Thursday, February 24, 2011

tips kurus versi rainbow cloudy

18 yang simbah cat
tips kurus : resipi dari rainbow cloudy K U R U S macam orang lidi apik pehe


tiba-tiba malam tadi datang ilham berilmiah ni nak share resipi buat karipap kurus. rain buat tips ni bukan saja-saja, ni antara request dari abe belalang ensem dengan sis LM cantik manis masa tengah syok ngumpat kat chatbox group kat facebook faizal fredley.

makanya dengan ini, kita layan sama-sama. jom ikut AKAK TERJAH ni...

1- kena cari kawan seramai mungkin

sebab apa? sebab bila cuti saja, hampa akan plan nak p sana sini. hulu bandaq darat laut sume nak terjah. nak jumpa kawan-kawan lama lepaskan rindu, sementara tak kawen lagi ni. oqang pompuan ni kalu dah kawen, slalunya dia melekat kat umah dah. mak mentua asyik duk jeling ja pa menantu aku ngah buat ni. dok maen sms ngn sapa plak tu. yang laki plak enjoi sakan tak pa. balik lewat malam, KONON dok qiam kat masjid sampai subuh.




2- bergayut pada palang bukannya pada henpon

sebab apa? sebab boleh buat badan jadi memanjang. bila memanjang, automatik dia leper. bila leper namanyaaaaa kURUUSS.
tapi rain rasa tips ni lebih suai untuk mereka yang kurang tahap ketinggian. cub! bukan gayut kat tepon kay, nanti DUIT deme yang KURUS. duit plak yang berdiet!





3- makan nasi penuh pinggan

tapi.....! BUKAN makan SORANG. makan share dengan adik-adik sambil suap menyuap. nasi banyak tak pa dalam pinggan tu, tapi bukan hampa yang makan, adik-adik yang duk kedarah bagi perabeh. tolong suap tu tanda kasih sayang, rela berkorban, tengok adik kenyang, makna kata hampa pun kenyang sekali walaupun tangan tu duk suap ke mulut orang lain. bagi yang dah kawen, elok praktik kat suami, abang sayang hehehe...


4- makan pedas-pedas

yang ni boleh dipercayai la sikit-sikit. pedas ni mak mentua rain kata leh bakar kalori dan pecahkan lemak. kolesterol kira fobia ah nak menginap lam perut lama-lama.
tapi, AWAS pertama! jangan makan pedas depan boipren. mulut tu tenganga macam tempayan, pedas hup hap hup hap duk menggelepur tangan, kipas macam nyonya panas, mata berair merah, hidung lak berair laici (habit rain makan). malu la sikit. jaga kesopanan susila seorang gadis. penting! supaya tidak andartu ehem..
AWAS kedua! jangan makan cekodok hanget!! banyak minyak leh menjejaskan kehenseman dan kebotakkan seseorang individu tersebut.


5- bersyukur je ngan apa pun bentuk fizikal yang diberi. yang penting SIHAT

kurus tak semestinya sihat. kadang-kadang kurus itu sakit contoh anneroxia, kurus juga kadang-kadang membawa kepada darah rendah. darah rendah sangat bahaya. mudah pitam. tengah-tengah jalan pitam, jenuh! lori balak bukan nampak kita ni walaupun dia besaq saja! tapi balak hensem takpa! dia mesti nampaknyer ngeeee..

haaa.. amacam? puas hati...? hee..i lari duluuu....

Wednesday, February 23, 2011

rama-rama yang dikejar jauh meninggalkan aku

8 yang simbah cat
 donbo, ang pun termenung cam aku gak ka?

makin lama aku pikir makin komplikated aku rasa hati aku ni.

hati selalu inginkan sesuatu yang mustahil untuk dimiliki. apa yang telah jadi miliknya tidak dihargai. tidak mengata sesiapa. tapi ini hakikat dalam diri setiap orang. percayalah perasaan ini wujud dalam setiap hati masing-masing cuma kuat atau lemah sahaja.



kutip kata-kata dari GOODgurl

seorang anak kecil berlari mengejar seekor rama-rama di taman. rama-rama semakin tinggi terbang dan semakin menjauhi anak kecil. anak kecil sedih. kecewa tidak dapat menangkap seekor rama-rama pun. dia berhenti berharap. dibuangnya jaring untuk menangkap rama-rama tersebut. dia duduk di rumput hijau sambil menguis-nguis permaidani rumput.

