Wednesday, November 30, 2011

feminin bukan maskulin

18 yang simbah cat
"sekiranya anda seorang perempuan, jadilah seorang perempuan yang feminin dan bukannya maskulin".

aku ingat lagi masa zaman matrikulasi, macam mana maskulinnya kawan-kawan aku sampai aku pun sedikit terpengaruh, bila bukak balik album gambar, memang agak kontra berbanding sekarang. tanpa sebarang palitan kimia serbuk mahu pun cecair, muka terlalu innocent dan sedikit waja!

kawan-kawan yang aku kenal dan secara kebetulannya mereka ini jenis tidak kisah kepada fesyen dan penampilan yang melampaui sempadan. bukan jenis ayu. dan mereka yang selalu mengajak untuk berjemaah bersama.

ada suatu masa tu, seorang teman, perempuan, yang rock selamba bernama Haidar kata,"kalau aku dapat tau hang couple nanti aku tak mau kawan dengan hang dah". memang masa tu aku gelak besar sebabnya aku ngorat sorang mamat pun tak lepas, siap mentah-mentah lagi mamat tu tolak pinangan tak rasmi aku. (cessss, gila malu!!)

aku ingat lagi masa aku dengan Haidar keluar outing sama-sama dekat pekan Changlun, aku takut sangat nak melintas jalan (trauma eksiden akhir 2004), dan aku terpegang tangan Haidar yang dah ready nak lintas, boleh tengah-tengah jalan tu dia cakap "tangan aku ni khas untuk suami aku ja tau!"

hahaha beb! aku ni perempuan lah, sama jantina dengan hang!!!

dah la aku ni takut kereta yang banyak tengah lalu lalang, boleh plak dia bebel dan lepaskan pegangan tangan aku macam tu je. sekeh kang!

memang aku agak terasa la masa dia lepaskan tangan aku tu, dah la aku ketar nak lintas jalan. tak sanggup dah nak berjahit berparut bagai. cukuplah sekali.

baiknya kesan dari kejadian tu, aku terpaksa beranikan diri dan kuatkkan hati untuk belajar berdikari atas jalan raya. takkan tiap kali nak melintas jalan kena berhimpit pegang tangan member. jenuh la. boleh rimas agaknya. suami tak pe hehe.

maskulin aku terbawa-bawa sehingga aku masuk universiti dan masa semester pertama aku dengan selamba menjadi awek brutal yang pergi kelas pakai kasut sukan!

sekarang?
makin kurang maskulin :D

feminin boleh, jangan gedik sudah.
perempuan penuh dengan maruah. hormati diri dengan pembawaan dan penampilan diri yang baik, baru orang lain boleh hormati kita.


'aku bukan tomboy'



Friday, November 25, 2011

teka tekuk | hard life

14 yang simbah cat

rain nak bagi satu teka tekuk : kenapa adik yang paling kanan tu tutup hidung?

Wednesday, November 23, 2011

tambah kasih sayang untuk disayangi

12 yang simbah cat
mana menghilang semangat menulis aku pun tak tahu. malas menaip kata mengolah bicara. seminggu aku diam membisu di blog dan melayan tutorial YouTube dan Facebook. sebelum ni facebook diabaikan, sekadar buka dan tutup. ah, sapa kisah?

dalam gembira kita melayari hidup, rupanya ada spesies manusia yang memang jenis hati tak pernah senang dengan kegembiraan orang lain. kerana sifatnya yang hati batu dan keras, dia turut mahu orang yang terdekat terheret sama dengan sifat kurang kasih sayang dia.

tanpa garis senyum, dingin dengan kanak-kanak, tidak bergaul dengan orang dan menjadi kera sumbang yang sepi di hutan?

haha sorry bro, gua tak boleh jadi macam tu.

janganlah kedekut sangat. tak perlu bayaran pun untuk saling berkasih sayang. bukak hati untuk saling mengasihani dan mengasihi

Tuesday, November 15, 2011

air mata jalanan

16 yang simbah cat
kenapa ya bila naik moto dan berangin, automatik air mata meleleh keluar.

sepanjang perjalanan ambil adik aku terpaksa mengelap mata?
(dah macam perjalanan ke batu belah batu bertakup)
ni bukan cerita sedih. ni dah masuk bab kesihatan? hurm

Saturday, November 12, 2011

psikologi | sifat ular

13 yang simbah cat

sepanjang pagi aku mengoogle pasal ular gara-gara komen asrul ilham sany dengan bayang-bayang yang minat membela ular.


ok ngaku aku takut dengan binatang binatang yang pelik pelik dan berbisa ni. bila ada yang suka memelihara dan punya hobi yang unik aku akan teruja dan suka selidik personaliti depa ni. 


pandangan pertama aku sah sah la kagum then aku monolog dalam hati 
" wow, berani betoi depa ni! ".


aku ni lebih kepada memerhati dan menilai karakter orang yang aku jumpa atau kenal. 
(maaf kepada yang tak berkenan perangai saya)




TESIS GUA...


dan menurut 'tesis' yang aku buat pagi tadi, 
sifat ular ni lebih kepada licik. licik dengan kepantasan patukannya untuk mematikan mangsa dan dia menjadi pemangsa yang hebat!
mereka juga kategori yang kuat disiplin dan dan penuh tanggungjawab. 


oh hoo dah macam psikologi dah aku ni.


dan pandangan aku tentang asrul dan bayang, mereka juga perahsia. macam aku hihi. 
kalau tak betol, anggap je tu pandangan aku yang salah. 


last, ceq mintak maap banyak banyak. virus karut mula menjalar dalam otak aku! 


