Wednesday, July 13, 2011

marah itu memberi 1 ilmu

29 yang simbah cat
dulu...
memang aku sensitif. tak boleh nak tegur sikit, mula nak berdrama air mata duyung.
mesti hujan punyalah mata aku ni.

kuat nanges pun tapi bukan jenis nanges tunjuk depan orang,
aku cari port lam bilik tidur tak pun tempat tersorok sikit kalau dah tak tahan sangat nak nanges.

pastuu... huihuihuiiii la bunyi...


lepas nanges tu rasa macam semua masalah tadi dah hilang. entah mana dunia zombie dia pergi tak tahu lah.





sekarang ni...
makin hari makin dewasa (tapi ada orang kata aku ni masih comel macam budak kah kah kah nak bodek aku la plak),

buat aku rasa yang dimarahi atau ditegur ni sebenarnya bukan satu kelemahan untuk meruntuhkan semangat kita.

tapi memperbaiki diri kita menjadi lebih baik malah berganda baik.
cumanya telinga dan hati ni kena kuat untuk menahan kata-kata yang mungkin kasar bila diri dimarahi seseorang yang lebih berkuasa.

bila diri dimarahi, ditegur, perasaan malu dan tercabar pasti wujud dalam diri bukan?
dari sinilah keegoan untuk meningkatkan maruah diri tu ada.
kita rasa diri kita boleh buat lebih baik dari tu,
dan kita bukanlah bahan untuk dihina dan dicaci, so buktikan kebolehan yang kita ada.

abg tak abg, lu marah gua, gua cincang lu

cuma spoilnya, awai-awai buta dah kena marah tu,
kadang-kadang buat aku macam orang dirasuk zombie pun ada.
kah kah kah


bagi aku mudah ja, orang yang marah kita ni sebenarnya nak bagi kita satu ilmu.

betol ke tidak?
cubalah untuk dimarahi oleh sesiapa. pasti dia akan bebel pasal cara keja. dalam bebelan itulah dia memperbaiki cara keja kita. itu ilmu beb!

kuneng-kuneng ni gua suka kah kah kah

ha ha ha. so always think positif.

ada sapa-sapa nak marah aku tak? kah kah kah.





*baru lepas kena marah. dia bagi ilmu printer trouble shoot. ha ha ha

Monday, July 11, 2011

kerjaya

26 yang simbah cat
siapa yang tak nak kerjaya yang bagus? kerjaya yang menjamin masa depan.
menjamin hari tua kelak, walaupun sentiasa bajet muda. konon.

kerja hadap lappy 

"aku peguam wei la ni". sambil mengangkat kolar leher baju. 
-> elok la tu. jangan menangkan gadis yang buang anak luar nikah sudah la.


"aku doktor haiwan". sambil membelai-belai tikus.
-> aku pantang betol la putera tikus ni. elergik youuuu!!


"aku dah kahwin. anak dah sorang. hang ada?"
->bagus. membuktikan kekuatan batin suami isteri tiada masalah. jadilah isteri solehah.
tu kerjaya yang boleh bawa hang masuk syurga.


*aku masih keliru dengan jalan yang akan aku pilih. 
ni pertama kali selepas sesuatu fasa, aku buntu dengan jalan hidup yang akan aku pilih.


ya Allah.. mohon petunjuk.

Saturday, July 9, 2011

tepu resah

9 yang simbah cat
hembusan nafas tepu resah
muka tenang akal melayang
tingkah beku
mata terpaku


buntu untuk hari ini.

Friday, July 8, 2011

jangan menyanyi di dapur

13 yang simbah cat
"mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku"

lalalalaaa...


nab... oooo nab!! jangan nyanyi time goreng ikan. kang tak de orang nak kat ang..

cepat-cepat jenab beralih ke sinki untuk basuh pinggan pulak.


*zombie, nak kat saya kan? luv u.

