tidak keruan Zarin dalam bilik. panggilan telefon ibu benar-benar buat dia berak kapur. seram sejuk. mustahil! mustahil aku kena paksa tunang! aduh, awak tolonglah buat sesuatu. fikirannya melayang mengenangkan Irfan Khairul, buah hati pengarang buku. sudahlah message Zarin tidak dibalas, panggilan telefon pun tidak berjawab. Zarin buntu. terasa mahu terjun dari tingkat 1 biliknya. itu sajalah ketinggian yang dia berani. ah! mana mungkin dia lakukan tindakan tak bertamadun itu.
Irfan pun sejak akhir-akhir ini dingin peti beku. hilang sudah tempatnya ingin mengadu meluah rasa terbuku. terasa sungguh yang dia sering bergantung pada lelaki itu. ah lelaki! makin tua makin meningkat saham. perempuan pula tua tidak bersaham. manis dan indahnya cuma sebentar. cepat benar masa muda beredar.
minggu ini Zarin akan pulang ke kampung. cuti seminggu yang buat dia teruja sebelum ini semakin longlai mengenang khabaran berita tak terduga. adakah pendirian ibunya sebelum ini goyah gara-gara tajuk 'Kahwin Waktu Belajar' dalam rancangan Semanis Kurma. oh! mana mungkin ini terjadi pada aku. bangun! jangan bermimpi lagi. aouchh.. sakit pipi dicubit!
"tahniah Zarin. tunang juga hang eh. tak sangka awal dari aku" Izah meluah rasa. walau perit hati Zarin telan jua kata keramat tersebut. sungguh fantasi dirasakan dunia ini. kembalikan aku pada alam realiti oh Tuhan. Zarin menjerit. tidak! ini memang realiti. kamu yang harus sedar dan terima kenyataan. bisik suara dari hujung telinga.
majlis pernikahan akan berlangsung selepas dua minggu. siapa tunangannya pun Zarin tidak ambil peduli. gambar ada diletak atas meja lunyai Zarin renyuk semasa emosi meninggi. Irfan! aku benci kamu sampai bila-bila. kejam. tidak pernah peduli akan aku dan kamu akan dapat balasan menyakiti aku. kamu tidak akan aman! hati Zarin menjerit sakit.
Irfan sendiri menjodohkan Zarin dengan rakannya sendiri setelah dia sendiri merasa bersalah curang dengan kesetiaanya pada Zarin. dungunya rasa. Zarin terlalu khayal pada indah dunia hingga tidak mampu menilai kebenaran apatah lagi tidak selidik latar belakang Irfan. kali ini Zarin reda. dia akan terima jodohnya yang sememangnya sudah lama menyintai Zarin secara diam. itu kata ibunya.
siapa tunangan Zarin akan tersingkap lagi dua minggu.
Friday, April 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 yang simbah cat:
jangan kata ko nk update cerita ni lagi dua minggu..?
aku sekeh ko..!
aku lemah dalam ending story lalalaa...
mungkin ending macam ni je or akan disambung bila aku dah nikah kahkahkah.. ikut mood. sory yep.
rupenye tunangan zarin adelah atokku!
oh!
dill.
ehem..zarin pun menonton semanis kurma mlm semalam kat TV9 tu..ehem mama tak sabar nak tahu siapa tunang zarin?..jgn pulak nanti si`irfan` yg dah insaf jadi tunang dia..takmo..takmo !!..ha2x..
Salam ziarah.......
walamak
nak sambung cerita bila dah nikah nanti?
kenapa la tak tunggu bila dapat cucu
huhu
aku rasa macam aku nak sambung je cerita ni... boleh?
TK | boleh boleh! my pleasure. kasi lebih gempak sikit. :D
ehem..~ ;)
Sbnrnye sy la tunang zarin itu.. zarin sbnrnye seorg lelakilah..
mak aih..ramai dah pakat bercerpen skang eh. tak sangkaaaaaaa rain ni pandai mengarang eh eh eh eh.hehhe..dua minggu tu esok la kan kan kan?
mungkin sudah jodoh zarin untuk bertunang di usia muda
Sesungguhnya Zarin itu baru tingkatan satu,
dikejutkan berita tunang dan kahwin saat cuti sekolah seminggu.
kehkehkeh.
Tunang Zarin di duda beranak satu..
=P
CIKYA | haha kemain lagi idea ko, bernas je idea kalau bab tunang & kawen ni :D
DILL | tersedak! haha
ZARIN | Zarin amik mood nak kawen, layan semanis kurma :)
amboiiih mama PM ending kat rain lah nanti :D
ROSE | trimas pamir :) salam kenal
TEHR | sentap plak Rain haha. nantilah Rain sambung kalau lapang :)
SAL | hai !
LIYANA | nanti buh nama Faris Aqiel leh? pinjam jap nama watak novel :D
NAJIHAH | mish, aku taram je ayat-ayat sambil beremo haha..
aku tak suka ending. tak pandai barangkali :(
AZURA | jodoh memang tidak kenal usia, hanya jauhari mengenal manikam.
merepek!!
Post a Comment