*bos tak de, tapi hari yang sibuk! 


oh! kamu rain, kuat mengarut!

Friday, November 11, 2011

11.11.2011 rainbow cloudy

15 yang simbah cat
gua tertarik dengan angka menarik ni.

11.11.2011

ramai betul yang teruja sampai mengabadikan tarikh tersebut dalam perkahwinan, tarikh nikah dan apa je lah yang depa nak.

eh. hilang dah skema aku
=.=

huahuahua.

nak tahu apa aku buat untuk tarikh 'gilang gemilang' ni?

kalau boleh nak nikah tapi memang tak boleh pun. hihi

alkisahnya.
awal awal pagi jumaat 11.11.2011 aku terserempak ngan ular kat tempat longgok sampah. sebenarnya adik aku yang nampak, dua ekor ular air tengah bergaduh. bergasak merebut tuan puteri idaman agaknya. akibat pergaduhan tu, salah seekor kojoi dan kalah, yang sekor lagi menang dan berjaya melarikan diri.

ular yang kalah tu memang dah mati, tapi dalam masa yang sama abah dengan mak aku tengah kelam kabut  nak g bendang, diamanahnya aku untuk gali lubang dan tanam mayat ular tersebut.

maka terjadilah satu sejarah dalam hidup selama aku hidup 16 tahun ni ( muda lagi tau aku ), aku telah menjadi penggali kubur buat arwah ular tu. euuuuw, kecut hati perut aku. dan aku mensedekahkan al-Fatihah semasa menabur tanah ke atas ular tu.

tu lah kisah benar 11.11.2011 aku.

Tuesday, November 8, 2011

abaikan kamu sayang | maaf!

9 yang simbah cat
memang aku tak mampu mengurus dua benda dalam satu masa agaknya. satu aku tumpu, satu lagi aku abaikan. sekarang di persimpangan, aku pilih untuk tinggalkan blog. ya. aku tidak terlatih untuk sama adil dalam dua kerjaya. harap sementara cuma.

maaf, nikotin blog makin kurang. ketagihan terpaksa aku minimakan. sayang semua. jejak tidak dapat balas, maaf sekali lagi dan terima kasih yang silent readers :D spy ya!

Wednesday, November 2, 2011

moon

14 yang simbah cat
sakit belakang yang teruk. perut yang pulas tetapi bukan hendak ke  tandas. terpaksa membongkok atau sujud bagi mengurang rasa sakit di perut. memang rasanya mahu di pembaringan katil sepanjang hari.

hanya yang merasa sahaja tahu peritnya dilanda sakit itu. oh! terus teringat ini cuma 1/10 kesakitan dari sakit melahirkan anak.

dan terjumpa petua ini :
minum teh pahit tanpa gula semasa dalam fasa "moon". okay balik nak try. kurang percaya pada pil pink. bimbang mudarat untuk kesihatan untuk jangka masa  panjang.

sakitnya perut saya... berkedut dahi saya tahan sakit tau!! kata Edward Cullen

Tuesday, November 1, 2011

aku jatuh lagi!

15 yang simbah cat
kadang-kadang kan rasa macam diri ni pelik dari orang lain. benda tak kelakar, rain gelak. benda lucu, rain lurus bendul tak faham. ada urat yang tak betul ke dalam pale ni? aishh.. 

third.
baru tadi tengah hari jatuh motor sampai masuk longkang. bila bangun tu boleh lagi duk gelak macam tengok badut buat show. terseliuh ke apa dah tak ingat. sampai rumah baru terasa sakit. ngadu kat mak macam anak paling manja. (cett) padahal tak teruk mana pun.

second.
hari tu jatuh dah sekali. lepas bubuh minyak motor, ntah macam mana kaki tiba-tiba macam tak jejak tanah. bummm motor tu terus hempap kaki. luka sikit ja. rain bangun dengan cergas mergas tapi bukan terus g kerja tapi patah balik tidur kat rumah. terus tak sedap badan dan demam.

haha.

first.
rain jatuh motor buat sulung kalinya. tapi yang ni memang tak tahan. jatuh kat sekolah memandu. tempat amik lesen tuu wei. kali ni jatuh kat dalam parit. cikgu yang ngajar tu terus lari datang kat rain nak alihkan motor yang timpa rain. bila bangun tu rain sengeh je cakap "saya orait ja cikgu, tak sakit langsung". bila sampai rumah ngadu kat adik, peh kena gelak beb! terus rain angkat tangan sekeh sebiji. nak gelakkan aku sangat.

=.=

memang sebijik macam posisi rain jatuh motor. ayu je jatuh hohoh


sekian cerita jatuh motor saya pada kali ini.



 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template