tiba-tiba anak kecil terpandang dan terkejut melihat rama-rama yang sama dikejar itu kembali ke pangkuannya. hinggap perlahan-lahan di bahu anak kecil tersebut. dia tersenyum kepuasan. sambil memandang ke langit tinggi dengan satu hembusan nafas kepuasan.

rupanya semakin dikejar sesuatu itu, semakin kuat ia lari menghilangkan diri.
bila dibiar, diabai, tidak dipedulikan ia datang merengek mohon simpati kembali untuk didekati.

yang disisi tidak dipandang. tidak diendah. mengapa?

rama-rama yang dikejar memang lari menghilangkan diri.
yang tidak dikejar? menghimpit diri.


 butterfly rainbow

maka aku fikir, sendiri itu tidak sepi. kerana berteman itu lebih baik dari sebuah rasa cinta yang bisa berubah-rubah. perubahan cinta kepada benci lebih pahit kerana boleh membunuh rasa cinta yang telah lama hadir.

Tuesday, February 22, 2011

cik semut binti kerengga yang sunyi

7 yang simbah cat
semut yang kurus seperti cekodok hanget

cik semut sangat sunyi kebelakangan ini. suami cik semut sibuk membanting tulang empat ketol mencari makanan simpanan untuk musim tengkujuh tidak lama lagi. dengan masa yang terhad untuk bersama membuatkan cik semut sentiasa merajuk kerana mahukan perhatian dan kasih sayang dari suami cik semut.

suatu hari, sedang cik semut sibuk menguli tepung untuk dibuat tosey, ada suara peniaga yang melaung di hadapan pintu rumah cik semut. setelah pintu dikuak, rupanya cik kerengga yang kacak sedang menjual minyak tanah. terpikat dengan kekacakan cik kerengga, maka cik semut pun berminat dan membeli kesemua minyak dari cik kerengga. memang pandai sekali cik kerengga ni 'jual minyak'. cik kerengga yang kebetulan juga sunyi, terpikat dengan taring gigi cik semut dan lentikan mata cik semut yang cukup menggoda itu. maka berkumandanglah lagu 'dari kerana mata' sebagai background music. tarian kot-kot hotak hell terus dipersembahkan.

hooooi rain, cepat kol customer kat area ayaq itam, qheja layan hindustan buat pa. berangan tak sudah-sudah..

maka cik semut pun kembali normal menjadi manusia bernama rain comot.

kacau betol aku naik taip entry. kan cerpen dah jadi sekerat jalan. sapa nak tolong perabih?

Sunday, February 20, 2011

cerpen pautan : Aku Anak Derhaka | siri-11

16 yang simbah cat
assalamualaikum....

rain minta maaf lambat publish cerpen ni, belalang kata ramai yang tertunggu-tunggu sambungan cerita seterusnya, harap semua yang membaca tak kecewa lepas baca cerpen budak mumaiyiz ni..

sebelum tu nak terima kasih dekat brother sop, pencetus idea untuk projek cerpen berantai : aku anak derhaka. terima kasih juga kat belalang bagi peluang sambung cerpen ni. nak faham keseluruhan cerpen, sila layari dot.com di bawah. he....


siri1 : http://www.gnesop.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri2 : http://shiorila.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri3 : http://secretwhisper.net/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka
siri4 : http://mfr.jentayu.com/2010/05/04-cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri5 : http://quqasihqumyself.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri6 : http://kachangdewa.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri7 : http://www.padinno.com/2010/06/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri8:  http://www.ciktom.com/2010/10/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-8.html
siri9 : http://segalaceritera.com/atik/2010/10/02/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-9/
siri10: http://www.suarabawahtanah.com/2010/10/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-10.html
siri11: http://rainbowcloudy.blogspot.com/2011/02/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-11.html
“Ada aku kesah dengan semua tu? Pergi jahanam la korang. Aku malu tau tak dapat korang sebagai mak bapak aku yang miskin. Dah la miskin, hari-hari dihina. Menyesal tau tak! Menyesal aku dengan korang!”…

Aku hemburkan kata-kata itu pada ibu dan ayah pada suatu malam. Dan lewat paginya aku terus saja lari dari rumah….




Berbekalkan duit dalam poket berlubang aku ni yang tak seberapa, aku melangkah kaki ke stesen bas sahab perdana yang kelihatan lusuh tapi terkenal dengan sampah-sarap dan juga aweks. Duit aku pun sama lusuh tapi lebih bernilai kerana mampu membawa aku ke kolompo.

