23 tahun yang lepas...
tepat jam 12.30 hening pagi, tanggal 6 februari 1988 kedengaran tangisan bayi comel yang putih gebu lahir dalam keadaan sihat disambut dengan penuh kesyukuran kerana kesempurnaan fizikal yang dikurniakan Allah pada bayi itu. pasangan kepada bayi tersebut menangis kegembiraan setelah hasil titik peluh mereka untuk mendapatkan bayi ini berhasil. tangisan itu terlalu bererti buat mereka. doa yang tidak putus-putus untuk mendapat cahaya mata yang baik ternyata dimakbulkan Allah.
hal demikian kerana mereka bimbang andai bayi yang dikandungkan selama sembilan bulan itu tidak sihat kerana pengalaman lepas menjadi iktibar. namun takdir Allah siapa yang mengetahui. bayi yang disangka sihat dan kelihatan sempurna semenjak lahir itu rupa-rupanya hanya pinjaman buat seketika.
21 tahun selepas kelahiran bayi comel itu..
gadis remaja yang semakin meningkat usia ke alam dewasanya mula mengadu kesakitan yang amat sangat di bahagian pinggangnya. sakitnya itu yang datang secara tiba-tiba mula menjadi tanda tanya dan membuat dia semakin bingung. puas dia berubat ke hospital sekitar tempat pengajiannya di terengganu namun tiada hasil yang diperoleh. doktor tidak mahu melakukan pemeriksaan X-ray kerana kesuntukan masa dengan pelbagai jenis pesakit lagi harus mendapat rawatan dan juga alasan yang tidak munasabah lain.
kekecewaan merantai hatinya. kesakitan dirasai seorang diri. perit menahan pedih terasa sehingga ke tulang sumsum. sedang teman-teman lain diulit mimpi pada malam yang dingin mahupun menelaah pelajaran dengan tekun, tapi gadis ini menggigit bibir manahan sakit yang meresap ke setiap urat sarafnya. hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui segala perasaan yang dilaluinya.
rasa sakit yang ditanggung diluahkan kepada keluarganya. abangnya meminta dia pulang ke kedah dan mendapat rawatan di sana.
pagi penghujung bulan mei 2009 itu begitu tenang sekali...
di klinik pakar puteri dia disahkan penyakit tulang, scoliosis. gejala tulang belakang bengkok. walaupun masih terkejut dengan khabar yang tidak diundang sama sekali itu, namun gadis naif tersebut masih bersyukur kerana penyakitnya itu tidak teruk dan berada pada tahap awalan dan tulang belakangnya tidak terlalu bengkok sehingga boleh menjejaskan penampilan. beratus ringgit nilai matawang malaysia dihabiskan hanya untuk ubat sahaja. jauh di sudut hati yang paling dalam gadis itu sedang menangis kerana telah menyusahkan abang kandungnya walaupun abangnya merasakan itu adalah kasih sayang dan tanggungjawab seorang abang terhadap adiknya. dia berjanji di dalam hatinya bahawa dia tidak mahu lagi berkunjung ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi sakitnya itu, dan dia berjanji untuk terus kekal 'sihat' dalam kepayahan 'kepura-puraan' itu.
dalam kesedihan itu, dia terus berduka apabila dilarang untuk kekal aktif dalam persatuan seni silat cekak malaysia cawangan terengganu. mak dan ayahnya menyalahkan persatuan tersebut sebagai punca kesakitan yang dialami. dalam kepayahan, gadis itu melepaskan jawatan yang disandang kepada mereka yang lebih layak dan terpaksa melepaskan sijil silat yang bakal digengam apabila memasuki peringkat terakhir. impiannya untuk bergelar salah seorang tenaga pengajar perempuan yang terawal tidak kesampaian. semuanya berkubur tanpa nisan dan bunga mawar.
dua tahun kemudian...
dalam getir hidup yang dihadapi dengan penuh ketabahan akhirnya sakitnya itu beransur hilang walaupun sesekali perit datang menghinggap. gadis tersebut terpaksa mengurangkan aktiviti yang selalu dilakukannya setiap petang, berjogging. bebanan yang berat juga cuba dihindarinya dan dia berasa seperti terlalu pasif. kadang-kadang air jernih pelahan-lahan singgah di pipi bila melihat teman-teman lain bermain dan aktif dengan aktiviti masing-masing. dia tidak mahu menyusahkan sesiapa dan tidak mahu dipandang sebelah mata oleh orang lain. dikuatkan jua semangat dan akhirnya kini sakitnya semakin berkurang. dia tidak merasa sengal-sengal lagi kecuali ketika cuaca dingin melampau.
akhirnya pada tarikh 6 februari 2011 gadis bernama hafizah noor binti ismail itu masih berada di sini, di hadapan laptop lusuh yang menjadi kesayangannya untuk melahirkan karya dalam bentuk design mahupun meluahkan perasaan dalam bentuk penulisan. gadis itu kini tersenyum indah kerana dia merasakan cukup sempurna dalam kesederhanaan yang dimiliknya. kebahagian dan ketengan itu milik mereka yang sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka miliki. tidak perlu tamak kerana dunia hanya sementara, harta tidak boleh dibawa ke liang lahad. amal, sedekah dan doa anak yang soleh akan abadi dan setia menerangi kegelapan kubur.
dan saya berasa amat-amat bersyukur kerana saya tahu siapa yang menyayangi saya. saya akan terus hidup dalam hati mereka walaupun suatu hari nanti kematian menjemput. kenangan dalam jiwa sentiasa hidup subur.
4 yang simbah cat:
terharu baca kesah ni. semoga akak baik2 shaja kondisinya tau. wish u best of luck!!
adik rain..abg sedih la. :'( abg hrp adik sihat sejahtera k.Abg xkn lupa doakn kshtn adik.kuatkn semangat tau.klu perlukn pendengar blh je cri abg. :)
rain,
semoga tetap bersemangat dan tabah mengharungi hari2 dlm hidup rain.
betul kata rain, x perlu bersedih kerana masih ada yang menyayangi rain...
semoga semuanya baik2 saja...
@fifiey - tengs..alhamdullah skrg rain makin syg n bersyukur ngn apa yg dh alami dulu..
@abg stalker - tharuunyer.. pasni nk tarik tinge tu bila2 masa jd pndengar rain boleh la kan kan..? :D
@belalang - bersemngat dengat kata2 belalang..
Post a Comment