Thursday, August 25, 2011

sombongnyer saya. iskiskisk. selamat hari raya

13 yang simbah cat
Assalamualaikum....



lama dah tak membebel. rasa sunyi sepi je blog ni. warna pelangi pun makin mendung je aku tengok.
eloklah, kampung pelangi aku pun memang hari-hari mendung berarak hujan. susah dah nak nampak pelangi sekarang ni, yang nampak pelangi merah menyala.

hi hi hi


aku berubah mood. mood garang sekarang ni. ramai betei cakap aku sombong sekarang ni. awat tak tau depa ni. sana merajuk, sini merajuk. alolooooo bucuk bucuk..



kes 1





kes 2



sori sayang, ceq p bertapa bulan-bulan posa ni. diam bukan menghilang, tapi menyendiri dan berfikir tentang diri sendiri. seperti kata bisk :



ya, aku pasti kembali cuma masa sahaja. lambat cepat itu belum pasti.
dan hari ini aku kembali, esok aku tidak lagi di sini. aku sudah berhenti kerja. mungkin sekali sekala sahaja aku akan kembali update.

eh eh, pesal aku buat cerita sedey plak ni. berhenti kerja macamlah kecoh sangat. aku pun part time je kerja sini, disebabkan kampung pelangi nun jauh di kayangan, teknologi jalur lebar tak mampu sampai sana, so berhabuklah rumah yang aku baru cat ni!

oh! sayangnya.

kalau rindu nah nombor aku, message kay. 

014-828TIADA LIPUTAN

dan disebankan terlalu sayangnya aku pada blog dan semua pembaca, pengomen, pengomel dan tak lupa pengacau dodol, aku design kad raya kepada semua yang singgah.

salah silap RAINBOW CLOUDY, harap diampun. ajal maut di tangan Allah. 
dan apa yang selalu aku selalu pikir, bagaimanakah keadaan aku bila malaikat maut di sebelah. 

ingatlah MATI, kalian akan semakin HIDUP.

wassalam .

Saturday, August 20, 2011

goyang? tak sudi tayang

13 yang simbah cat
label : tiada siapa seksi,ni untuk peringatan


seingat aku sepanjang bulan puasa ni aku tak pernah lagi buat kerja-kerja syaitonirojim yang boleh menzerokan puasa aku. entry pun jarang-jarang nak update. macam mana la 'keyword this week' boleh

AWEK GOYANG HOT. 


??? 

sesungguhnya hambaMu yang naif ini tidak bersalah

aku goyang pun tak reti? kah kah kah

lu yang search tu la HOT.
panas api neraka.

panas api neraka 70 kali ganda panas api dunia!!

tera kena panas terik sikit ja dah demam koqa 2 3 hari;
bayangka panas matahari pun kita dah tak tahan;
nak hadapi panas api neraka?
nauzubillah

Saturday, August 13, 2011

berubah

11 yang simbah cat

perjalanan hari ini tak berjalan lancar seperti kebiasaan
aku selalu pikir dan cari puncanya

oh, tidur selepas subuh agaknya
dan tidak solat dhuha - sumber rezeki


barangkali.

lihat dada langit
biru
berterbangan sayap-sayap

burung

tabah
tidak lelah
tidak penat
seawal pagi meredah segar pagi
harung segala warna di langit
seharian
demi sesuap rezeki


aku?

mimpian.

segeralah berubah.

Wednesday, August 10, 2011

meniti perjalanan

17 yang simbah cat
baru nak bercerita soal kecerian, tapi tak seperti diharapkan, hanya merancang, merangka tapi bukan kita yang menentu kepastian jalan hidup.

mendung pagi ini bagi aku, tapi itulah perjalanan hidup. masakan setiap saat bergembira. boleh rongak gigi dan kembang pipi.

 lama tidak berjaga lewat malam. zaman belajar yang baru berlalu meluruhkan banyak sifat-sifat hakiki sebagai pelajar. tidak lagi merasakan pukul sebelas malam itu terlalu awal dan adalah saat bermulanya aktiviti malam yang rancak sehingga tiga dan empat pagi. dulu saat itulah baru mula membuka buku kerana telah usai makan dan bercanda dengan kawan-kawan.

