ya dia tidak akan kembali. pasti.
hatinya sudah tekad mahu pergi jauh. baginya pelangi penipu mengatakan dia berupa kenyataan.
sudah aku bilang awalnya. jangan meniti warna pelangiku. kesudahannya pelangi hilang berganti hujan.
keduanya terjatuh dari tinggi awan ke kubur bergali. mujur tidak tertimbus. sesak namun masih boleh bernafas dalam lumpur.
dan dinihari ini hujan di luar tidak berhenti lagi. namun hati aku tidak pula gerimis seperti selalu. dan aku tidak lagi menangis dalam hujan kerana asid yang turun menghakis kedut mukaku hingga kau tidak mungkin mengenaliku lagi jika kita tersua dalam cahaya pelangi.
takdirnya hati kita mengeras berlatarkan ego. tiada kagi mimpi hadirmu. hanya lambaian kau pergi menjauh. dan hati aku kalis senyuman sesiapa yang sejenis kamu!
Friday, April 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 yang simbah cat:
bila sudah capai limitasi, segalanya terlihat sepi..
pelangi petang - sudirman
dia blah, ada lagi yg akan datang offer diri :D
API - pembekuan.
CIK MAMAT!!! akhirnya.
AIS - yang gebu gebu je.
"dan aku tidak lagi menangis dalam hujan kerana asid yang turun menghakis kedut mukaku hingga kau tidak mungkin mengenaliku"
erk..
aku kan ada...
saatnya akan tiba.
mama tak berani mentafsirnya..hu2x..lain org lain tafsiran nya..
babaiii,
saya pergi duluuu.
:P
Grateful for sharing this
Post a Comment