat

4 yang simbah cat
part 1 | Misteri Lelaki Itu
part 2 | Misteri Lelaki Itu

Namun setelah itu aku berasa tubuhku jauh lebih ringan. Sihat, segar, lega, tidak seperti biasanya. Fikiranku lapang. aku bangun dan berjalan ke tingkap untuk menghirup angin petang yang damai dan tenang.

"Abanggg!!!"

Tiba-tiba aku terdengar adik bongsu aku menjerit. Aku segera berpaling. Kulihat adik-adik dan mak abah berhamburan ke arah seseorang yang sedang tertiarap tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin, kulitnya membiru.

Siapa dia? Mengapa adik-adik dan mak abah memeluknya sambil menangis? Mereka menjerit dan meraung. Mak aku seolah-olah tidak mahu melepaskan orang yang terbujur tadi. Siapa dia? Siapa lelaki itu?

Lalu aku bergegas ke sofa. Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia.. dia.. dia mirip dengan aku! Bentuk badannya sama denganku. Ya Allah, apa yang sedang berlaku padaku ini???

Aku cuba menarik tangan mak, tapi tidak mampu. Aku cuba pula untuk merangkul adik-adikku, juga tidak berjaya. Aku berusaha lagi menyentuh bahu ayah, sia-sia semua perbuatanku.

"Abang di sini, mak! Abang di sini!"

Aku cuba memberitahu mak bahawa lelaki yang terbujur itu bukan aku, tapi mak tidak peduli. Mereka seolah tidak mendengar teriakanku. Seolah mereka tidak mendengar teriakanku. Seolah mereka tidak melihatku. Dan mereka terus-menerus menangis.

Aku sedar kini lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati! Aku telah meninggalkan mereka. Aku sudah berada di suatu alam lain. Tidak guna aku menangis dan berteriak lagi, mereka takkan mendengar suaraku.

Di saat itu aku terlalu sedih. Selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membalas jasa mereka. Tapi waktu telah berakhir. Aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Apa yang akan terjadi padaku selepas ini? Aku ketakutan apabila teringatkan belum bersolat! Aku takut, aku takuuutttt!!! Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkanlah dosakuuuuuu!!!

Monday, October 10, 2011

part 2 | misteri 'lelaki' itu

5 yang simbah cat
 part 1 | Misteri Lelaki Itu

aku berasa dadaku sesak. Sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa, walaupun terasa amat payah dan menyakitkan.

Di waktu itu aku rasakan ada sesuatu yang berjalan perlahan-lahan dari dadaku. Ia terus bergerak ke kerongkongku. Sakittttt! Sakit... rasanya. Ngilu dan pedih silih berganti. Keluar air mataku menahan rasa sakitnya yang tidak terperi.

Oh Tuhan, apa yang telah berlaku pada diriku?

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas, benda tadi memaksa untuk keluar dari tubuhku. Khhh... khhhh... kerongkongku berbunyi. Sakitnya rasa. Teramat sakit. Pedih, ngilunya seperti segumpalan kapas basah sedang ditarik dari ranting yang dipenuhi duri.

Aku cuba menahan benda itu supaya berhenti, jangan bergerak lagi dari kerongkongku. Tapi ia terus juga berjalan dan aku tidak mampu menahannya. Badanku gementar, peluh keringat meluncur deras. Mataku terbelalak semasa benda itu berkisar dari kerongkong menuju ke muka dan kemudiannya ke ubun-ubun. Air mataku tidak berhenti mengalir kerana sakitnya tidak pernah tergambarkan.

Akhirnya tangan dan kakiku kejang seketika setelah benda itu meninggalkan tubuhku. Kemudian aku melihat benda tadi dibawa pergi oleh lelaki misteri yang tadinya berdiri di depanku. Dia berlalu begitu saja, hilang dari pandangan.


siapa lelaki misteri itu? sungguh aku keliru sekali. akan datang kembalikah 'dia' untuk menuntut sesuatu dalam diri aku. aku tiada jawapan. tunggu kemunculan dia selepas ini.

Tuesday, October 4, 2011

part 1| misteri 'lelaki' itu

9 yang simbah cat
Seperti biasa setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa melepas penat. Asar sudah di penghujung, tapi aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Adik-adik dan mak abah sedang berkumpul di depan televisyen di tingkat atas banglow, manakala aku tersandar di sofa. Tubuhku letih memikirkan timbunan masalah di pejabat.

Dalam keletihan tadi, tubuhku disegarkan oleh angin dingin yang menghembus tepat dimukaku. Aku hampir terlena, hinggalah selang beberapa lama kemudian 'seorang' yang tidak nampak dengan jelas muka dan batang tubuhnya, tidak semena-mena sudah berdiri di depan mata. Dia persis seorang lelaki dan tajam memerhatikan aku.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba itu. Sebelum sempat bertanya 'siapa kamu?', tiba-tiba


terpaksa bersambung esok. insyAllah..(kes kecemasan)
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template