Di pagi yang hening itu, bas Sani mula bergerak dan mambawa aku bersama penumpang lain menuju ibu kota yang penuh dengan pancaroba , dusta dan tipu daya. namun masih menjadi buruan manusia yang inginkan kekayaan dan kejayaan dunia. dalam kelekaan aku merenung ke luar tingkap, aku berasa mengantuk lalu mengeluarkan MP3 dan lagu Ibu Kota Cinta nyanyian Def Gab C berkumandang. semestinya aku cuba mengelak dari mendengar lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman.

sedang aku lena asyik itu kedengaran bunyi teriakkan yang bising menampar gegendang telinga aku. sebaik sahaja membuka mata aku terkejut dengan suasana kelam kabut kerana bas yang aku naiki terhuyung hayang seperti kemabukkan. suasana yang tidak terkawal itu semakin jelas apabila terdapat percikan api yang menyambar langsir bas. api semakin marak dengan pantas seperti disiram minyak. keadaan bertambah panik dan kronik. aku tidak sempat mengelak apabila api menyambar muka aku. ABAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!! TOLONG AKUUUU! arghhhhhhh panas panas!!!

aku meronta-ronta sehingga muka aku terasa pedih sekali selepas kedengaran bunyi lempangan dari tangan aninomous. aku terkejut dengan kebiadapan itu. dalam kepayahan aku membuka mata. aku kebingungan melihat langsir tingkap berada di sisi peha aku dan seorang lelaki mukanya merah padam menjeling ke arah aku. aku rasa dialah aninomous itu.

HEYYY TAK NYUSAHKAN ORANG X BULEH KA? TIDOQ LAGI PAGI2 HARI PAS SUBUH.. HABIS RAMBUT AKU HANG TARIK. BALUN KANG!!

dushh! taubat laaa! hilang kemachoan aku. tak penah-penah aku mimpi, apatah lagi nak ngigau-ngigau ni sume. jahanam betol! malu sungguh.

selepas 7 jam perjalanan yang penuh kemaluan itu, aku turun dari bas dengan nafas kebebasan. bebas dari konkongan orang tua kerepot yang menyakitkan hati aku. benci aku semakin meluap-luap apabila dapat lempeng free gara-gara menjerit macam orang gila dalam bas tadi. siot tol la!

mengingat kembali peristiwa dalam bas itu membuat mulut aku kembali celupar memaki seranah. geram sungguh. kaki aku menyepak-nyepak daun-daun kering yang luruh seperti musim autumn di korea. kekacakkan aku pun dah iras-iras baka korea dah.

tiba-tiba mata aku terpandang..........

banyak betol yang rain merepek n berbunga-bunga kat atas sampai tak ada isi pun. pendekar help me. sambung la plak..hehehehe

sori sangat-sangat kalu rain penghancur jalan cerita yang suspen ni. serius tak confident langsung. aritu idea mencurah-curah, bila break then sambung balik ni la jadinya. macam ayam berak kapur! (err kena ke tak peribahasa tu). kuat tol merapu dengan imaginasi kolot. malu bangat!

Wednesday, February 16, 2011

mencari geng rainbow - blogger jingga & kuning

9 yang simbah cat

> ahli-ahli gagah yang berjaya jadi warna-warni macam DAIA PELANGI<

assalamualaikum manis-manis semua...

tengah duk senyum sedey sorang-sorang tadi, tiba-tiba rain baru perasan yang warna pelangi ni ada tujuh warna : merah, jingga, kuning, hijau, biru,nila, ungu. jujur cakap la, rain lupa ah warna pelangi, tapi bila suh bagi gambaran boleh pulak. 

pagi ni sangat-sangat tak ada mood. wa kecewa sama abe wa. malas cakap. malas layan sedey-sedey hindustan ni, rain nyanyi hindustan atas bukit lagi best. cam mohabbatain bila dua kali pandang.

rain sebenarnya tengah cari DUA ORANG untuk masuk dalam GENG RAINBOW.

tengah skodeng blog-blog warna jingga n kuning. rain nak minta tolong sikit, tolong bagi cadangan blog-blog mana yang sesuai. cadang blog sendiri pon no hal. mana-mana yang lebih tu rain kasi masuk lam GENG PANAS LAK hehe.. bikin kecoh sikit!
then yang lebih-lebih lagi tu rain buat teman hidup wahahaaha..

tengs sudi layan rain....huhuuuu sambung sedey..~

sudi-sudi la pomot blog masing-masing or pomot blog kawan-kawan yang sesuai..

