Friday, June 24, 2011

oh putera. matilah dikau malam ini!

jenab keliru.. tido malamnya sudah tidak nyenyak.. terbayangkan-bayangkan putera. dia takut untuk tidur. takutkan kedatangan malam.

dulu dia seorang yang agak berani. berani dalam kegelapan. katanya indah tidur dalam gelap. nyenyak.
masanya pula banyak dihabiskan untuk bermimpi. asalkan namanya tidur, dia pasti mengalami mimpi. setakat ni mimpinya tiada kebasahan.

bermula suatu saat itu....

kehadiran putera mengejutkan seluruh jantung si jenab. bukan saja jenab, malah 1 famili jenab terkejut dan terganggu tidur malam apabila jenab kerap meracau dan terjerit tak tentu arah. bukan mengigau, tapi realiti yang putera menggigit jari jenab.

bukan sekali dua, masuk semalam, sudah 4 kali jenab digigit putera. itu bukan gigitan cinta biasa. itu gigitan maut. gigitan yang boleh membuatkan jenab diserang Leptospirosis. itu yang mahu dijauhi. dia tidak mahu lakinya bergelar duda.

jenab geram. putera keterlaluan. apakah dosanya. adakah kerana cinta tidak berbalas, putera menggigit jenab. esok jenab mahu beroperasi membunuh putera.

berpesta la engkau sebelum aku berpesta!

jenab berharap esok adalah hari bahagia buatnya. semoga putera tikus mati dalam perlarian!

9 yang simbah cat:

mat ketawa said...

bunuh jgn x bunuh!
tu la sapa soh comei sgt...kan dah geram tikus2 tu tgk...wakakakak

PenjuruKosong said...

berani betul putera tu~~

hahaha
ingat cerita horror td..

Rain said...

comei tu org rumah saya, saya encem je hehehe

Rain said...

@cassia - karangan tanpa rangka, nk buat suspen + lawak mcm mamat khalid belum cukup latihan hahaha..

nk gali kubut untuk arwah putera jap~

Mr.Superman said...

Awak... :) best.kelakar,mle2 ingt cte hantu.haha

ghost said...

jangan cari pasal dengan putera tikus..nanti dikerahnya seluruh bala tenteranya menyerang..

intan.maisarah said...

kenapa kene mati dalam perlarian?

Rain said...

@STALKER - tikus tu yang berhantu he... gelak laaa, yg rain terketar2 takut taw... hu

Rain said...

@GHOST - tingat rattatoil!!

@SARA - tikus mati ketika berlari mengejar ambulans - tertelan racun tikus! huu

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template