Friday, March 23, 2012

Dendam Terhurai

Zarin menghempas mukanya yang penuh tangis ke tilam Vono. Esakannya jelas berbunyi sendu yang pilu. Menyayat hati. Bantal peluk menjadi mangsa oleh pemangsa amarah seperti Zarin. Semuanya dilempar ke dinding. Amukannya memuncak. Emosi di tingkat atas yang boleh membawa hilang kewarasan akal.

Kejadian yang ditontonnya sebentar tadi meluluhkan hatinya yang menatang seribu kepercayaan terhadap Kamil, tunangannya yang bakal dinikahi dalam masa tidak kurang seminggu. Kecurangan Kamil jelas sekali apabila terlihat Kamil memilih Cincin Emas 916 kepada wanita disebelahnya. Dongkol sungguh hatinya.

"Kau perempuan akan mati dalam masa 7 hari dari sekarang!!" Zarin seperti kerasukan. Imannya yang tipis makin jarang dan tembus. Ketawalah para iblis rancak menghasut umat Adam yang berfikir berlandas nafsu tanpa soal siasat.

Zarin yang banyak menonton filem aksi Tom Krus telah terpengaruh dan merancang untuk melakukan Misi Mustahil yang akan disambut gembira oleh iblis.

hahahahaa kamu pasti merana perempuan!

8 yang simbah cat:

Shila said...

emas 916 laa rain..


eh..org perempuan tu aku kan..?

harap2 zarin x jumpa aku..

Rain said...

NGET |OH! ko detect error aku haha.

AWAS NGET!! :P

hanaahmad said...

auch, soalan aku, adakah sudah habis lelaki di dunia ini? ataupun hanya Kamil sahaja lelaki yang didambakannya? Lupakan, dunia ini masih mewah laki-laki, walau ada separuhnya sudah tandus sifatnya. :)

tehr said...

Sabar2
Selidik dulu siapa wanita di sebelah dia
Kalau tak silap, wanita tu kakak dia, kan?
Haha

dill said...

oh. sabar zarin. jom kite makan aiskrim same2 sambil layan angin petang

dill.

mama aini said...

ehem perempuan disebelah kamil tu sepupunya yg tolong memilihkan cincin utk pernikahan zarin & kamil nanti !!!..betul tak?.. :)

a.samad jaafar said...

moga2 sahabat aku MissSenget terselamat ! kihkihkih..

bersambung lg kan?

Rain said...

hana- obses cinta membutakan semua pancaindera sehingga dia menderita dalam cinta tanpa Pencipta.

 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template