Friday, April 29, 2011

hati

7 yang simbah cat
perasaan tak boleh dihalang, tapi boleh dikawal

andai lontaran kata dari bibir merah sama dengan percikan bicara hati,
satu kesalan yang bisa memusnahkan beberapa keping hati.

manusia punya hati. 

hati yang berbelah bahagi. hati yang keras. hati yang lembut.

dan hati yang degil
bisa goyah kerna kata-kata yang semanis tebu



lelaki punya hati yang ego. jiwanya sedikit keras. tak bisa goyang ditiup sepoi.

perempuan punya hati yang lembut. jiwa yang sedikit sensitif. mudah terpengaruh suasana.

lelaki, maafkan aku.
aku mengaku mudah tergoda. tergoda bukan bererti kamu sudah berjaya. cuma keyakinan aku dengan pendirian diri sendiri sedikit berganjak. aku degil. tapi hati aku sudah goyah dan goyang kerana kata-kata penjanji yang belum tentu boleh ditunaikan.

lelaki, jaga janji kamu.
jangan melukakan hati kekasih yang dicintai.
hati isteri yang disayangi.
hati ibu yang berkorban.

wanita, jaga tingkahmu yang bisa meruntun jiwa lelaki.
jaga sopan. jaga pakaian.
lelaki tak bisa menahan.
kadangkala aku sendiri jengkel lihat perempuan yang tergedik-gedik.

aku pun gedik tapi gedik dalam bilik sudah!

Thursday, April 28, 2011

aku tinggalkan makanan aku

9 yang simbah cat
aku harus lupakan makanan kesayangan aku
aku harus lupakan biskut kesayangan aku
aku harus lupakan mimpi-mimpi hantu yang menggannggu tidur aku

haha
haha
haha

mengapa harus ketawa?

aku tak mahu menangisi sebuah khayalan indah

sedangkan realiti di depan adalah cinta sebenar aku
yang wujud bukan hantu
tapi zombie



aku pergi yang ghost

dan aku kembali ke dunia zombie

kalau betol2 memahami mantra kat atas, gambar ni tiada kaitan. cuma nk bagitaw saya suka makan baulu cicah air. sila amik perhatian, sebab birthday saya ialah bila HARI HUJAN! :p

Wednesday, April 27, 2011

aku mohon kekuatan hati dariMU

14 yang simbah cat
ya Allah,

aku tagih sedikit kekuatan agar aku kuat dengan semua ini..

sabarkanlah aku..

amin.......

Wednesday, April 20, 2011

tiada mimpi

4 yang simbah cat
kenapa ya tiada lagi rupa dan cerita aku dalam MIMPI dia

aku rindu kamu

7 yang simbah cat
AKU R I N D U KAMU

ya, kamu ..

kamu yang sedang membaca ini
inginku luah rasa agar kau bisa mengerti


suara hatiku


terubatkah rindu kamu yang membaca ayat di atas
maaf kalian yang menunggu,
aku eksiden seminggu
kini masih di wad ICU

yang benar,
LAPPY rainbowcloudy

Wednesday, April 13, 2011

konfius ngan jantina rainbow cloudy?

21 yang simbah cat
rain in daa house.. hoyeaaaaa!

uuupsss..cover sikit lompat tu.. 
nmpak perut buncit daa.. 
shekkkksyii taw.. namo sheksyi sheksyii..













rain ada macam-macam nk share (skrip artis pulok)
tapi sejak lappy duk wat ICU dan 
dikategorikan sedang nazak yang amat sangat,
idea yang datang tu hilang macam tu je
ibarat melepaskan kentut di awangan (eh xsenonoh lak ai arini)
maklum ler bukan otak span, tapi otak bocor he..

rain rasa rain dh cukup sopan selama ni
ayat liuk lentok je, kadang-kadang rasa jiwang semacam jerk,
boleh muntah kalu baca balik

tapi entah macam mana kejiwangan rain ni buat si dia konfius
ada orang kata gaya penulisan rain macam boy
blogger boy lah lam erti kata lain.


jantina rain ialah perempuan ye sayang..
so sila ngorat saya (ayat touya ahaha)
jangan-jangan, zombie sudah ngamuk!



jujurnya rain tak marah langsung,

suka lagi ada laa, 
siap gelak kuat-kuat 
sebab bangga kejap jadi brutal ahahah
maknanya ada orang konfius identiti rain
sebab selama ni rain je yang duk 
konfius identiti blogger-blogger yang misteri ni




dulu kecik-kecik memang rain brutal sikit.
kawan ngan geng laki, redah hutan sana sini
tapi bab-bab nanges ni tak leh lari
sikit-sikit merajuk kalu abang buli
pe lagi, kena sekeh la diorang ngan ayah rain
huehuehue gelak jahat (tiru gelak lucifer)

masa masuk matriks siap anti lagi geng-geng kapel ni
tambah-tambah lak member pun memang stail ganas-ganas slumber.
ganas-ganas still ayu okayy, jiwang karat tu still ada.

gurl laen g kelas pakai kasut sarung tu, ai pakai sandal yang laki punyer.
orang laki tengok memang diorang tak layan la
muka awek 'cun' macam rain ni
tapi serabai dari segi dresing ahahaha..

rain bukan mintak simpati okay, just nak citer zaman dulu-dulu..
bila tingat balik boleh senyum kerang sorang-sorang.
senyum mengingatkan telatah nakal sendiri..

last, rain rasa lately asik update entry yang bukan-bukan je,
merepek dan kandungan entry tak der moral value,
rasanya awal-awal dulu entry ada santapan jiwa gak,

kepada yang mengharap 'sesuatu' di sini,
dan anda kecewa,
saya minta maaf
saya lebih-lebih lagi kecewa
saya sedang menuntut ilmu hisab
sabar ye sayang.

sampai sini dulu rain merepek...


