Wednesday, August 10, 2011

meniti perjalanan

baru nak bercerita soal kecerian, tapi tak seperti diharapkan, hanya merancang, merangka tapi bukan kita yang menentu kepastian jalan hidup.

mendung pagi ini bagi aku, tapi itulah perjalanan hidup. masakan setiap saat bergembira. boleh rongak gigi dan kembang pipi.

 lama tidak berjaga lewat malam. zaman belajar yang baru berlalu meluruhkan banyak sifat-sifat hakiki sebagai pelajar. tidak lagi merasakan pukul sebelas malam itu terlalu awal dan adalah saat bermulanya aktiviti malam yang rancak sehingga tiga dan empat pagi. dulu saat itulah baru mula membuka buku kerana telah usai makan dan bercanda dengan kawan-kawan.

semalam, idea beraksi di depan Adobe Photoshop menyebabkan aku ralit. kusyuk. tidak hirau masa dan tidak hirau panggilan adik yang menjerit memanggil aku untuk makan morey. bila siap dan puas hati dengan hasil kerja yang lebih kemas, saat itu baru merasa mengantuk, merasa lelah dan lenguh belakang.

tilam empuk sebagai penikmat badan. sempat menghantar sms kepada yang diingati yang pastinya tidak berbalas kerana masalah telekomunikasi. dan aku tertidur nyenyak walaupun mata menerawang ke syiling. ada sesuatu yang mengganggu.

rain!! bangun rain!! makan soq... aku bangun. mamai. berjalan dalam gelap mata terpejam. ke bilik air. termenung. cuci mata dengan mencelup dua jari ke dalam air. makan nasi sikit dari biasa. mengantuk yang keterlaluan memanggil aku untuk segera merasa nikmat tilam empuk. sempat mengunci jam untuk solat subuh, bimbang terlepas kala aku letih begini.

sejak putera kacau, memang aku tidur tak tutup lampu, tapi awal pagi ni aku 'ter' tutup.

baru nak lelap, aku dengar bunyi benda diselongkar. masa ni background muzik sangat suspen. dalam kepala aku ada tiga benda : 1- tikus 2- kucing 3-hantu.

aku pikir logik, mustahil hantu. semua syaiton di ikat, hanya manusia sahaja yang berperangai syaiton dan tak insaf.  bunyi lagi benda diselongkor, dan sekali lagi aku pikir dua tiga kali untuk menjerit, bimbang aku yang dirawat di Tanjung Rambutan.

aku gagahkan diri bersifat seperti perwira, melangkah menyalakan suis lampu.
"TAAPP"
teranglah segala kegelapan bilik, dan aku nampak putera! memang syaiton betul. gila besar dan gemuk putera tu. aku tidur dalam menggigil dan membaca ayat kursi.

dan dalam ketiduran itu, aku berfikir kalau aku bangun untuk bertahajud atau bertadarus mesti tidak akan berjumpa 'syaiton' itu.

sayangnya, aku meneruskan tidur dan sampai ke tempat kerja pagi ni, makin badmud bila tengok facebook.

sensitifnyer kamu rain!

moral :  1- insafi diri, bangunlah, sujud padaNYA Yang Maha Esa
              2- tikus sukakan kegelapan, aku sangat trauma dengan pengalaman lepas
              3- sabar, jangan sensitif sangat

siapa putera ? SINI ,SINI

17 yang simbah cat:

Asyiqin said...

waaahh.. nice entri.slamat berpuasa :)

Afuan Shah said...

xleh balh rain..tikus ja pon...bunuh aja...
kui3..
xpa..len kali kita sama2 bangun tahajjud na....inshaallah :)
selamat berpuasa :)

Rain said...

aku tersedar, punya berjela, point here is about rat!!

haha

blog-tips-kurus said...

ye ke semua diikat?
last week ai kena 'gigit'. lebam lagi ni.. :(

a.samad jaafar said...

sang putera tu rupanya si tikus.. ciss !! itu pun aku lambat 'tangkap'

Khaisya said...

geli dgn tikus..hohoho

ENCIK TIKUS said...

okey encik tikus dah datang komen.. kutuk gua kea apa woi ? kakakaka..

ENCIK TIKUS said...

rasa macam tak cool pulak bila mengaku diri sendiri binatang... pehh.... guaa tarik balik komen pertama tadi..

Anonymous said...

ha??? =.=

qamarguyz said...

salam ziarah..
ensem tak si putera tu?
ahakss..
kat sini dah tak banyak puteri, setelah lima ekor anaknya aku culik bawak lari temp0h hari!..kui3 ;0

Haru Biru said...

pandai rain bermadah....

Rain said...

@SYUHADA -> puasa segala angggota dan pancaindera sekali :)


@AFUAN SHAH -> hehe... yep, point here is about rat. tikus dtg lagi semalam. malas lyn dia.. . dia pun nak sahur gak, cari makann.

murah rezeki dan doa mudah dimakbulkan dalam tahajud..

Rain said...

B-T-P -> sure bukan jatuh? he.. wallahuaklam...

harap2 dah sembuh lebam tu.. :)


@A.SAMAD JAAFAR -> he.. ni story sambungan story lepas.. kalau yang baca, dah tahu putera tu tikus..
rain sgt fobia huhu


ah, jgn ngade nk buruk siku. xleh tarik blk. terlajak perahu je leh berundur :P



@KHAIRUL -> give me five!!


@EN.TIKUS -> laa, lu ke putera tu! bergaya sunguh. nanti sat, nk cari rotan haha

Rain said...

@EN. TIKUS -> buruk siku tarik blk haha.. selamat berpuasa ya :)


@SILAH -> he.. knp buat muka pelik ni.. tarak pecaya ka?


@QAMAR/BULAN -> sayalah tuan puteri yang putera bulan caricari itu.. sembah patik harap sudi belanja berbuka puasa hehe..

hai~ lama tak nampak

Rain said...

@HARU -> BELASAH JE TU. SIYES MACAM nak delete entry. entah ada yang faham ke tidak point there.

NasQ said...

nice... huhu...

Unknown said...

yeah dah lme tak rse pkul 11 tu masih awal lg,huhu tak sbar nk msuk U,ahah semangat jgn tidoq.bangun2

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template