Tuesday, February 22, 2011

cik semut binti kerengga yang sunyi

semut yang kurus seperti cekodok hanget

cik semut sangat sunyi kebelakangan ini. suami cik semut sibuk membanting tulang empat ketol mencari makanan simpanan untuk musim tengkujuh tidak lama lagi. dengan masa yang terhad untuk bersama membuatkan cik semut sentiasa merajuk kerana mahukan perhatian dan kasih sayang dari suami cik semut.

suatu hari, sedang cik semut sibuk menguli tepung untuk dibuat tosey, ada suara peniaga yang melaung di hadapan pintu rumah cik semut. setelah pintu dikuak, rupanya cik kerengga yang kacak sedang menjual minyak tanah. terpikat dengan kekacakan cik kerengga, maka cik semut pun berminat dan membeli kesemua minyak dari cik kerengga. memang pandai sekali cik kerengga ni 'jual minyak'. cik kerengga yang kebetulan juga sunyi, terpikat dengan taring gigi cik semut dan lentikan mata cik semut yang cukup menggoda itu. maka berkumandanglah lagu 'dari kerana mata' sebagai background music. tarian kot-kot hotak hell terus dipersembahkan.

hooooi rain, cepat kol customer kat area ayaq itam, qheja layan hindustan buat pa. berangan tak sudah-sudah..

maka cik semut pun kembali normal menjadi manusia bernama rain comot.

kacau betol aku naik taip entry. kan cerpen dah jadi sekerat jalan. sapa nak tolong perabih?

7 yang simbah cat:

Anonymous said...

gua sambung......

anis hamzah said...

cik semut tu suke berangan ek.. hehe

Belalang hijau Perisik said...

hee sapekah en.kerengga itu?

Rain said...

cekodok- u serius?.. im waiting.

Rain said...

@anishamzah- hahaha pantang dapat baring, dia suka berangan. so dia didenda berdiri skrg! huhuuu

Rain said...

@belalang - ahaks.. rekaan je ni. mengasah bakat yg sentiasa tumpul

Unknown said...

xnak eh perabihkan..kang x pasal2 jadi cite len..haha

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template