Thursday, July 7, 2011

tak sporting day | sakit

17 yang simbah cat
aku tak faham kenapa ada idea nak wujudkan wordless day, spontagenous day apa sume.

aku memang tak suka nak ikot benda-benda macam ni. sapa cakap aku tak sporting silakan.

sebagai tanda tak sportingnya aku, 

ni spontagenous and wordless aku untuk hari ini. jom usha pe cik rain tengah buat?






Wednesday, July 6, 2011

harapan

10 yang simbah cat
jenab menggigil selepas bangun dari tidur. menggeletar 1 badan.
aaah sudah..
parkinson dah pagi-pagi hari..

berdebor betol hati jenab pagi ni.
tak pernah dibuat dek orang, rombongan meminang datang dalam mimpi.
hebat sungguh mimpi jenab pagi tersebut.
kalu diulang siaran jenab harap boleh nikah terus dalam babak mimpi tadi,
mesti lagi best dapat dengar tok kadi tanya 'sah?' pada saksi-saksi..
hihihi jenab ketawa gedik. suke suke.

kotak fikiran jenab kembali aktif berputar...
jenab belum pergi kursus kahwen lagi. jenab pun belum khatam buat gulai tempoyak lagi.
macam mana nak kawen? belum bersedia. keje tetap pun jenab terkial-kial mencari.

hari-hari keje jenab datang cyber cafe tempat dia berkerja sementara waktu dan menyemak
kotak email. doa penerang hati semua siap dibaca tapi jenab cuma dapat baca email spam.

harapan setinggi awan mulai mendung berarak di wajah jenab. menanti hujan yang turun bila-bila minit.
toing-toing.. tiba-tiba bunyi chatbox dalam pisbuk jenab berbunyi. sapa plak kacau time jenab berdrama feling ni!

memang berkat doa penerang hati tadi agaknya, sepupu jenab ada offer keje. sekarang jugak jenab nak balik solat zohor!

Saturday, July 2, 2011

tergolek

15 yang simbah cat
semalam. semalam punya semalam punya semalam punya cerita.

mengisahkan perihal jenab si minah rempit tapi berjiwa penyayang... pewiit

dalam perjalanan awal pagi dingin dia meredah tar-tar jalan raya menuju ibu negeri kedah.

preeeeeengggggg....prengggggg...

eiiit....sreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet.. eh terover break lak...

jenab ternampak seekor kucing tergolek atas tar. badan penuh kesan darah. perut terburai. tragis betoi. nak kuar dah air mata duyung tapi jenab tabah. jenab melintasi arwah kucing dengan kalimah al-fatihah.
dia ingin mendail ambulan, tapi naluri saitan menghalang keprihatinan jenab.
"jangan terburu-buru jenab, ambulan tu untuk orang yang sesak napas macam enko je lah".
jenab hanya mendoakan ada ustaz seperti ustaz amirul datang menkuburkan kucing tersebut.
jenab hanya menyumpah seranah makhluk yang berakal dan begitu samseng melanggar kucing itu.
dalam hatinya berfikir jika pakwenya tahu mesti pakwenya meraung melihat kucing tersebut.


episod pertama pada hari tersebut tamat..


.......



episod kedua pada hari seterusnya



vroooooooom...vrrrrrrrrrrrrrrrrrrooooommmmm...

eiiiit..pukkkk.. jenab terkejut. beruk jiran kawasan itu turut tergamam. tayar moto jenab melintasi seekor anjing yang berdarah.keras. lidahnya yang panjang terjelir. anjing berwarna coklat pudar itu sudah menemui Tuhannya. nasib yang diterima anjing tersebut sama seperti naseb kucing dalam episod pertama. tragis. nak nages pun tak sampai hati sebab namanya anjing.

cuma jenab bengang macam mana seekor binatang yang besar macam tu pun kenderaan berat selain moto jenab boleh menjadi buta. tiba-tiba jenab merenung masa, manusia tak buta, mungkin tiba ajal anjing terebut. sedangkan treler yang sebesar-besar alam tu boleh dilanggar orang, inikan anjing yang masuk dalam kategori kemetot la.




dan semalam jenab mimpi terlantar di hospital. keadaannya parah. semoga itu mimpi sekadar mimpi sang puteri jenab.
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template