semalam, idea beraksi di depan Adobe Photoshop menyebabkan aku ralit. kusyuk. tidak hirau masa dan tidak hirau panggilan adik yang menjerit memanggil aku untuk makan morey. bila siap dan puas hati dengan hasil kerja yang lebih kemas, saat itu baru merasa mengantuk, merasa lelah dan lenguh belakang.

tilam empuk sebagai penikmat badan. sempat menghantar sms kepada yang diingati yang pastinya tidak berbalas kerana masalah telekomunikasi. dan aku tertidur nyenyak walaupun mata menerawang ke syiling. ada sesuatu yang mengganggu.

rain!! bangun rain!! makan soq... aku bangun. mamai. berjalan dalam gelap mata terpejam. ke bilik air. termenung. cuci mata dengan mencelup dua jari ke dalam air. makan nasi sikit dari biasa. mengantuk yang keterlaluan memanggil aku untuk segera merasa nikmat tilam empuk. sempat mengunci jam untuk solat subuh, bimbang terlepas kala aku letih begini.

sejak putera kacau, memang aku tidur tak tutup lampu, tapi awal pagi ni aku 'ter' tutup.

baru nak lelap, aku dengar bunyi benda diselongkar. masa ni background muzik sangat suspen. dalam kepala aku ada tiga benda : 1- tikus 2- kucing 3-hantu.

aku pikir logik, mustahil hantu. semua syaiton di ikat, hanya manusia sahaja yang berperangai syaiton dan tak insaf.  bunyi lagi benda diselongkor, dan sekali lagi aku pikir dua tiga kali untuk menjerit, bimbang aku yang dirawat di Tanjung Rambutan.

aku gagahkan diri bersifat seperti perwira, melangkah menyalakan suis lampu.
"TAAPP"
teranglah segala kegelapan bilik, dan aku nampak putera! memang syaiton betul. gila besar dan gemuk putera tu. aku tidur dalam menggigil dan membaca ayat kursi.

dan dalam ketiduran itu, aku berfikir kalau aku bangun untuk bertahajud atau bertadarus mesti tidak akan berjumpa 'syaiton' itu.

sayangnya, aku meneruskan tidur dan sampai ke tempat kerja pagi ni, makin badmud bila tengok facebook.

sensitifnyer kamu rain!

moral :  1- insafi diri, bangunlah, sujud padaNYA Yang Maha Esa
              2- tikus sukakan kegelapan, aku sangat trauma dengan pengalaman lepas
              3- sabar, jangan sensitif sangat

siapa putera ? SINI ,SINI

Sunday, August 7, 2011

sayang jainab

40 yang simbah cat
Label : kena bersabar membaca...

berkali-kali Jainab berpusing-pusing di depan cermin besar. lima enam tujuh sembilan... sembilan kali! pun masih belum puas hati. ditatapnya dari atas dahinya sehingga buku lali, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan 'penggayaan sakannya' petang itu.


okey la ni, dah cukup shantik hapa? Jainab bersoal dan berjawab sendiri. memang sebelum ini aku dah shantik, memanglah. Jainab berbangga. pun sendiri.


selama ini pun Jainab acap benar mendengar puji-pujian tentang dirinya. di stesen el-ar-T. dalam train. di pejabat. malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu padanya. Jainab tahu itu. Jainab faham itu. Jainab senang begitu!

cuma mujurlah Jainab tidak mudah cair dengan segala puji-pujian murahan begitu. barang baik mesti berharga tinggi. itu kena jaga. begitu pegangan Jainab. dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Jainab bolayan terus. ape kless diorang itu?

namun setelah kehadiran Tom Keris sepejabat dengannya, pegangan hidup Jainab mulai goyah. second bossnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. dulu dia payah memberikan senyum kepada sorang lelaki, tetapi kepada Tom keris sengihnya melebar nampak gusi. keramahan sapaan Jainab kepada Tom Keris terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yang lain. Tapi Jainab tak peduli itu semua. targetnya hanya satu, Tom Keris!

katalah apa orang nak kata. perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Jainab buat selamba aje. selamba dog! pada Jainab, dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tom Keris jugak bertepuk dengan dia. cuma tepuk Tom Keris ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. itu pun sangat-sangat Jainab pasti!