Sunday, February 13, 2011

lirik & video disaat aku mencintaimu

1 yang simbah cat
assalamualaikum....

maaf sangat-sangat rain dah mungkir janji, ingat wekend leh la jalan-jalan kat blog, tup-tup demam panas plak.

ni dah sihat, tapi ngah kerja, so pe kata layan lagu ni sambil wat kerja, sementara rain cari ilham sapa yang BAKAL DINOBATKAN JUARA CONTEST BIRTHDAY RAIN. he.. ayat tak leh blah.

dah lama tak dengar radio, tv pun tak suka tengok, bayak sangat iklan, BOSAN. tak pasti ni lagu baru ke lama, nak cakap rain zaman batu pun tak pe, janji layan lagu ni muahaha...

lagu ni tak de kaitan dengan perasaan rain, cuma teringat kawan-kawan............





Lirik Dadali Band : Disaat Aku Mencintaimu


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............

Tuesday, February 8, 2011

senarai peserta contest birthday rainbowcloudy

3 yang simbah cat
assalamualaikum...

maaf sangat lama diam tak dak perkembangan apa-apa macam badan juga tak penah kembang-kembang, hari ni rain kembang kempis sebab........ hehe.. MY BESTDAY..

nanti ada special entry kay..

ni rain nak ajak meh ramai-ramai join contest ni, masih ada masa lagi dua hari. masuk je 12:00am 8hb contest di tutup. syarat-syarat mudah je. hadiah boleh laa tahan. so jum pakat-pakat serang noo..

rain listkan senarai yang join peserta first contest dari rain. disebabkan rain sendiri tak buat sangat publisiti so its kay la banyak mana yang join tu. sebab tak mahu ada paksaan. asalkan ikhlas.

hadiah and rezeki yang ada tu nanti kita share kay. that my promise..

sini rain nak listkan sapa yang dah join. kepada yang belum join tu masih ada masa. hadiah dia aummmm leh tahan . he..

1) http://aniesanessa.blogspot.com/2011/01/contest-birthday-rainbow-cloudy.html
2) http://a-door-able.blogspot.com/2011/01/contest-birthday-rainbow-cloudy.html
3) http://awekmerahjambu.blogspot.com/2011/01/contest-birthday-rainbow-cloudy.html
4) http://fyzafyshie.blogspot.com/2011/01/contest-birthday-rainbow-cloudy.html
5) http://gergasi-huduh.blogspot.com/2011/01/contest-birthday-rainbow-cloudy.html
6) http://coretanakhir.blogspot.com/2011/01/contest-birthday-rainbow-cloudy.html
7) http://rerame-ungu.blogspot.com/2011/01/contest-birthday-rainbow-cloudy.html
8) http://brownhazel-eyes.blogspot.com/2011/01/contest-birthday-rainbow-cloudy.html
9) http://blackchix.blogspot.com/2011/02/contest-birthday-rainbow-cloudy.html
10) http://www.suarabawahtanah.com/2011/02/contest-birthday-rainbow-cloudy.html
11) http://auralucky.blogspot.com/2011/02/contest-birthday-rainbow-cloudy.html


tengs sudi-sudi kembang kempis baca hehe ;)

Monday, February 7, 2011

kisah gadis 6 februari 1988

4 yang simbah cat

23 tahun yang lepas...

tepat jam 12.30 hening pagi, tanggal 6 februari 1988 kedengaran tangisan bayi comel yang putih gebu lahir dalam keadaan sihat disambut dengan penuh kesyukuran kerana kesempurnaan fizikal yang dikurniakan Allah pada bayi itu. pasangan kepada bayi tersebut menangis kegembiraan setelah hasil titik peluh mereka untuk mendapatkan bayi ini berhasil. tangisan itu terlalu bererti buat mereka. doa yang tidak putus-putus untuk mendapat cahaya mata yang baik ternyata dimakbulkan Allah.

hal demikian kerana mereka bimbang andai bayi yang dikandungkan selama sembilan bulan itu tidak sihat kerana pengalaman lepas menjadi iktibar. namun takdir Allah siapa yang mengetahui. bayi yang disangka sihat dan kelihatan sempurna semenjak lahir itu rupa-rupanya hanya pinjaman buat seketika.


