Sunday, June 19, 2011

peluang bernafas

sepanjang dua minggu lalu..

terdetik dalam fikiran aku, bagaimana rasanya diri bila saat malaikat maut menjemput.
ya, tiada jawapan untuk soalan itu.

ingin sekali aku tahu tanda-tanda orang yang akan meninggal. benarkah kelakuan mereka ganjil dari kebiasaan. sebelum tidur sering aku berfikir adakah mata aku akan melihat kembali dunia atau aku akan melihat dunia yang satu lagi.

bersediakah 'amalan-amalan' aku untuk menjawab segala pertanyaan mungkar nakir. sehari demi sehari mulut, tingkah laku melakukan dosa-dosa kecil secara sedar atau tidak sedar.


khamis 16 jun 2011..

takdir yang tidak aku sangka sekali, aku dihantar oleh ambulans ke wad kecemasan hospital sultanah bahiyah. seperti mimpi ngeri.
semasa sesak nafas itu, aku ingin sekali ada seseorang yang menampar pipi aku dan mengejutkan aku dari mimpi yang tak ingin aku lalui.

jujur, aku rasa nyawa aku sudah separuh melayang.
tangan, kaki semua sudah kejang. sejuk. tangan tak berdarah. biru. nafas tersekat-sekat.
aku dengar orang sekeliling suruh aku mengucap, ingat Allah banyak-banyak. riuh suasana pejabat masa tu. aku tak nampak keliling.
mata pejam rapat.

aku rasa tubuh melayang diangkat orang. dalam ambulans aku mula tersedar bila diberi topeng pernafasan. doctor muda tu kata oksigen lebih dalam darah. katanya aku bernafas terlalu laju.
itu aku setuju mungkin sebab terlalu takut n trauma, tapi aku tak boleh terima bila dia cakap aku stress.


lebih kurang gini la muka tak cun aku masa tu..


" adik pikir gapo dik " . soalan ni memang buat aku tersentap. aku bukak mata tengok doc tu. hensem. muda. tapi aku panas hati betol dengan ayat tadi.
nak sangat aku jerit yang aku sesak nafas bukan sebab stress, ni sume sebab TIKUS la!!! pagi tadi tikus gigit aku la. dah TIGA kali taw tikus gigit aku. aku agak tu tikus jelmaan yang cuba ngorat aku!!
perghh sempat lagi aku perasan, tapi kata-kata tu terluah dalam hati je.

lewat petang sebelum pukul 7, aku dah agak stabil, doc kasi aku balik.

aku bersyukur sangat Allah terima doa hambaNya ini agar diberi peluang untuk meneruskan hidup dan peluang untuk menambah amal sebelum DIA betul-betul mengambil nyawa aku ini.

7 yang simbah cat:

blog-tips-kurus said...

(nak BANYAK kupang!)
cik Ti tu tersasul ke? gigit kaki rain je.. :-)

ghost said...

ouh rain...

alhamdulillah,tuhan itu telah buka satu ruang untuk kamu bernafas semula.gara-gara tikus saja sudah mau sampai hilang nyawa.phobia kalich..hihi

hye..aku juga sudah lama tidak datang sini.harap semakin okay.

intan.maisarah said...

rain.

sara juga selalu berfikiran seperti kamu



semoga kamu baik baik sahaja tau

yana yahya said...

finoooo..aku bru tau...
ape jd kat hg nie....ok dah ke??
sori late..bru pasan

Rain said...

@BLOG TIPS KURUS - tikus mamai la tuu.. bgun tgh mlm sesat masuk kelambu .huu

Rain said...

@GHOST - alhamdullah.. tu saja yg mampu aku ucap masa dapat kuar wad. peluang bernafas di muka bumi mmg satu nikmat


@SARA - syg... terima kasih. doa kamu sgt dihargai.

Rain said...

@YANA - hurmmm.. pengalaman.. xpenah aku imagine nk duk hospital kecuali time beranak nnt haha.. nnt aku rojer, senang sikit nk stori kay

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template