Sunday, April 10, 2011

kau ghost . si hantu biskut

21 yang simbah cat
sudah lama mahu bercerita tentang dia
aku jatuh cinta
dengan penulisan dia
penuh gaya
penuh mutu
penuh keunggulan

aku membaca blog dia
aku mengusha
aku meneliti
mencari realiti disebalik identiti
yang disembunyi

dia bijak
dia realistik

dia hantu yang berfikir
dia hantu yang berkata-kata
mengikut jiwa seni

seni dalam penulisannya
acapkali buat aku leka
seringkali buat aku kelu
aku buntu membalas kata-kata
yang keluar dari akalnya
kebenaran dan logik akal
tidak boleh aku sangkal

ya,
aku kagum dengan dirinya

yang dulu aku kenali dia dengan sekeping biskut
dia menghilang seketika
muncul dengan hantu yang telah menghantui
dunia penulisan

kau memang berhantu ghost @ bisk

ghost writer

dulu
aku bingung 
mengapa kau memilih
''aku bangkit selepas mereka fikir 'hidup' aku mati''

kini
aku mengerti
semakin mengerti
erti kehidupan
di sebalik erti hidupnya kamu

Thursday, April 7, 2011

jarum masa tidak berhenti berdetik

18 yang simbah cat
selamat pagi semua pacar-pacar yang rain sayang...

awek-awek sekalian , semoga dirimu terasa begitu berharga ^ _ ^

lebih kurang 50 jam yang lepas rain membawa diri ke dunia zombie
yang penuh dengan kegelapan dengan menaiki mesin masa.

setelah meredah beratus perjalan dengan seribu kesabaran,
rain jumpa ni , yang membuat rain tersedar dari lamunan panjang,


masa tidak pernah mempedulikan sesiapa jua
siang berganti malam
dan malam pula akan berganti siang
begitulah  peredaran dunia di bumi Allah ini.

kesedihan, kegembiraan, kematian, apa jua
yang manusia di muka bumi ini alami tidak akan menghentikan
pergerakan jarum jam walau sedetik jua.


benar..
apa pun yang berlaku,
yang hidup, perlu berhidup untuk meneruskan kehidupan.

kematian itu pasti.
selepas kematian, ada satu kehidupan yang kekal.
di sana ramai yang terkapai-kapai
kerana belum sempat membawa bekalan yang mencukupi

 ***



andai aku bisa mengundurkan masa,

aku mahu bersabar.
bersabar dan bersabar dalam apa jua yang diharungi.



selepas satu tempo,
kesabaran tu memberi satu kepuasan yang teramat luas ertinya.







cukuplah.....





cukuplah bermenung sampai di sini...

tunggu apa lagi tu yunk? ayuh komen n sambung buat keje he...

Monday, April 4, 2011

cinta itu oksigen. aku perlu oksigen itu

11 yang simbah cat
aku baru sedar
cinta itu memberi nafas

aku baru sedar
cinta itu oksigen kepada penghidunya

aku baru sedar yang cinta itu satu kehidupan

tika ini
aku sesak nafas
alu sesak dada
aku sebu dada

saat ini
aku kelam
aku kalut
aku buntu

aku pinta cinta aku kembali
memberi kehidupan
memberi oksigen untuk aku bernafas dengan tenang

aku perlu kamu

ya

aku perlu kamu

i need u because i love u


andai aku sabar menunggu.
maafkan aku beribu kali...

Sunday, April 3, 2011

macam mana boleh lupa ni....!

8 yang simbah cat
pepagi sunday blues ni rain rasa nak gelak kuat-kuat pun ada,
nak nanges pun ada bila mengenangkan naseb 'lawak bijak' ciptaan sendiri.

rasa nak demam pun ada hari ni bila
wekend selalu rehat-rehat,
golek-golek atas tilam emas,
tiba-tiba semalam buat part time kat kedai cyber cafe dekat rumah rain.

balik tu demam kura-kura,
pagi tadi nak bangun pun ase macam berakar je badan ni ngan tilam emas rain.


7.45 baru bertolak p keja!
rekod paling lambat setakat ni.

mak sempat pesan : " hati-hati naik moto tu baby buchuk,

ni p lewat-lewat dok bawak laju macam mat rempit lak "



kemasinan mak menjadi!

mana ada minah rempit naik moto bawak helmet, tak macho la.

sampai sekerat jalan dah, rain rasa macam ringan semacam je pale ni. pesal angin tiup-tiup tudung ni.

demn! aku lupa pakai helmet.
sempat lagi rain tepuk pale. awat la sayang bertuah rain ni. 

hiasan cerita
patah balik.. malu pun ada.
ptot la rain pasan orang tengok pelik.
galas beg lappy belakang,
pakai sweater penuh gaya,
tapi tak pakai helmet!

nak g alor setar, bukan kedai depan umah ni, adoiyai.




sampai umah, rentap terus helmet.
mak tanya dari jauh je. sibuk kat dapur kot.
sayup-sayup je rain balas

" mak tak pesan helmet tadi, mak pesan naik moto pelan-pelan ja"

terus pecut 110 sampai alor setar.

sampai je opis memang orang paling last, sume member peluk rain.
diorang kata " syukur la rain mai, sayang rain! kalu tak, tak leh buat keje "
---------> ayat nak kena buli buat keja lagi.

dan satu opis bergema bila tahu 'eksiden' ai pagi tadi. -.-

helmet pun terlupa................!
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template