Wednesday, February 23, 2011

rama-rama yang dikejar jauh meninggalkan aku

 donbo, ang pun termenung cam aku gak ka?

makin lama aku pikir makin komplikated aku rasa hati aku ni.

hati selalu inginkan sesuatu yang mustahil untuk dimiliki. apa yang telah jadi miliknya tidak dihargai. tidak mengata sesiapa. tapi ini hakikat dalam diri setiap orang. percayalah perasaan ini wujud dalam setiap hati masing-masing cuma kuat atau lemah sahaja.



kutip kata-kata dari GOODgurl

seorang anak kecil berlari mengejar seekor rama-rama di taman. rama-rama semakin tinggi terbang dan semakin menjauhi anak kecil. anak kecil sedih. kecewa tidak dapat menangkap seekor rama-rama pun. dia berhenti berharap. dibuangnya jaring untuk menangkap rama-rama tersebut. dia duduk di rumput hijau sambil menguis-nguis permaidani rumput.

tiba-tiba anak kecil terpandang dan terkejut melihat rama-rama yang sama dikejar itu kembali ke pangkuannya. hinggap perlahan-lahan di bahu anak kecil tersebut. dia tersenyum kepuasan. sambil memandang ke langit tinggi dengan satu hembusan nafas kepuasan.

rupanya semakin dikejar sesuatu itu, semakin kuat ia lari menghilangkan diri.
bila dibiar, diabai, tidak dipedulikan ia datang merengek mohon simpati kembali untuk didekati.

yang disisi tidak dipandang. tidak diendah. mengapa?

rama-rama yang dikejar memang lari menghilangkan diri.
yang tidak dikejar? menghimpit diri.


 butterfly rainbow

maka aku fikir, sendiri itu tidak sepi. kerana berteman itu lebih baik dari sebuah rasa cinta yang bisa berubah-rubah. perubahan cinta kepada benci lebih pahit kerana boleh membunuh rasa cinta yang telah lama hadir.

8 yang simbah cat:

Cekodok said...

mencari dan mencari apakah itu salah? ya.. hati dan nafsu sentiasa mencari kepuasan masing2... jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

kerana kita saling lengkap melengkapi...

Pendekar Berkuda said...

wah.. pendekar nak kejar rama2 la.. nak tangkap.. eh... bukan Pendekar ni Pendekar Indigo ke? Nila ke? adudududududuhh...

Hahaha...

rain...cerpen lom siap.. dah siap nanti pendekar gitau ye..

JEMPUT JUGA KE SINI (^_^)

Tuan Penasihat said...

huuuuu
ayat kemain lagi.
cuba tukar kejar ayam pulak ker.
heheheheh...
gurau jer.
begitulah lumrah kehidupan manusia.
kadang yang senang dapat tu kita kata x mencabar. yg susah tu baru ada thrill. tapi kadang tu macam x berbaloi memperjudikan nasib pada sesuatu yang tak pasti lagi kita miliki. sedangkan yang dalam genggaman kita sanggup lepaskan bagi mengejar yang x pasti itu.
biarkan saja, semua itu rahsia ilahi.

apik pehe said...

hehe..rama2 susah nk nampak..selalu nmpk kupu2 jer..hehe

Rainbow said...

@cekodok - kita saling melengkapi??? heee.... tercari2 sapa cekodok ni

Rainbow said...

@pendekar- haha..tgkap je pendekar. tapi nnt siren kat bdan rama2 bunyi xtahuu la..

he, nnt rain tukar kalu xnak nila. then cpt2 dpt ilham n hdayah smbung cerpen tu kay.

Rainbow said...

@TP - hahaha mn ada ayam dtg serah diri bulat2 kat mnusia.. takut nnt jd gulai.

btw, tengs.. nice words

Rainbow said...

@apik - hee.. apik kan dah ada rama2.. xyah cari kupu2 dh.. ;)

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template