"malam ni you pree tak? kalau boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama Jainab ternanti-nantikan pelawaan sebegitu. pelawaan dari Tom Keris yang selama ini tak pernah lepas dari benak Jainab. bagaimana mesti Jainab jawab, kalau tidak anggukan saja yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan.


lalu di situlah kemuncaknya. dua jam sebelum jam lapan malam seperti mana yang dipersetujui bersama, Jainab bersiap habis. dadanya tak berhenti-henti dug dag dug dog menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Tom keris! Tom Keris! berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Jainab.

dan apabila deru kereta Tom keris memasuki laman rumah sewanya, Jainab laju menuju ke pintu. semuanya menepati seperti rencana asal. Tom Keris tersengih segak menanti, sedang Jainab terburu-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. apa pun yang paling ketara ketika itu, senyum Jainab terlalu lebar senasa menutup pintu kereta Tom Keris.

cuma sayang senyum itu tidak kekal lama. hanya sekitar satu jam tiga belas minit lima saat kemudian, bibir yang menguntum senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya. wajah Jainab cukup kelat, dan sewaktu hempasan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Jainab tidak menoleh ke belakang lagi. deru kereta Tom Keris yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinganya.

berkali-kali Jainab berpusing-pusing di depan cermin besar. lima enam tujuh sembilan... sembilan kali! dan semakin ditatapnya wajah di cermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Tom Keris di telinga..

"you memang lawa. bodi pun best. I minat gila kat you... cuma yang I kurang gemar.. bulu hidung you terkeluar. Geli! " pelan-pelan Jainab meraba hidungnya...

Moral : mana ada manusia yang sempurna? jangan biarkan bulu hidung anda panjang! 

cerita asal : diolah semula oleh rainbow cloudy. hak cipta bukan milik rain.

Tuesday, August 2, 2011

hakikat : wanita lebih banyak bercakap

36 yang simbah cat
label : serius weeii

selalunya kita lihat wanita lebih banyak bercakap
berbanding lelaki.
bercakap tanpa henti.
tiada noktah apatah lagi
koma dan titik bertindih.



sambil tengok TV sempat lagi memberi komen dan mengambil alih tempat sebagai 'pengarah tak bertauliah'.
baru sahaja balik dari kerja boleh pulak menceceh dengan kawan baik yang satu ofis.
bergayut dan bergosip sampai berbuih air liur.

ini kerana wanita cenderung bercakap untuk melepaskan beban masalahnya kepada orang lain,
bukan mahu mencari penyelesaian mahu pun rumusan terhadap masalah itu.
hakikatnya memang begitu otak wanita bekerja sehinggakan jika ada lelaki yang suka bercakap dan bergosip, orang akan segera menegur dan melabel 'hey hang ni macam perempuanlah'.

menurut pakar, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus contohnya,
apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan.
otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan.

berbanding otak lelaki mampu mengenepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat.
mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan.
masalah boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain. 

jadi wanita tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengenepikan masalah adalah dengan cara bercakap tentang masalah tersebut.

KELEBIHAN

banyak bercakap ini punya kelebihannya tersendiri. wanita selalunya menggunakan peluang bercakap untuk membina hubungan dan berkenalan.
sambil memasak pun boleh menyanyi lagu jiwang, tentu sekali ada kelebihannya.
paling jelas, wanita berupaya melakukan banyak perkara dalam satu masa. membasuh, memasak dna menonton TV mampu dilakukan serentak!
buktinya aku sendiri. hihi.

tapi agak semputlah berbanding memasak sambil bergosip!


sempena bulan ramadan yang penuh barakah ni,
kurangkanlah bercakap benda yang kurang perlu,
tidak kira wanita mahupun lelaki.
berzikir, bertadarus al-quran jauh lebih baik.
kutip bekalan dikesempatan kita masih bernyawa ni,
ajal maut kita tiada yang tahu bila akan sampai...
yang kekal adalah akhirat.
jangan lalai dengan kesenangan sementara di dunia ..


sumber dan idea asal : KUCING JANTAN - Si Belang (UTUSAN)
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template