21 tahun selepas kelahiran bayi comel itu..

gadis remaja yang semakin meningkat usia ke alam dewasanya mula mengadu kesakitan yang amat sangat di bahagian pinggangnya. sakitnya itu yang datang secara tiba-tiba mula menjadi tanda tanya dan membuat dia semakin bingung. puas dia berubat ke hospital sekitar tempat pengajiannya di terengganu namun tiada hasil yang diperoleh. doktor tidak mahu melakukan pemeriksaan X-ray kerana kesuntukan masa dengan pelbagai jenis pesakit lagi harus mendapat rawatan dan juga alasan yang tidak munasabah lain.

kekecewaan merantai hatinya. kesakitan dirasai seorang diri. perit menahan pedih terasa sehingga ke tulang sumsum. sedang teman-teman lain diulit mimpi pada malam yang dingin mahupun menelaah pelajaran dengan tekun, tapi gadis ini menggigit bibir manahan sakit yang meresap ke setiap urat sarafnya. hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui segala perasaan yang dilaluinya.

rasa sakit yang ditanggung diluahkan kepada keluarganya. abangnya meminta dia pulang ke kedah dan mendapat rawatan di sana.



pagi penghujung bulan mei 2009 itu begitu tenang sekali...

di klinik pakar puteri dia disahkan penyakit tulang, scoliosis. gejala tulang belakang bengkok. walaupun masih terkejut dengan khabar yang tidak diundang sama sekali itu, namun gadis naif tersebut masih bersyukur kerana penyakitnya itu tidak teruk dan berada pada tahap awalan dan tulang belakangnya tidak terlalu bengkok sehingga boleh menjejaskan penampilan. beratus ringgit nilai matawang malaysia dihabiskan hanya untuk ubat sahaja. jauh di sudut hati yang paling dalam gadis itu sedang menangis kerana telah menyusahkan abang kandungnya walaupun abangnya merasakan itu adalah kasih sayang dan tanggungjawab seorang abang terhadap adiknya. dia berjanji di dalam hatinya bahawa dia tidak mahu lagi berkunjung ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi sakitnya itu, dan dia berjanji untuk terus kekal 'sihat' dalam kepayahan 'kepura-puraan' itu.

dalam kesedihan itu, dia terus berduka apabila dilarang untuk kekal aktif dalam persatuan seni silat cekak malaysia cawangan terengganu. mak dan ayahnya menyalahkan persatuan tersebut sebagai punca kesakitan yang dialami. dalam kepayahan, gadis itu melepaskan jawatan yang disandang kepada mereka yang lebih layak dan terpaksa melepaskan sijil silat yang bakal digengam apabila memasuki peringkat terakhir. impiannya untuk bergelar salah seorang tenaga pengajar perempuan yang terawal tidak kesampaian. semuanya berkubur tanpa nisan dan bunga mawar.


dua tahun kemudian...

dalam getir hidup yang dihadapi dengan penuh ketabahan akhirnya sakitnya itu beransur hilang walaupun sesekali perit datang menghinggap. gadis tersebut terpaksa mengurangkan aktiviti yang selalu dilakukannya setiap petang, berjogging. bebanan yang berat juga cuba dihindarinya dan dia berasa seperti terlalu pasif. kadang-kadang air jernih pelahan-lahan singgah di pipi bila melihat teman-teman lain bermain dan aktif dengan aktiviti masing-masing. dia tidak mahu menyusahkan sesiapa dan tidak mahu dipandang sebelah mata oleh orang lain. dikuatkan jua semangat dan akhirnya kini sakitnya semakin berkurang. dia tidak merasa sengal-sengal lagi kecuali ketika cuaca dingin melampau.

akhirnya pada tarikh 6 februari 2011 gadis bernama hafizah noor binti ismail itu masih berada di sini, di hadapan laptop lusuh yang menjadi kesayangannya untuk melahirkan karya dalam bentuk design mahupun meluahkan perasaan dalam bentuk penulisan. gadis itu kini tersenyum indah kerana dia merasakan cukup sempurna dalam kesederhanaan yang dimiliknya. kebahagian dan ketengan itu milik mereka yang sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka miliki. tidak perlu tamak kerana dunia hanya sementara, harta tidak boleh dibawa ke liang lahad. amal, sedekah dan doa anak yang soleh akan abadi dan setia menerangi kegelapan kubur.

dan saya berasa amat-amat bersyukur kerana saya tahu siapa yang menyayangi saya. saya akan terus hidup dalam hati mereka walaupun suatu hari nanti kematian menjemput. kenangan dalam jiwa sentiasa hidup subur.
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template