cemei betei renbo keludi ni...
tak sangka selepas demam panas dua hari akibat menelan dua ulas durian sebaik sahaja berbuka puasa pada hari yang ketujuh di pengakhiran syaaban ini, dan apabila aku kembali bekerja, ayat pertama aku dengar
"dik, dik, tolong fotostat jap"
"dik, boleh print tak?"
dan orang yang bertanya itu pelajar STPM.
maknanya rupa paras aku ni persis 18 tahun ke bawah!
kah kah kah.
aku nak demam lagi sekalilah dan masuk wad kalau boleh buat aku makin comel, muda, remaja dan segerombolan dengannya.
sebelum aku demam tu, berminggu-minggu aku keje, aku dengar ayat ni je
"kak, fotostat ni jap"
"kak, pc6 'hang', camner nak buat"
"kak, awat tak connect ni"
paling sedap ayat yang aku dengar
"kak long, fotostat kat pakcik yang ni sat, 2 keping"
pastu, baru je tadi ada pakcik nak bayar, then cakap
"nah dua ringgit, ingat pakcik sampai bila-bila naa"
ha ha ha ha. baiklah PAK. ceq ingat! jawab lam hati je lah
moral satu : jangan baca entry budak saiko yang tengah gila mencari kerja. kih kih kih
moral dua : kematian sentiasa di ingatan bila kesakitan menduga.